Sunday, December 2, 2012

SAMPIN PEMIMPIN UMNO BERNILAI RM5,000 PERSEPSI ATAU REALITI?

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengakui UMNO berhadapan dengan cabaran masalah persepsi di dalam mengukuhkan imej parti politik tanah air.
UMNO dilabelkan sebagai parti kronisme, elitis, ‘lavish’, sudah tidak mesra rakyat, egois dan korup. Golongan muda di luar melihat UMNO sebagai parti yang ada peluang. 
Ada peluang masuk U walaupun result tidak seberapa, ada peluang dapat kerja, ada peluang dapat projek melalui kontek, ada peluang naik pangkat malah ada peluang jadi YB.
Di sekitar perhimpunan agung UMNO 2012 baru-baru ini wakil-wakil mereka mempamirkan wajah-wajah yang berseri yakin menang PRU13 kerana buat masa dan ketika ini Presiden mereka di dalam suhu yang kuat
Ada wajah yang sudah nampak kecut tetapi dibotokkan atau paling tidak diinjek vitamin C supaya cekang dan merinin untuk memudakan wajah yang sudah tua. 
Sampin dan songket berbenang emas berbagai warna tidak kurang bernilai di antara RM3 ribu sehelai malah ada yang RM8ribu. 
Pemimpin utama mereka bergentanyangan dengan kereta mewah dan motor besar tergolong di dalam kelab ‘the big boys toys’. 
Paling ketara ialah Pak Menteri-Pak Menteri sentiasa dipagari ‘bodyguard’-‘bodyguard’ berwajah bengis mungkin  dibimbangi sukar dikawal apabila didekati ramai rakyat kerana ramai rakyat sudah mula terpengaruh dengan ucapan semangat mereka ‘UMNO mesra rakyat’
Paling tidak pun mereka bimbang diserbu rakyat untuk bersalaman kerana rakyat ingin merasa denyut nadi tangan Pak Menteri yang lembut seperti baldu. Di dalam bas semasa balik dari persidangan tidak kering air lior bercerita kerana dapat bersalaman dengan Pak Menteri. 
Di penjuru luar dewan perhimpunan duduk sekumpulan Mak Cik-Mak Cik pemerhati yang datang dari Johor tumpang di meja bulat kami kerana lenguh badan bersimpuh mendengar Ucapan Perasmian Presiden UMNO di laluan pejalan kaki luar dewan persidangan. 
Apabila diprovok mereka mula membuka cerita tentang perjuangan UMNO sambil menjamah nasi lemak dan teh tarik PWTC yang berharga RM4/. 
Wajah-wajah Mak Cik yang putih berseri bertepung disapu bedak buku nampak seperti sudah berumur dalam lingkungan 60an atau mencecah awal 70an. Katanya biar ditoreh tangan yang berdarah menyokong lain daripada UMNO tidak sekali. Ekpresi wajah Mak Cik yang kedut otomatik menjadi tegang tanpa botok apabila bercakap tentang perjuangan beliau dahulu dan dalam masa yang sama menghentam PAS.
Konklusinya, bukan darjat dan rupa untuk diperkata. Tetapi itulah yang berlaku di depan mata. Bukan UMNO yang berdosa. Tetapi pemimpinnya yang alpa dan leka.
Meminjam kata nasihat Tun M “Pemimpin bukan setakat mesti bersih tetapi mesti dilihat bersih”.

6 comments:



  1. UMNO dan BN sudah memerintah Terengganu hampir 50 tahun..... Tapi Kenapa Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Wanita UMNO dan Pemimpin2 UMNO Terengganu tetap BODOH?

    2013 - Tahun Paling Malang Rakyat Terengganu........ Lihat sendiri bukti kalau tak percaya...


    ~ BUKTI 1 ~

    ~ BUKTI 2 ~

    ~ BUKTI 3 ~

    ~ BUKTI 4 ~

    ReplyDelete
  2. Biarlah masa Dan sepakterajang takdir yg menentukan sejarah pemimpin itu sendiri.

    Yang tak buat apa, tenggelam dari ingatan, yg bangang dapat aib anak cucu, Yang pengkhianat masih terus sawan memburu kuasa, yg berbakti terus laku Dan berbisa di tempatan Dan dunia.

    Tetapi kita Jangan menghukum parti, jangan bakar kelambu sekadar seekor nyamuk.

    Dan Jangan terpedaya dengan semua boleh, lgbt.

