Wednesday, December 5, 2012

MENJOLOK BEKAS KPN,MUSA HASSAN SEPERTI MENJOLOK SARANG TEBUAN

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bukan lah seorang yang mudah diheret ke gelanggang politik. MR pernah berbual mesra dengannya ketika diperkenalkan oleh Allahyarham Dr Rastina Majid.
Beliau seorang yang mesra dan telus dengan perinsipnya yang tersendiri. Banyak perkara yang beliau tahu tentang kecurangan politik yang orang tidak tahu. Maka tidak hairanlah jika Musa berpendirian teguh untuk tidak terlibat di dalam mana-mana parti politik.
Mungkin Musa keciwa semasa beliau menjadi KPN ada tangan-tangan ghaib politik yang terlibat dalam tugas beliau seperti isu Bersih di mana menteri juga memberi arahan sehingga pegawai bawah sukar menjalankan tugas. 
MR kira Menteri Dalam Negeri yang seringkali dilabelkan sebagai lembik dan kulai terpaksa bangun menunjukkan beliau itu keras. 
Musa harus faham Hishamuddin menerima desakkan dan tekanan hebat orang politik, NGO dan pencinta keamanan. 
Manakala Hishamuddin pulak seharusnya bijak mengimbangkan keutamaaan yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. 
Di dalam perjalan menuju PRU 13 yang sudah dekat ini adalah sangat kritikal untuk bertelagah dengan Musa Hassan, bekas KPN kerana Anwar Ibrahim and the gang musuh tradisi Musa Hassan sedang menunggu untuk menangguk di air yang keruh. 
Jangan dijolok Musa Hasan lagi takut beliau terpaksa memuntahkan perkara-perkara yang tidak elok. Sekarang adalah waktu genjatan senjata. Kita tunggu selepas PRU13 kita bertujai lagi.

1 comment:

  1. Hishamuddin tu memang bangang. Mentang-mentang dia sepupu dengan Perdana Menteri.., maka dia ingat dia terror sangat. Sudah jadi Menteri Dalam Negeri pun masih tak pandai nak menilai jasa Musa Hassan kepada Negara.

    Hishamuddin jangan lupa jasa Musa Hassan kepada Negara kita. Semasa Musa Hassan menjadi Pegawai Penyiasat dalam kes Anwar pada tahun 90'an dulu, beliau melaksanakan tugas dengan penuh diligent dan tanpa sebarang fear or favour terhadap sesiapa. Kalau tidak.., dah lama dah si Anwar tu menjadi Perdana Menteri..! Semasa menjadi Ketua Polis Negara, Musa juga dilihat sebagai seorang ketua yang begitu tegas. Kita tak patutlah lupakan perkara tu semua..!

    Namun dikhuatiri.., si Hishamuddin yang ada fear or favour kepada pihak-pihak tertentu, lantas memilih untuk sisihkan Musa Hassan pula.

    Hishamuddin memang jenis lembik, tak tegas dan tidak teliti. Najib patut check dan tune sikit cousin dia tu..! Jangan pula orang yang dipercayai menjadi 'gatekeeper'.., sebaliknya adalah jenis orang yang sleeping at the gate..!

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.