Saturday, August 18, 2012

Salam Aidil Fitri 2012 kepada rakan-rakan blogger

Lukisan lakaran di atas adalah Masjid Zahir, Alor Setar.

SEJARAH MASJID ZAHIR.
Masjid ini dibina pada tahun 1912 atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Tapak masjid ini sebelum pembinaannya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam(1821). Rekabentuk masjid ini diilhamkan dari Masjid AZIZI di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Masjid ini dihiasi dengan lima kubah utama sebagai simbol lima Rukun Islam.
Perasmian Masjid Zahir dilakukan oleh DYMM Sultan Abdul Hamid pada hari Jumaat 15 Oktober 1914. 
Pada hari tersebut Tuanku Sultan menjadi Imam dan YTM Tunku Mahmud Pemangku Sultan menjadi Khatib dan Syed Othman Fadaaq menjadi Bilal
Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 15 Oktober 1915 oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat. Di belakang Masjid Zahir, terdapat Kompleks Bangunan Mahkamah Syariah dan Pusat Pendidikan Asas Kanak-Kanak.

Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan tengahnya (Dewan Sembahyang) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. Menara utamanya terletak di bahagian timur laut bangunan masjid itu.
(Saluran maklumat : Dato' Hj Wan shamsudin Mohd Yusof, Pengerusi Persatuan Sejarah Kedah.)

3 comments:

  1. mummy,

    dr mahathir semasa merancang putrajaya, menetapkan supaya kubah masjid zahir ini di jadikan acuan untuk kubah pejabat perdana menteri.

    kubah masih menjadi symbol masjid di mana2 kerana itu lah kehendak pengunanya iaitu orang islam.

    saya rasa mungkin orang islam zaman 60 lebeh liberal dari kita sekarang yang menerima kubah moden tropika masjid negara - sehingga di mana2 masjid kampong akan meniru nya - sesuai juga kerana membinaan nya lebih mudah.

    saya ternampak sebuah masjid moden di singapura yang langsung tiada kubah - bagaimana penerimaan didalam hati umat disana?

    sedia maklum mereka berbangga nampaknya.

    berbalek pada masjid zahir, ianya nyaman dengan anjung2 yang berangin,

    amat berbeza dengan 'penambah-baikan' se setengah masjid kita dengan cermin gelap yang ber air-conditioned.!

    mohamad

    ReplyDelete
  2. Saudara Mohamad,
    Tepat sekali pandangan saudara itu. MR berpandangan mesjid-mesjid lama auranya hebat sekali. Melangkah kaki ke dalam mesjid pun kita sudah terasa kehebatannya jika dibanding dengan mesjid baru. Mungkin proses pembikinannya dengan sumber yang lebih berkat.
    Pernah MR bawa pelawat seorang tokoh korporat dari Peranchis melawat utara dan apabila beliau melintas Mesjid Zahir beliau memohon untuk singgah dan beliau kagum dengan dan kelu semasa di dalam mesjid tersebut.
    Tetapi sayang pengawal yang menjaga tidak berilmu untuk memberi penerangan yang jelas tentang apa itu mehrab apa itu mimbar.
    Mungkin petugas itu ingat berdakwah itu hanya mengajak mengucap dan bersolat atau masuk jawi.
    SELAMAT HARI RAYA.

    ReplyDelete
  3. Salam Mummy Rokiah,
    Thank you for disseminating this information for everyone.
    FYI, Syed Othman Fadaaq is my great grandfather.
    Would be grateful if you could acknowledge the use of the info and photo taken from my blog.
    Kind regards.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.