Saturday, August 4, 2012

Tema logo Hari Kebangsaan ikut tafsiran siapa?

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) tetap teguh dan tidak akan berganjak dengan pertikaian tema "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati" bagi sambutan Hari Kemerdekaan kali ini.  Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kementerian itu bertanggungjawab menterjemahkan kejayaan negara selama 55 tahun kebelakangan ini, lantas menjiwainya dengan  isian yang setimpal.
"55 Tahun Merdeka Janji Ditepati" adalah keputusan Jemaah Menteri. Pembangkang dan sekutunya memang rasa terhimpit dengan slogan tema ini kerana mereka kini ketara sangat tidak ada rekod pencapaian. (mStar)
Inilah akibatnya jika pemimpin atasan tidak melibatkan pandangan rakyat jelata sekurang-kurangnya membuka pertandingan mencipta logo dan tema Hari Kemedekaan. Belum berlaku di dalam sejarah kemerdekaan negara ini isu sekecil logo boleh dipertikaikan.
Pembangkang melihat perspektif tafsiran tema kemerdekaan dari sudut dan pandangan mereka. Hendak lagi tema ini amat tepat terkena batang hidung mereka yang prestasi negeri-negeri di bawah pemerintahan mereka sungguh teruk, cabuk dan buruk. Janji tinggal janji.
Manakala pemerintah pula melihat kemerdekaan ini harus diambil kesempatan untuk milage politik mereka. Kepimpinan di atas merasakan mereka seharusnya menggembur prestasi mereka dan mengungkit performance mereka kerana takut rakyat lupa dalam PRU yang akan datang. Gajah sesama gajah bertarung rakyat menjadi binau dan melilau.
Maka tidak hairanlah apabila berlaku kemelut yang sebegini akani bangun pula kumpulan penganas, Parti Komunis Malaya (PKM) mendabik dada menyatakan mereka juga penjuang kemerdekaan menentang penjajah Inggeris sealiran dengan Tok Janggut, Mat Kilau dan Datuk Bahaman.
Apakah perpaduan rakyat negara ini begitu rapuh dan tipis seperti kulit bawang?
RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

3 comments:

  1. Di kampung saya Kg Air Hitam Bukit Naning Muar, Beruk didahulukan.

    ReplyDelete
  2. Sebagai kata-kata logo boleh diterima tetapi bagi yang boleh berfikir dan kritis akan bertanyakan apa dia janji yang ditepati tu, nak klentong makcik Felda dan Melayu bangan yang lain bolehlah.
    Mana di janji nak majukan masyarakat Melayu yang kini merupakan golongan miskin kerna ramai isi keluarga Melayu mendapat RM3,000 sebulan bergelut nak hidup, sarat dengan hutang dan tiada harta kecuali memiliki kereta Proton dan rumah panggsa yang sempit sedangkan elit Melayu hidup kaya raya.Rakyat hidup dihimpit harga barngan keperluan yang tinggi sehingga tak dapat nak buat simpanan.
    Apa dia janji ditepati itu kalu duk asyik tabur wang pada musim pilihanraya dan tak buat kerja lain, kalu ada pun buat projek mega seperti Tun Razak Exchange yang hanya akan didominasi oleh elit asing bagi jawatan strategik.
    Mna janji nak hapuskan korapsi?

    ReplyDelete
  3. Mae, kat kemamanpun kera didahulukan sbb tu budget rm100 juta untuk zoo mat said

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.