Monday, April 15, 2013

BUMBUNG RUMAH AISHAH PERNAH DIKOREK UNTUK DIPASANG CCTV

Penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin calon PAS Jempol mendedahkan beliau hampir menjadi mangsa perbuatan jahat musuh politik PAS apabila atap rumahnya ditebuk untuk dipasang kamera. 
Namun beliau bernasib baik apabila lubang korekkan tersebut dilelehi air hujan ketika hujan menimpa. Rupa-rupanya ada musuh politiknya yang cuba memasang CCTV betul-betul di atas bumbung bahagian bilik tidurnya.
Beliau besyukur Allah memiliharanya jika tidak beliau juga akan menjadi mangsa rakaman video sex seperti apa yang berlaku kepada pemimpinnya Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. 
Mungkin musuh politik Aishah tidak sebijak musuh politik Mustafa Ali kerana cuba mengorek lubang atap rumah yang berdepan dengan risiko yang tinggi kerana memanjat bumbung seperti tupai atau seperti pelakon ‘stuntman’ filem-filem Hollywood dan Hong Kong. Akhirnya lubang CCTV bocor menjadi lubang air hujan. 
Di dalam pengakuannya kepada Harakahdaily, Aishah juga berpendapat sesiapa sahaja yang berada bersama PAS termasuk Pakatan Rakyat mereka terdedah kepada risiko menjadi mangsa politik kotor musuh politik. 
Apapun sebelum komen Aishah patut menonton dahulu video Datuk Mustafa Ali bagi menilai ‘authenticity’ video tersebut sebelum membuat apa-apa konklusi samada video itu jijik atau terdapat nilai-nilai seni yang penuh kesantunan.

8 comments:

  1. 1) Buat apa korek bumbung untuk pasang video? Baik korek Syiling sahaja. Korek syiling tak tiris hujan.

    2) Aishah tak perlu bimbang, kalau dia Muslimah yang baik baik, dia tidak akan melakukan apa-apa pekerjaan terkutuk, dan tak perlu divideokan.

    3) Tak ada orang berminat setakat nak tengok gambar perempuan macam Aishah telanjang.

    ReplyDelete
  2. HAHAHAHA ..Dont even know what's she's thinking when she issued this kind of statement..

    ReplyDelete
  3. Nampaknya PAS wujudkan kembali calon Cikgu Mala, bekas calon prk dulu2..

    ReplyDelete
  4. Kawe pernah pecahkan siling mini market ketika mahu pasang cctv di situ. Tak pasal2 bos kena ganti dan tak pasal2 gaji kena potong..

    ReplyDelete
  5. Barang baik kena pasang CCTV lah baru ada market dan isu.
    Sebab itu Pas bodoh.

    ReplyDelete
  6. Siapa Aisyah sampai perlu bersusah payah nak korek bumbung? Wakakakakakak, oiii, aku dah gelak ni.. dia nak jadi top 10 jugak ke?

    ReplyDelete
  7. Bumbung pecah, lepas tu buat isu kata nk sokdeng dia.. cit, macam wan azizah dalam cerita hikayat break kereta tersadai dirosakkan.

    ReplyDelete
  8. Orang tak selero nak nengok aksi kamu mek cah oiii...

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.