Sunday, January 20, 2013

AZRUL AZWAR HARUS SEDAR BELIAU BUKAN DAIM ZAINUDIN

Pic : The Star
Suasana politik tiba-tiba menggelegak seperti air di dalam cerek apabila Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, Azrul Azwar Ahmad Tajudin meramalkan kemenangan tipis Barisan Nasional (BN) dan kemenangan besar bagi PR. Malah jika silap percaturan Pakatan Rakyat (PR) berkemungkinan akan menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan mampu membentuk kerajaan pusat.
Terkini, beliau berpegang teguh bahwa pandangannya yang diketengahkan di dalam forum Singapore Regional Outlook Forum adalah dibuat secara profesional, jujur dan tanpa memihak mana-mana pihak.
Yang sebenarnya Azrul Azwar telah tersilap langkah  kerana  terlalu ikhlas meluahkan pandangannya yang begitu sukar  untuk ditelan BN.
Realiti atau fantasi kenyataan ini Azrul perlu simpan sahaja di dalam perutnya atau maklumkan saja kepada bekas Penasihat Ekonomi Negara, Daim Zainudin.
Jika Daim yang meramalkannya pasti semua pihak akan meletup seperti jagung bertih yang digoreng. Pastinya bagi BN dunia ini bagai nak kiamat.
Apa pun seperti kelazimannya di dalam BN post-mortem akan dilakukan selepas kalah dan kalau menang semuanya terus lupa dibuai keseronokan. 
Hakikatnya selain dari analisis Azrul terdapat banyak lagi analisis-analisis yang dibuat seperti Biro Tata Negara, Jabatan Hal Ehwal Khas, Cawangan Khas, Badan Bukan Kerajaan dan beberapa lagi yang telah menunjukkan keputusan yang tidak memihak kepada BN tetapi demi periok nasi masing-masing mereka terpaksa menyembunyikan data sebenar takut dihukum seperti Azrul. 
Cerita satu insiden di sebuah kawasan Parlimen apabila salah seorang pegawai membentang ‘fact finding’ bahawa kawasan tersebut merupakan kawasan hitam, Ketua Bahagian UMNO kawasan tersebut bingkas bangun melenting bagai Harimau kepada pegawai tersebut. 
Katanya “Bagaimana awak buat kerja? Hampir setiap hari saya turun memberi bantuan kepada rakyat dan hari ini awak kata kawasan saya, kawasan hitam? Data awak itu tidak tepat. Ini semua kerja sabotaj supaya saya tidak dicalunkan!.” 
Hakikatnya di dalam politik serba kemungkinan boleh berlaku, ular lidi boleh menjadi naga dan chempedak boleh menjadi nangka.
Akhirnya golongan professional akan lari dari UMNO dan BN.

13 comments:

  1. apa yg aku tau dia tu bukan org bn pun...
    betul atau salah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau nak undi dari BN saja ka? kalau macam tu hanyut la kauuuuuuuuu....

      Delete
    2. Biasa laaa orang UMNO kalau ditegur sikit mulalah mereka dsenarai hitamkan dan dicap sebagai pembangkang.
      Kalau boleh depa nak semua sokong mereka termasukla tongkoi dan kayu.Dan depa dok brooomm sana broooom sini lagak kuasa.
      Ini semua sudah akhir. Yang sudah, sudah laaaaa

      Delete
  2. dia patut buat kerja dia sebagai ketua ekonomi bimb...bimb bukan bayar gaji dia utk jadi ketua politik bimb....bank kena buat duit..klu x lingkup la. dia patut sedar bahwa dia bukan do upah utk cakap pasal politik spt Tun Daim...mummy oh mummy..ko pun patut sedar juga bahwa x semua professional tu bernas otaknya...bersih hatinya...atau memberikan pendapat berdasarkan otak yg dalam tempurung kepala kat atas tu...bukan guna otak yg letak kat kepala lutut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila bercakap pasal ekonomi, ekonomi itu luas bidangnya. i believe as a chief economist, one of his job scope is to analyse risk. risk itu sendiri terbahagi kepada banyak bahagian, dan salah satu daripada cabang risk adalah country-specific risk. dalam country-specific risk, political risk adalah satu cabang utama yang perlu diambil kira. jikalau pentadibran sesebuah negara berubah, ianya boleh menyebabkan level of investment negara tersebut berubah juga.

