Sambutan Hari Krismas Lim Guan Eng membangkitkan semula isu kalimah ALLAH dengan mendesak supaya Kerajaan Pusat membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam kitab Bible bahasa Melayu.
Kenyataan provokasi ini telah melondehkan Lim Guan Eng dan DAP yang merupakan wakil Yahudi dan Nasrani untuk mememecah belahkan sesama umat Islam Negara ini. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 120 :
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Al-Baqarah: 120).
Kenyataan LGE ini merupakan batu api yang jelas, musuh kepada Islam dan tidak sepatutnya di bawa dalam pakatan untuk memberi walaupun satu kerusi memerintah negara yang majoriti umat Islam ini.
Parti-parti politik Melayu dan Islam yang bersekongkol dengan mereka ini harus sedar dengan siapa mereka berpakat.
Hakikatnya LGE dan DAP bukan lagi musuh di dalam selimut. Jika dibiarkan demokrasi dalam negara ini akan meratah umat Islam sedikit demi sedikit.
Beb, istilah 'Allah' telah digunakan oleh banyak kaum sebelum kehadiran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW. Orang pagan Arab pun telah mengguna istilah itu. Ingat manusia mula menganut agama setelah menganut paganisme. Mengikut ajaran Islam Wal Sunah wal Jamaah nama Tuhan ada banyak, tapi telah menetapkan bahawa 'Allah' yang merujuk kepada Tuhan yang dianuti oleh fahaman Wal Sunnah wal Jamaah. Agama Islam pun berasal dari Nabi Ibrahim, lepas tu turun kepada Musa dan Isa dan akhirnya Muhamad.
ReplyDeleteKenapa pula jika agama Kristian(Isa) nak guna nama Allah tidak boleh sedangkan semua kaum di planet ini diciptakan oleh Allah dan UMNO tak berhak melarang orang Kristian(Isa) nak menggunanya, tiada dalam surah Quran yang ada mesej itu. Agama lain pun percaya Tuhan tapi cara mereka mempercayai itu ada perbezaan dan dalam Islam juga ada banyak perbebezaan dari segi melaksanakan ritual atau aqidah, ada liberal, ada ekstrim, ada wahabi, ada sunni, ada taliban, ada PAS, ada hadari, ada watasiahlah dan pelbagai lagi, namun semua mengumat-ngumat mulut mereka istilah "Allah' ketika nak berkomunikasi dengan Tuhannya.
Bukalah minda kita sedikit dan pelajari sejarah sikit.
Banyak kaum baik pada zaman pagan atau sebelum kehadiran Islam telah menggunakan istilah 'Allah' bagi merujuk pada satu kuasa ghaib yang mengawal alam semesta. Kini penganut Kristian, Yahudi dan malahan Sikhism masih mengguna Allah bagi merujuk Tuhan yang menjadikan alam sejagat ini. Bagi penganut Wal Sunah Wal Jamaah mempercayai bahawa Tuhannya mempunyai hampir 100 nama, tapi mahu sandar pada Allah lebih pada yang lain. Itu latar belakang sejarah dan tak boleh dinafikan. Bagaimana ia menjadi sensitif dan politikal apabila UMNO mahu memonopoli yang agama lain di Malaysia tak boleh mengguna nama Allah melainkan orang Melayu Muslim aje, mungkin kerana UMNO mahu mengikat dan mendapat kesetiaan orang Melayu terhadap UMNO dan selalu membela aqidah dan keimanan kaum Melayu kononnya.
ReplyDeleteKita lupa bahawa semua penganut agama dan tidak percayai agama adalah ciptaan Tuhan atau Allah dan apa salahnya merekaa mengguna istilah yang mana sekalipun untuk merujuk Tuhannya?
Kaum Islam pun terpecah kepada banyak mazhab, ada Taliban, wasatiah, hadari, PAS, UMNO, Sunni, alqram dan banyak lagi. Mereka pun mempunya perbezaan dalam melaksanakan ritual dan asas aqidahnya, tapi tetap percaya Sang Khalid yang mencipta alam semesta. Lorong berbeza-beza tapi 'tuhan' yang sama, ini jika kita minda terbuka melainkan berfikiran sembelit