Tuesday, November 8, 2011

Ali Rustam tak sayang undi

Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam meminta Pendaftar Pertubuhan membatalkan sahaja pendaftaran pertubuhan Sisters In Islam(SIS) kerana menyokong penganjuran Seksualiti Merdeka 2011.

Dalam erti kata lain, gesaan Ali Rustam itu adalah untuk ‘mengharamkan’ SIS dan jika diambil tindakan oleh ROS, SIS akan menjadi salah satu pertubuhan haram.

Apa kah Ali Rustam telah memikir masak-masak impikasi cadangan beliau itu? Beliau akan kehilangan banyak undi wanita liberal dalam PRU13 yang tidak berapa hari lagi saja ini.

Ali Rustam harus sedar pengaruh undi wanita liberal dalam PRU13 akan datang adalah kuat. Lihat sahaja kenyataan blog Marina Mahathir untuk menang dalam pilihanraya akan datang pengundi wanita liberal merupakan penentu kemenangan sesorang calun itu lihat how-to-win-election-not. dengan mengambil contoh kemenangan Parti Ehnnada yang membentuk Kerajaan baru Tunisia.

Mana mungkin ROS mempertimbangkan cadangan Ali Rustam itu kerana individu di belakang SIS bukannya calang-calang pejuang yang memperjuangkan hak-hak wanita, hak-hak gay,hak-hak lesbian, hak-hak pondan, yang bisexual, transeksual dan ‘jebong’.

10 comments:

  1. Biaq pi laa, Ali Rustam buat lagu tu. Abis, nak biaq SIS ckp melalut2??? Somebody must do d dirty job to hantam. Syabas Ali Rustam.Yg lain2 tu, pegang teloq elok2 noh!!

    ReplyDelete
  2. Jika hilang undi mereka sekali pun tidak menjadi masalah. Daripada kaum melayu menjadi seperti kaum nabi luth lebih baik hilang undi segelintir kaum laknat ini.

    ReplyDelete
  3. Saya nampak sindiran tajam mummy, syabas. Kita ketandusan lelaki macam ali rustam, zul noordin dan segelintir ulamak lain. Yang ada tu takde telor belaka.

    ReplyDelete
  4. kalau cakap sebab nak popular , itu bukan berani, itu banggang. Pertama ROS tak boleh nak haramkan persatuan sesuka hati. SIS ada pandangan, ada pendirian, tak kan sebab tu nak haramkan. Bodoh lah namanya tu. sekurang kurangnya SIS tak hipokrit walaupun saya tak setuju dengan pendirian dia orang. Tak kisah lah kalau itu pendapat Marina ke ambiga ke.Kalau nak haramkan ,baik mintak haramkan PAS, tu baru betul sebab parti Islam cakap mengarut, gunakan ugama Islam untuk menipu ahli dan rakyat kelantan. Dah lah ada pemimpin banggang seperti Mat Sabu. Selagi tak berani seru haramkan PAS jangan nak minta ros haramkan SIS. Itu cakap cakap buang masa, buang air liur.

    NAGAMAN

    ReplyDelete
  5. Ali Rustamnani pun kata tak perlu undi India, woi.

    Tak haram MIC, PPP ke?

    ReplyDelete
  6. Ali Rustam tu memang bangang.. cakap pun tergagap-gagap.. mentaliti out.. nampak tak educated langsung bila bercakap. Harap muka jer handsome..

    ReplyDelete
  7. Ali Rustam ru memang spesis bangang.. mentaliti zero. cakap pun tergagap-gagap.. tak nampak educated langsung. Pendapat yang keluar dari mulut dia semua macam statement budak tadika bangang..

    ReplyDelete
  8. Bloggers,
    Barang diingat bahawa Ali Rustam telah membawa banyak perubahan di Melaka.
    Tidak mudah untuk mentadbir sesebuah negeri. Perlis masih lagi mundur tiada pemimpin yg kreatif.

    TQ

    ReplyDelete
  9. Yang ini saya sokong Dato Ali..kalau saya, kalah pun tak apa..sisters in Islam..dia faham apa itu Islam..Islam kena terima dan anut in total la..bukan setengah tengah macam sisters in islam..liberal kepala hotak dia..marina ke itu bukan isu..batalkan nama islam itu..kekal sisters sudah..lepas tu hangpa buat sesuka hati hangpa..

    saya sokong cadangan Dato Ali Rsutam tu..freedom konon..anak siapa pun jangan peduli..ROS boleh ambil tindakan..

    ReplyDelete
  10. apa credential nya marina ni kita nak jadikan reference..anak perdana menteri..buat kerja kebajikan..apa orang lain tak buat..malah lebih hebat lagi pun ada..tapi kerana kami bukan orang ternama..sapa pun tak hirau..poooorahhh

    SIS perlu dimonitor dan kalau boleh direview pendaftaran nya..ali rustam betul..SIS ni memalukan Islam aje..liberal apa..cocktail party dengan wine itu liberal..pooorahhh

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.