Monday, December 17, 2012

SIAPA YANG LAYAK MENJADI KARYAWAN TAMU INSTITUT PEMIKIRAN MAHATHIR?

MR ada menerima email dari seorang komentar yang menggelarkan dirinya Cik Gu Pencen yang menyelar tulisan Zam Maidin. Berikut tulisan beliau:

Salam Mummy Rokiah, 
Saya harap dapat Mummy Rokiah siarkan email saya ini dalam blog Puan jika tidak keberatan. Saya yakin tulisan saya ini tidak akan disiarkan jika dihantar ke blog zamkata.blogspot.com kerana beberapa komen saya telah ditapis oleh blog tersebut. 

Saya meneliti tulisan terperinci Dr Paridah Abdul Samad dan Ahmad Mujahir berhubung kontroversi tulisan Zainudin Maidin (Zam) di dalam blognya menghetam bekas Presiden Indonesia BJ Habibi.
Habibi dipersamakan dengan Anwar Ibrahim sebagai “Dog Of Imperialism” atau anjing penjajah berikutan BJ Habibi menerima jemputan Anwar Ibrahim berucap di UNISEL.

Setelah meneliti saya dapati banyak tulisan Zam yang tidak tepat dengan apa yang terjadi. ‘Reading’ Zam sungguh bercanggah dengan fakta yang sebenar. Ramai rakan sejarahwan yang geleng kepala dengan tulisan Zam. 

Mungkin Zam terlalu berpolitik sehingga Zam yang menerima anugerah tinggi Tokoh Wartawan Negara dan sekarang sebagai Karyawan Tamu Institut Pemikiran Mahathir Universiti Utara Malaysia (UUM)dikecam begitu dahsyat oleh ilmuan yang lebih tahu tentang sejarah Indonesia.

Zam seharusnya berhati-hati dan tidak menulis perkara tanpa kajian mendalam khususnya isu-isu yang menyentuh perhubungan negara serumpun. 

Institut Pemikiran Mahathir di UUM menjadi gah dan hebat kerana memakai nama Tun Mahathir seorang tokoh negarawan terbilang khasnya di dunia Islam dan dunia ketiga. Institut ini harus menjulang nama baik Mahathir dan tidak melantik sebarang karyawan tanpa kredibiliti dan bukti kesarjanaan. Waima bekas menteri sekali pun. 

Keilmuan dan keintelektualan harus dipelihara kerana dunia intelektual luar akan melihat setiap karyawan yang dilantik itu setidak-tidaknya standing dengan pemikiran Tun Mahathir. Jika ini gagal ia akan mencemarkan nama Institut dan yang lebih besar ialah nama Tun Mahathir sendiri. 

Semoga UUM betul-betul melantik mereka yang berwibawa dan tdak menjadikan Institut Pemikiran Mahathir hanya untuk mengampu Mahathir di mana saya yakin Tun M pun tidak suka cara sebegini. -Cik Gu Pencen 

6 comments:

  1. Malu bagaimana Institut Pemikiran Mahathir Universiti Utara Malaysia (UUM)diwujudkan kerana kita renung kembali apa hebatnya pemikiran Mahathir? Madey dengan licik dapat tendang Tunku, Razak, Hussein, Razaleigh, Musa Hitam, Anuar Ibrahim, Pak Lah dan mungkin tak lama lagi Najib.Madey telah memperhebatkan lagi kesenjangan pendapatan antara Melayu elit dan Melayu majoriti. Madey membudayakan amalan rasuah dan paling baru dia dikatakan memiliki US$44 bilion dan anaknya adalah bilioner. Dia buka kilang Proton dan menjual kereta proton berkualiti di luar negara dengan harga murah tapi di negara sendiri dengan harga mahal, tak berkualiti. Dia kata di perkenalkan kawalan modal semasa krisis kewangan tapi dia buat pada pengujung krisis dah banyak mengalir keluar. Madey pun bertanggungjawab mempasungkan negara terjerat dalam pendapatan rendah.Madey tak beri wang ihsan kepada Kelantan untuk memajukan rakyat di sana. Kalu dia bijak dan pemikir kenapa tak cerdik mengurus tadbir kewangan negara dan negara kini banykan berhutang. Madey tak membina bangsa Malaysia melainkan memperorak perandakan kerharmonian negara, lepas tu asyik mempertahankan kroni kapitalismenya. Dia kurang minat seni, sukan, sastera dan asyik dengan ekonomi aje. Tak nampak pemikiran negarawan darinya. Jadi siapa yang berada dalam institut Madey ni pasti adalah mereka yang pernah bodek habis Madey seperti Zam. Tak nampak mana dia keilmuan dan keintelektualan gerangan yang mengisi institut Madey melainkan kaki bodek habis.

    ReplyDelete
  2. Anon 12:42 PM. Seburuk-buruk Zam, hang lagi huduh. Nak cakap berdasarkan fakta. Tengok komen hang sekali lalu pun tau dah tak berasaskan fakta... Saya mmg mengkaji peribadi Mahathir melalui ucapan, karya, dsb, sbb saya nak tau betul ke dia ni 'Mahazalim' spt yg dituduh musuh politiknya. Kalau anon tak cerita 'keburukan' Tun M pun, saya dah melihat byk keburukan dan kelemahan Tun M. Saya gelak saja bila baca komen anon di atas. Tp saya ttp iktiraf Tun M as a great leader and politician.

    ReplyDelete
  3. Mummy boleh komen tak pasal UUM la ni dah jadi Universiti Artis Malaysia....sikit2 artis, glamour dan konsert. Kami kat sini dah nak muntah ngan perangai org atas yg gila glamour. Univ. pengurusan makin lama makin campak ke sg. sintok. Student pun terganggu belajar krn perlu join kegiatan seni dan konsert...sikit2 konsert, duit bnyk habis utk panggil artis. Tolonglah minta KPT tolong tengok sat....

    ReplyDelete
  4. Budaya Mamak memang macam tu! Tak heran pun. Yang asyik jadi lembu, Melayu tulen, je. Yang jadi sapi, golongan Mamak.

    ReplyDelete
  5. Unisel di selangor tubuhlah pula Kerusi Pemikiran Anuar Ibrahim.Koreklah apa apa daya kepimpinan Pak Sheh tu.
    Isu mamak;Semua tahu ke.

    Dr M pun mamak.----Kedah
    Anuar pun mamak----Penang.
    Zam pun mamak juga---Kedah.

    Mamak juga yg dapat nama.Melayu buat apa.Kerja berkelahi rebut kuasa.Sembang kedai kopi.
    Di Kg-kg kerja hantar bini naik bas atau van kilang.
    Jadi suami sepenuh masa.
    Itulah melayu kerja gaduh .yang buncit orang lain.
    Melayu main politik bodoh.
    Bukan Melayu main politik cerdik dan hebat.


    ReplyDelete
  6. z maldin tidak layak jadi intelektual karena "reading" nya penuh emosi busuk maka dari sampai sekarang menjilat tun M seorang diktator malaysia yang berguru kepada diktator indonesia soeharto. maldin lupa negara asean telah berubah, dah banyak diktator yang punah tapi z maldin masih mencium pantat diktator negaranya.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.