Wednesday, August 15, 2012

55 Tahun MERDEKA. Cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan mewujudkan MELAYU LAYAN MELAYU, CINA LAYAN CINA, HINDU LAYAN HINDU.

More non-bumi in the frontline. Move to help public feel comfortable dealing with officers from their own race.

Di atas adalah tajuk besar dan tajuk kecil di dalam akhbar The Star, Selasa 14 Ogos 2012 mukasurat 16. Kenyataan tersebut telah dinyatakan oleh Tan Sri Mahmood Adam, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

JIka diterjemahkan di dalam Bahasa Malaysia ia akan berbunyi Lebih ramai kaum bukan bumiputera akan dilantik sebagai kakitangan barisan hadapan. Usaha untuk memberi keselesaan kepada publik berurusan dengan pegawai dari kaum mereka sendiri.

Kesedaran ini berbangkit apabila penjawat perkhidmatan awam kini didapati lebih ramai di kalangan Bumiputera daripada kaum-kaum lain. Barangkali mereka ini tidak memahami masaalah dan isu-isu kaum lain di kaunter-kaunter Kerajaan maka ia memerlukan pegawai di kalangan kaum mereka sendiri untuk menyelesai dan melayan kaum mereka.

Selain daripada membantu orang ramai berasa selesa, ini juga merupakan sebahagian daripada usaha besar Kerajaan untuk menarik lebih ramai bukan bumiputera untuk menyertai perkhidmatan awam, Mahmood memberitahu The Star.

Kita memahami usaha-usaha Kerajaan untuk menambah kakitangan awam dari semua kaum supaya ia tidak kelihatan Perkhidmatan Awam didominasi oleh satu kaum sahaja, kaum Melayu. Tetapi apabila alasan untuk memberi keselesaan, satu kaum hanya melayan kaumnya sahaja di atas fahaman hanya kaum itu memahami masaalah kaumnya ini ternyata telah menyimpang dari matlamat gagasan 1Malaysia.

Sasaran ini akan membuka lebih lebar jurang kaum dan segrigasi kaum yang ketara akan berlaku di mana kelak ia akan akan melahirkan penjawat awam yang akan hanya melayan kaumnya sahaja dan tidak akan ambil pusing sensitiviti dan budaya kaum lain.

Sekali pun jika kajian SPA mendapati factor ini merupakan akar permasaalahan seharusnya penjawat-penjawat awam di kaunter khasnya diilmukan supaya memahami masaalah dan sensitiviti semua kaum.

Hari ini masaalah intigrasi kaum tidak seharusnya lagi menjadi isu kerana setelah 55 tahun Merdeka perhubungan kaum telah lama dipupuk dengan bermacam-masam initiatif untuk menjalinkan perpaduan kaum. Sebagai contoh kempen Muhibbah yang begitu berkesan selepas peristiwa merah 13 Mei 1969.

Penjawat-penjawat awam yang merupakan pasukan tempat rujuk orang ramai tidak harus dterapkan pemikiran mereka untuk berkhidmat kepada kaum mereka sahaja. Mereka tidak boleh berkompromi realitinya bahawa mereka berkhidmat untuk rakyat.

Mereka harus mendokong Rakyat Didahulukan..

6 comments:

  1. Realiti ari ni ialah ramai penjawat awam berperangai macam ahli politik apabila berhadapan dengan rakyat.

    Ramai dah lupa dah tanggungjawab mereka ialah melayan semua kaum tanpa mengira Bangsa, agama mau pun fahaman politik mereka?

    Dah kena cuci otak oleh BTN, Utusan, ahli politik dah untuk perangai sedemikian.

    Penjawat awam kebanyakkan dah lupa bedzakan antara kerajaan dan parti politik. Ramai sangat yang tak kerja dan hanya buat kerja politik siang malam.

    Cadangan macam ni berasal dari penyakit yang selama ni diterapkan oleh penjawat awam. Siapa yang harus disalahkan?

    ReplyDelete
  2. Bila ada tuntutan begini dari kaum Melayu ia dikatakan perkauman. Permintaan kaum lain dilayan. Adakah selama ini penjawat awam tidak memberi layanan kepada kaum bukan Melayu?-zainol56.

    ReplyDelete
  3. Kenapa perlu cadangan tersebut...? Apakah org cina,india tidak tau berbahasa melayu? Apa guna 1Malaysia jika bahasa kebangsaanpun mereka lemah...Sepatutnya kita menyedarkan mereka bahawa kita hidup di negara Malaysia yg bahasa utamanya bahasa melayu, tak tau la kalau mereka memang tak nak amik tau atau menganggap bahasa melayu itu tidak penting kepada mereka tapi selagi mereka tinggal di Malaysia semestinya mereka perlu berbahasa melayu bahasa kebangsaan Malaysia. Kalau mereka kata perkauman..jawapannya "Ada aku kisah"

    ReplyDelete
  4. Agak2nya mereka ni nk layanan 5 bintang tp bahasa mereka 1 bintangpun x ada.... Perkauman? Ada aku kisah...

    ReplyDelete
  5. Agak2nya mereka ni nk layanan 5 bintang tp bahasa mereka 1 bintangpun x ada.... Perkauman? Ada aku kisah...

    ReplyDelete
  6. awat lah jadi macam ni.?

    penjawat awam = kerajaan = bukan politik

    jadi tak payah pilih bangsa apa pun di kaunter, semua bangsa boleh.

    cuma perkhidmatan mesti bermula dengan senyum.

    tanya boleh saya bantu? bukan sembang sama sendiri hal lain....

    kena cekap bagi jawapan betoi, bukan saja nak lari dari kerja....

    tu lah kerja di kaunter.

    melayu bole cina bole siam bole....

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.