Saturday, June 30, 2012

Ketua Pembangkang Kedah meludah ke langit.

Sejak YAB Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mengambil alih kepimpinan negeri Kedah perkara yang paling besar beliau lakukan ialah dengan memajukan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dengan menambahkan 47 program pengajian dalam pelbagai  disiplin. Daripada Kulliyyah Usuluddin sehinggalah Kuliyah Hospitaliti dan Halal Services dan yang terkini ialah Fakulti Perubatan dan Kejuruteraan.
Kampus baru KUIN di Kuala Ketil terbukti bukan sekolah pondok lagi

Semasa ditinggalkan oleh Mahadzir Khalid selaku Pengerusi KUIN, KUIN hanya menawarkan beberapa pengajian ‘pure Islamic Studies’ iaitu Pengajian Bahasa Arab, Usuluddin, Syariah dan Muamalat Perbankan Islam. Kini KUIN menawarkan pelbagai disiplin pengajian. (Rujuk Program-Program tawaran KUIN)
Akibat anjakan yang begitu besar KUIN telah menjadi sasaran hentaman dan cemburu yang begitu kuat oleh pihak pembangkang di Kedah iaitu UMNO/BN. Ketua Pembangkang DUN Kedah, mantan MB dan mantan Pengerusi KUIN DS Mahdzir Khalid menggesa supaya KUIN balik ke pangkal asal penubuhannya dengan hanya menawarkan pengajian Bahasa Arab, Usuluddin, Syariah dan Muamalat Perbankan Islam. Dalam lain perkataan berbalik kepada Sekolah Pondok. Cadangan ketua pembangkang ini ternyata sekali bertentangan dengan gagasan Islam Hadari yang diperjuangkan dan dilaung-laungkan beliau bagai naik rak bersama Bapa Islam Hadari Tun Abdulah Hj Ahmad Badawi semasa di Putrajaya.
Hasil agenda ini rakyat telah disedarkan dan menerima pakai bahawa Islam Is The Way of Life, dinamik dan progressif.  Tiba-tiba hari ini dek kerana kemelut politik sempit serta rakus kuasa agenda dan dasar yang baik kepada rakyat telah ditungging terbalikkan oleh ketua pembangkang yang ketandusan modal politik. Rakyat menjadi pening.
DS Abdullah Hj Ahmad Badawi semasa berucap dalam wacana intelektual untuk The Oxford Centre For Islamic Studies di Magdalen College, University Of Oxford pada 1 Oktober 2004 menyatakan bahawa The Ulul Al-Bab or men of understanding the Quran refers to are people of reason, of science, of philosophy and of technology. To me the verse (190 Surah Al Imran) represents a categorical imperative for Muslims to unshackle our minds and, to acquire and master the sciences and technology in order to stay relevant in the modern world.
Hari ini rakyat Kedah yang rata-rata Melayu dan Islam menerima KUIN, sebagai bukti seramai 8,000 permohonan yang memohon untuk mengikuti pengajian di KUIN dan KUIN hanya mampu menempatkan 2,000 pelajar sahaja. Berbanding dengan KUIN dahulu yang hanya mengambil 400 pelajar setahun.
Pendekatan mempolitikkan pendidikan bukanlah satu tindakan yang bijak. Ketua pembangkang harus berhujah di atas landasan intelektual untuk meraih sokongan rakyat kepada partinya yang hampir menjadi kain buruk selepas PRU12 dahulu. Beliau harus berwibawa walaupun bukan berkelulusan Oxford, Cambridge atau Harvard supaya tidak menurut gaya pembangkang PAS, DAP dan PKR yang hanya hentam keromo memutar belit rakyat demi kuasa politik.
Yang baik katakan baik.

15 comments:

  1. macam tu pun umeno be end kata Kedah tak maju lagi.bengong betoi depa ni.

    ReplyDelete
  2. Bukankah KUIN diwujudkan UMNO? Bukankah projek pembesaran KUIN memang telah direncanakan oleh BN terlebih dahulu? Depa hanya sambung saja. Kenapa anda tidak persoal kepincangan KUIN sekarang yang amat memalukan. Kalau kapasiti yang ada sekarang pun mereka tak mampu nak urus apakah mereka mampu urus KUIN yang lebih besar? UMNO dah buktikan pengurusan IPT yang jauh lebih besar dari KUIN. Saya rasa Blogger ini pun perlu belajar mengkaji sejarah dan latar belakang sesuatu. Jangan hanya kerana anda anti bekas MB tu maka segalanya yang MB tu buat tak elok. Kepada lijitra BOdoh atas tu, kenapa dewan besar dekan Mentalon kediaman MB yang DS Mahdzir KHalid buat tu hampa guna setiap hari dan minggu kalau dah apa yang UMNO buat tak elok. Suluhlah diri sendiri dulu. Cium taik sendiri dulu sebelum sebok dok cakap bau taik orang. Kalau sambung mengaji pun hanya kerana koata UMNO yang bagi, sedaq la diri tu sikit. Jangan dok rasa pandai sangat kalau tempat mengaji pun dek ehsan UMNO saja.

