Monday, December 31, 2012

INILAH AKIBATNYA APABILA RUMPUT BERGOYANG

Dua banglo, masing-masing milik Anggota Parlimen Setiawangsa Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, yang terletak di Puncak Setiawangsa berkemungkinan akan dirobohkan bagi memberi ruang zon penampan antara tebing runtuh dan rumah-rumah berhampiran.
Inilah akibatnya bila alam berbicara atas kehendak Allah SWT. Kata penyanyi Ebiet G Adie
“mengapa di tanahku terjadi bencana?" Jawabnya - Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita, yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita. Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang.
Jangan pandang kecil rumput yang bergoyang. Kerana apabila rumput yang kerdil itu bergoyang ini menandakan akan berlaku keruntuhan tanah yang besar tidak kira siapa tuan ampunya mahligai yang mewah itu.

6 comments:

  1. Setuju Sangat rumah2 tu dirobohkan. Kerajaan Jangan pula lupa mengambil peluang ini untuk mengurniakan tanah yg lebih luas dari sekarang, begitu juga pampasan yg berjuta. Pemiliknya golongan yg banyak berjasa kepada rakyat!

    ReplyDelete
  2. MR.
    Boleh jadi semua ini kerana doa orang miskin dan orang yg selalu kesusahan.
    Orang miskin ini mereka dekat dgn Allah.
    Oranng mewah dan senang lenang ada yg lupa Allah.

    ReplyDelete
  3. Bloggers yang pandai berblog adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.

    ReplyDelete
  4. Salam perjuangan bro..

    Moron dapat di linkkan blog saya yg x seberapa ni..

    http://taipingcentral.blogspot.com/

    Untuk article Terbaru blog saya :

    http://taipingcentral.blogspot.com/2013/01/panas-sambut-new-year-cara-beromen.html?m=0

    Tq bro.. Semoga tail persaudaraan ukhuwah ter erat antara kita.. Anyway blog saudara, sempoooiiiiii..

    Tq..

    ReplyDelete
  5. Ini petanda dunia nak kiamat. Jangan leka termasuk tuan tanah.

    -Anak Bumi Bertuah.

    ReplyDelete
  6. rakyat malaysia sedia menghulurkan bantuan pada pemimpin yg berjasa kepada rakyat.. war warkan akaun bank di media massa nescaya berduyun2 sedia membantu...

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.