Tuesday, January 18, 2011

Lagi pemimpin diguling kerana isteri

Leila
Presiden Tunisia Zine el-Abidine Ben Ali (ejaan Melayu Zainal Abidin bin Ali) telah digulingkan melalui kebangkitan rakyat yang sudah jijik dengan keserakahan isteri beliau Leila Trabelsi, 52.

Leila bekas pereka rambut berumur 20 tahun lebih muda dari Zine el-Abidine, sangat cintakan kekayaan dan kemewahan sehingga beliau disamakan dengan Imelda Marcos Arab.

Nesrine Ben Ali
Ben Ali, 74, telah diberikan perlindungan di Arab Saudi, isterinya tidak turut sama malah telah bersembunyi di Dubai – bandaraya mewah untuk beliau shopping.

Dua anak perempuan mereka Nesrine Ben Ali, 24, dan adiknya Cyrine telah melarikan diri ke Hotel Disneyland di Paris, di mana mereka bersembunyi di suite VIP £300 untuk satu malam.

Hasil korup keluarga ini dianggarkan sebanyak £3.5billion telah disimpan di Peranchis bekas penjajah Tunisia.

Mewahnya anak Ben Ali, Nesrine Ben Ali, 24, yang berada di Disneyland sehingga beliau menjamu daging lembu terbaik yang diterbangkan dengan jet mewah oleh suaminya untuk diberi makan kepada harimau kesayangannya bernama Pasha.

Kebangkitan rakyat telah digerakkan melalui internet, Facebook,Blog dan laman web social yang lain sehinggakan ada remaja Tunisia yang bekerja di Paris, Mohamed Ben Hazouz, jurutera software pulang untuk menyertai demonstrasi apabila menadapat maklumat dari Facebook dan Blog.

Presiden Tunisia ini bukanlah pemimpin yang pertama di bunia ini yang digulingkan kerana keserakahan isteri, sejarah seharusnya mengajar.

11 comments:

  1. Entah kebetulan atau suratan....
    kisahnya mengenai isu yang sama

    Sebagai peringatan untuk mereka yang masih berada di atas

    Ingatan untuk DS Najib

    ReplyDelete
  2. Tak usah dok perlilah.....

    ReplyDelete
  3. Bagus Mummy....

    INI PERRINGATAN PENTING UTK PM NAJIB KITA. SEMUA RAKYAT MALAYSIA DAN LUAR NEGARA PUN TAHU.

    KENA JAGA DAN KAWAL ISTERI BARU SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Perdana Menteri Wanita : Kenapa isteri PM tak boleh ? _ Baca blog A Kadir Jasin
    The Scribe

    ReplyDelete
  5. Boleh terjadi di negara kita tak? Di rantau kita dulu pernah ada Imelda Marcos yang memiliki berjuta kasut, coli dan seluar dalam berjenama dan Ibu( isteri Suharto) juga tidak kurang hebatnya. Kedua-dua suaminya tumbang. Bagaimana dengan negara kita? Tak boleh bincang kerana amat sensitif dan demi menjaga perpaduan bangsa, agama dan negara perkara seperti di Tunisia itu bagai mustahil boleh berlaku di negara kita. Kalu nak jadi juga mesti ada orang berani mati dan para penentang harus fokus, tidak di'distract' dengan fahaman agama, etnik dan budaya. Banyak kalangan kita yang masih tak faham betapa seriusnya wang negara telah disalahgunakan jadi mereka tak nampak perkara seperti di Tunisia wujud di depan matanya. Semua OK, janji ingat Tuhan dan dapat makan 4 kali sehari.

    ReplyDelete
  6. Salam Mummy,

    Biasak la Mummy, setiap kebatilan akan dihapuih oleh kebenaran. Takat mana la hebatnya jadi manusia kat dunia ni.. sapa-sapa ingat dia berkuasa dan tergamak berlaku zalim kat orang lain..tunggu je la pembalasan..la ni Tuhan bayaq cash..sama-sama la kita beringat..ya Mummy!

    ReplyDelete
  7. Perkara ini haruslah dijadikan tauladan,... harap "ada" yang paham dan ambil iktibar...

    ReplyDelete
  8. Nasihat Buat PM... Kawalah sikit 'First Lady'.. anak2 muda bijak pandai mula mencari maklumat melalui media alternatif... Macam2 diaorang boleh dapat maklumat beserta Gambar & dokumen. TV semakin dibenci... Maklumat Internet lebih sensasi...

    ReplyDelete
  9. mohon link /banner exchange
    http://wicararumi.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Mummy Rokiah,
    Saya tabik anda memang libas orang lepas tu tepuk belakang pelan-pelan. Mummy nak tau pasai apa Rosmah pergi ke Oman? Sebab kita tak cukup menteri. Selepas pilihan raya umum ke 13 kena lantik lebih menteri, kesian kat Rosmah.

    ReplyDelete
  11. mummy ada tengok semalam program astana hostnya anita sarawak. Ada sorang datin dari sarawak atau sabah (tak ingat) collect handbag hampir 6000 ye enam ribu buah handbag yang beliau beli dari dalam dan luar negara. Kasut2 yang dia collect hampir 2000 pasang. Saya tengok pon saya naik letih.
    ml

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.