    ReplyDelete
  3. kpd lijitra,

    Setakat buat kampus universiti hang dah rasa kedah maju ka? Yang tanah melayu kena jual jadi kubur cina hang tak pakai pikiaq.
    Hutan balak main tebang saja ikut suka depa saja.
    Tanah wakaf depa boleh tukar nama dan jual kat cina cara islam ka..
    Hang la antara org kedah yg bodoh dan diperbodohkan..

    ReplyDelete
  4. KUIN tengah dok pening la ni. Betui Ka?

    ReplyDelete
  5. MUMMY. Isu sekarang ialah KUIN sedang menghadapi masalah yang agak kronik. Itulah yang sedang diperhatikan sekarang. Saya nampak DS Mahdzir Khalid mahu KUIN kembali kepada objektif asal penubuhannya dulu. Saya tak pasti zaman MB mana penubuhan KUIN tetapi objektif asal penubuhannya adalah sepertimana namanya juga. INSANIAH. TQ.

    ReplyDelete
  6. Apapun kesian kat staf KUIN yang terlaksa repot polis atas masalah depa.

    ReplyDelete
  7. Kedah sejahtera konon.
    KUIN pun indah habak dari rupa.
    Buat kerja tak ukur dengan badan.
    KUIN adalah hasil ilham UMNO lah.

    Apa PAS Kedah buat,Tanah rezab Melayu bagi jadi jerat Cina di sg Kob.Di kawasan kg Melayu pula tu.

    Pas lidah bercabang cakap lain buat lain.

    ReplyDelete
  8. Yeah padam muka, adik aku yang pensyarah disitu pun cerita yang sama. Apa, org no. 1 KUIN tu pembodek Azizan. Kebanyakan staf KUIN tu suku sakat depa. Kalau BN tak pacak U tu dulu harus-harus tak apa lah yang Azizan tau buat. Takat mai tempek2 sikit mengaku hebat.

    ReplyDelete
  9. Wahai org UMNO kat sini
    aku bkn org umno
    mai attack aku ya
    sebab aku suka di attack
    terima kaseh

    (semoga daripada attack2 kalian semua aku insaf & terus masuk umno esok pagi)

    ReplyDelete
  10. dari dulu sampai la ni politik punya pasai student jadi mangsa...

    bisnes pun serupa.. politik punya pasai kedai kena tutup..
    pas utk pas.. umno utk umno.. org biasa yg sentiasa tersepit..

    ReplyDelete
  11. kadang2 bahasa menunjukkan bangsa!kalau diteliti komen2 di sini bolehkah kita nak mengaku mereka ini sebangsa dan se agama dengan kita?kita tak usah nak pertikaikan siapa yg tubuhkan kuin,yg pastinya itu adalah hasil duit rakyat bukannya duit mahathir khalid atau duit najib razak.kalau dah tak suka dgn pas,pkr dap atau apa saja spesis yg tak sokong kerajaan tolonglah jgn kutyip cukai dgn mereka.kadang2 tak susah untuk menjadi bangang sepanjang hayat kita.

    ReplyDelete
  12. Duit rakyat pun datang dari kerajaan yang berusaha menyedia sebanyak mungkin kerja untuk rakyat.

    ReplyDelete
  13. pak lebai pas ,
    pak lebai pkr,
    pak lebai dap

    depa cakap saja.
    kerja tak serupa bikin.

    orang lain semua tak betoi.
    depa saja yg betoi.

    pula sombong pula.

    ingat ke umno saja yg ego.

    lebai pas pun serupa.

    ReplyDelete
  14. Hari ini 3/7/2012 jam 1.00 akan ada Himpunan Aman BERSIH KUIN 2.0 di Dalam kawasan kampus KUIN Mergong.

    http://kedahan69ers.com/?p=2366

    Pasti akan ada berita lanjut mengenainya selepas ini nanti.

    ReplyDelete
  15. Pusat pengajian tak boleh main tangkap muat macam parti politik, ianya metilah mengutamakan kualiti dari kuantiti. Nawaitu kena jaga tak boleh makan puji nak cari publisiti.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.