      i believe he's doing his job professionally, taking into account the possible situations that might occur which will affect bank islam, be it directly or indirectly. memanglah bank kena buat duit, encik/cik/puan anonymous. tapi untuk buat duit, kena lah buat analisa. jadi, saya rasa, dalam membuat kerja, encik azrul memang bernas otaknya, dan beliau telah memberikan pendapat "berdasarkan otak yang dalam tempurung kepala kat atas tu", dan bukanlah semata-mata "guna otak yang letak kat kepala lutut tu". :)

      Delete
    2. Alololo Jill,..

      I disagree with many of your words anyway. This Wawa fella is a Chief Economist of BIMB. He worked for BIMB as a CHIEF ECONOMIST. It is an influential position. He should know that whatever he said will reflects BIMB as a whole. He's a CHIEF. He should know his statement will give adverse affect to BIMB in the event where BN decided to pow BIMB as a result of his action. As a CHIEF, he should know what he should disclose and how to disclose it. As a CHIEF he should know how and when to do his job PROFESSIONALLY IN A MANNER THAT WILL NOT GIVE ADVERSE EFFECTS to his Paymaster.

      That Wawa should know better.

      Delete
  3. jawapan utk org yg terkujut kerana di lebel kawasan hitam tu,mungkin istilah yg boleh di pakai ialah "dah lama Dahhh..."

    ReplyDelete
  4. betul mummy.. sepatutnya kena nilai setiap pendapat bukannya melenting... bukan kita persoal dia oarang apa.. dia buat kerja dengan meramal tiga kemungkinan yang mungkin berlaku.. dan unutk pengetahuan semua memang setiap bank akan membuat ramalan bagi membuat jangkaan ekonmi masa depan.. sepatutnya kita muhsabah bukan melenting x tentu pasal. saya 100% sokong kenyataan mummy.. tahniah mummy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang sebenarnya BN/UMNO telah terlalu lama makan manis hari ini mereka sukar menelan yang pahit.

      Delete
  5. Anom,
    Awak harus sedar selama ini yang memenangkan BN pun bukan orang BN atau orang UMNO sahaja. Orang UMNO pun ramai yang tak daftar pemilih dan tak mengundi pun...
    Kami lah org yang di luar parti yang mengundi menentukan Kerajaan.
    Awak harus sedar...suara kami yang diam ini ramai dari suara org politik yang melalak tak tentu pasal.

    DAN HARUS DIINGAT KAMI JUGA BERHAK BERSUARA BUKAN OARNG POLITIK SAHAJA.

    ReplyDelete
  6. Siapa saja berhak untuk mengeluarkan pendapat, tak mesti dia jadi Daim Zainuddin kot?

    Daim dengan pendapatnya dan Azrul dengan pendapatnya.

    Masalahnya gomen gitu sensitif tak boleh ditegur, kalu tegur padahlah jawabnya. Lainlah kalu you tu belaci mereka.

    They never learn their lesson from the political tsunami 2008 and hopefully they will wiped out by a giant political earthquake in 2013.

    ReplyDelete
  7. MR.

    cara bagi tahu yang Ketua bahagian naik angin tu bila kata kawasan dia hitam ialah sungai petani.
    memang hitam gelap.
    KBahagian tak sedar diri.
    Syok sendiri.
    Gila nak jadi calon.
    Itu lah umno.
    kerana politik wang.
    angkuh lagi sombong.
    rumah tangga umnopun tak mampu nak jaga.

    kesian pada dato najib.
    pulun sampai nak rebah.

    ReplyDelete
  8. tu la UMNO...pantang kena tegur sikit...meroyan..perkemaskan saf bahagian UMNO dlu baru cakap pasal pilihanraya...klau UMNO bahagian still dok berebut nk jadi calon, tikam sana tikam sini, belaga sana belaga sini...kami yg anak muda ni dok pengati ja perangai puak2 ni...mmg bungkuih la pru13 ni....tk percaya tgk la nnt....

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.