Saturday, December 15, 2012

DIHARAPKAN 'BIOGRAFI ROSMAH' AKAN MENJADI ASET BUKAN LIABILITIES

Buku biografi tentang isteri PM baru sahaja dilancarkan. Biografi Rosmah Mansor. Belum pun habis tempoh satu penggal Najib menjadi PM isteri beliau telah mampu mengumpul banyak bahan untuk melahirkan sebuah biografi. 
Seorang Timbalan Menteri yang masih di dalam Kerajaan telah menjadi penasihat penerbitan biografi tersebut. Ahmad Maslan mungkin menasihat supaya biografi mesti dilancarkan segera sebelum PRU13 pada bulan Februari.
Biografi Rosmah Mansor yang nipisnya 164 muka surat dikira sekadar biografi santai sebaris buku-buku novel yang bersepah di pasaran. 
Jika dibandingkan dengan ketebalannya dan harganya RM154/- ia dikira sedikit mahal. Kelazimannya biografi ‘rich and famous’ sangat tebal kerana garapan bahan yang sarat dari asal usul keturunan sehingga kepada hari tua.
Memandangkan Najib masih baru sebagai PM banyak perkara khasnya ‘the true confession’ mungkin tidak dituliskan di dalam biografi ini kerana dibimbangi fakta-fakta tersebut akan menjadi bahan kepada pembangkang untuk menembak Najib.
Seperti kenyataan Ahmad Maslan beliau berharap biografi ini dapat memberi gambaran sebenar mengenai Rosmah dan menangkis pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau. Dalam erti kata lain biarlah isteri PM menjadi aset bukannya liabilities kepada parti yang memerintah atau jadilah 'winnable wife'.
Persoalannya teruk sangatkah tohmahan yang dilemparkan sehingga terpaksa diterbitkan biografi yang dijual dengan harga yang agak mahal. 
Sama-sama lah kita tunggu apa ceritanya yang ditulis oleh Siti Rohayah Attan dan Noraini Abdul Razak apabila diedarkan ada Januari nanti. Jeng, jeng, jeng….

4 comments:

  1. YESSS I AGREED SHE SHOULD BE A WINNABLE WIFE TOO.
    IF NOT THE BATTLE SHIP WILL BE KAPUUUT.

    ReplyDelete
  2. give me for free i dont want..enuff BS 'bout her.

    ReplyDelete
  3. Mungkin dalam biografi ini ada segmen yang cuba menghuraikan mengapa Bik Mama ini mempunyai nafsu luar biasa terhadap extravagansa seperti suka memiliki banyak beg tangan ciptaan asing (sangat branded) yang harganya gila-gila dan juga suka mencelah dalam urusan negara seperti yang banyak diceritakan oleh portal dalam talian. Isteri-isteri PM sebelum ini tidak kedengaran mempunyai ghairah nafsu seperti Bik Mama kepada pemilikan kebendaan atau sepertinya.
    Satu lagi cerita peranannya dalam skandal Altantuya, bagaimana beliau akan menangkasnya.
    Cerita beliau terlibat dalam kerja-kerja kebajikan anak yatim dan masyarakat pinggiran lain tidak syok dipanjang lebarkan.

    ReplyDelete
  4. esok insyaAllah saya beli! Harap2 ada cerita rahsia kejayaan beliau sehingga mampu beli handbag birkin sekaton..boleh jadikan pedoman & iktibar..hehehehe

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.