Sunday, November 20, 2011

Konvensyen Media Sosial 1Malaysia - jangan ada agenda politik pribadi


Blogger sanggulmelayu sedang asyik mengumpul isu
Hari ini MR berkesempatan mengikuti Konvensyen Media Sosial 1Malaysia yang dihadiri seramai 1,968 pengamal media sosial termasuk bloggers. Ada yang aktif ada yang pasif dan ada yang ‘only talkative’.
Apa pun tahniah kepada pihak penganjuur yang dipengerusikan oleh Datuk Shakar Shamsudin dan seluruh AJK penganjur. Sempena konvensyen tersebut YAB DS Najib telah melancarkan Kelab Sukarelawan Media Sosial 1Malaysia – My Voice.
Salah seorang pembentang kertas konvensyen tersebut ialah blogger Tony Yew yang mendedahkan bahawa penubuhan All Blog gagal kerana blogger terkemuka penggerak All Blog telah mendapat habuan apabila mereka menjadi YB. All Blog hanyalah alat kepada mereka-mereka ini untuk menjadi YB.
Sebaliknya apabila tiba giliran blogger Dr Novandri membentangkan resolusi konvensyen salah satu resolusi tersebut ialah agar DS Najib mempertimbangkan calun dari kalangan bloggers dalam PRU13 yang akan datang. Lucu MR mendengar cadangan tersebut .
Apa yang menakutkan lagi janganlah pula Pengerusi konvensyen Datuk Shakar Shamsudin menjadi geli dan gatal mempergunakan konvensyen ini untuk kepentingan politik beliau untuk menyingkir MB Pahang, Datuk Adnan Yaakob.
Apapun syabas kepada penganjur konvensyen ini. Yang lebih bermakna MR berpeluang bertemu blogger manis http://www.sanggulmelayu.blogspot.com/ yang memang seorang blogger yang gigih dan tabah walaupun sedang berdepan dengan berbagai cabaran.

4 comments:

  1. Ohhh Mummy..CCZ dah tahu siapa Mummy Rokiah....hahahahahaha..pecah rahsia sudah..Mummy lawa sangatlah...comel dan cantik dalam usia yang semakin meningkat....tahu dah....:)

    ReplyDelete
  2. dear mummy,

    saya pada mulanya nak attend, dah jawab pun, tapi ada urusan NGO yang saya pimpin..

    saya pun risau akan terjadi macam yang mummy anticipate tu..dah agak dah..jangan lah..

    lagi satu yang saya risau adalah melihat gelagat blogger syok sendiri..tok tok tak tentu pasal..

    dengan satu `revelation' kononya dia boleh hancur dan musnahkan pemimpin parti lawan..la tak jadi apa pun..sehelai bulu roma depa pun tak jatuh..

    tapi blogger jenis ini punyalah `sembangkuat' menyakinkan bos bos depa..bos depa pun kena jual..kerana layak dijual!!!

    novandri pula mahukan calun dari kalangan blogger or pengamal media
    jadi calun...lawak lagi..

    ReplyDelete
  3. blogger pro seperti rocky's bru, kuda kepang, pahit manis, asam pedas, bigdog, the scribe of a.kadir jasin, pahit miang, sakmangkolAK47 dll tak dijemput ka...

    sekurang kurang boleh mereka bagi input yang lain sikit..arguments yang pro and kontra dalam semua aspek..

    tak kan kita dak baca dan dengar yang sedap sedap aje..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.