    ReplyDelete
  3. MELAYU NI KALAU SAMA MELAYU NI MEMANG DENGKI TAPI KALAU BANGSA LAIN TAK APA PULAK. SAMPING RIBU. TIPULAH. TAPI KALAU MEREKA MAMPU BIARKANLAH. BUKAN KACAU ORANG. KENAPA TAK SOAL BERAPA RIBU ANUWAR IBRAHIM PUNYA KOT DAN SONGKET MASA DIA JADI TPM DULU. PADA SAYA SIAPAPUN, UMNO KA, PAS KA, ATAU SIAPA SAJA KALAU MAMPU DAN DENGAN PENDAPATAN MEREKA YANG BETUL BIARKANLAH. TAKKAN KITA NAK SOAL ORANG KAYA PAKAI MERC. JANGAN HERAN LA SEKARANG NI. ORANG KAMPUNG MENOREH GETAH PUN DAH PAKAI HILUX. YANG HARUS KITA PELIK IALAH. KAT KAWASAN AKU NI. ORANG KUAT PAS. KERJA KOLEK (KONDUKTOR) BAS SAJA. TAPI BARU 2 TAHUN PAS PERINTAH DAH BOLEH BUAT RUMAH BANGLO RATUS RIBU NILAINYA. SEDANGKAN SEORANG CIKGU YANG JUGA KETUA CAWANGAN UMNO KAMPUNG TU MASIH DUDUK RUMAH KAMPUNG YANG DITAMBAH SIKIT-SIKIT SEDANGKAN UMNO DAH PERINTAH PULUHAN TAHUN. INILAH NAMANYA PENIPU. TAK KERING MULUT MEREKA DOK KATA UMNO NI PEROMPAK DAN MACAM-MACAM KATA KESAT SEDANGKAN HAKIKATNYA MEREKALAH BAPA LANUN YANG BERSELINDUNG DISEBALIK JANGGUT DAN SERBAN. ALLAH BAGI KUASA KAT DEPA SEBAB NAK BUKA PERANGAI BUSUK MEREKA RUPANYA.

    ReplyDelete
  4. itu tak termasuk curut mewah lagi.
    harga sebatang orang kampung/ahli umno boleh makan dua hari..


    sebenarnya yg diatas itu ahli rembat saja.
    maka disuruhnya yg dibawah agar berkorban apa saja.

    yg diatas kenyang dan buncit.
    yg dibawah syok dgn salam saja.

    ReplyDelete
  5. Pertama skali umno kena buang pemimpin elegan cth mcm Rauf suk.

    Org mcm dia nanti perlingkup parti. Kesian ahli2 umno khususnya makcik2 yg dtg jauh dr seluruh pelusuk tanah melayu dgn niat memperjuangkan parti dan memberi sokongan yg tidak berbelah bagi kpd PM dan parti.

    Rauf tak pa la dh kaya. Hidup mewah berlagak megalah SUA. Benci ahli umno melihat beliau melebihi dr jawayan yg disandang.

    Saya sedih melihat pabila ketika sidang perhimpunan berjalan pemerhati di biarkan lugguk dihadapan screen gergasi di tgh2 foyer pwtc. Kenapa perkara sebegini masih berlaku di era kepimpinan moden ni.

    Walhal jasa pemerhati ni lebih dari pemimpin yg ada diatas. Pabila ketika menjalankan tugas parti merekalah yg dikerah kesana kesini. Tetapi menyedihkan pabila tiba perhimpunan kita mengabaikan keselesaan mereka. Sepatutnya UMNO harus meraikan seluruh ahli yang hadir ketika perhimpunan agong sebegini.

    Raikan mereka sebaik yg mungkin. Jamulah mereka dengan makan yang sebaik mungkin. Tempatkan lah mereka dgn tempat yg mempunyai keselesaan bagi mengikuti persidangan.

    Arahkan Pengurusan PWTC menurunkan dan mengawal harga setiap makanan cthnya nasi lemak dan teh tarik seperti mana
    harga biasa di pasaran. Pada hati perhimpunan sebegini PWTC sepatutnya membuat CSR dan jangan memikirkan keutungan. Bangunan pwtc milik umno setahun sekali kita tidak rugi jika meraikan kehadiran para penyokong setia umno.

    Jimi

    ReplyDelete
  6. Itulah Realiti orang Umno yg di bawa dari dulu lagi ... akan tetapi Pemimpin PR sentiasa menunjukkan @ Berlagak n berlakun dari segi penampilan sederhana .. Hakikatnya itu hanya ... Tipu .. Tipu .. kalau tak percaya cuba buat siasatan terpeninci jumlah harta pemimpin PAS di kelantan ...

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.