Saturday, January 17, 2009

Tahniah PAS!

Keputusan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terangganu (KT) - PAS 32,883, BN30,252. PAS menang dengan majoriti 2,631. Kegagalan yang tercorot BN dalam pilihanraya kecil Parlimen KT ternyata BN masih tidak mengambil iktibar malah jauh sekali untuk belajar dari kegagalan PRU12 yang lalu.


BN masih selesa dan bermimpi di alam fantasi mereka. Blok pengundi PAS lebih setia kepada parti mereka manakala pengundi-pengundi BN tidak setia kepada BN.


Kegagalan ini terbukti bahawa calun kesukaan UMNO tidak semestinya pengundi mahu. Memenangi Ketua Bahagian atau Timbalan Ketua Bahagian UMNO lebih senang dari memenangi pilihanraya kerana untuk memenangi jawatan dalam UMNO sesiapa juga yang ada cukup wang pasti menguasai UMNO di mana-mana bahagian. Tetapi untuk memenangi pilihanraya pengundi lebih bijak menilai kredibiliti calun secara holistik dari hujung rambut sampai hujung kaki.


Contoh yang ketara ialah pilihanraya KT ini. Di saat-saat akhir UMNO terkial-kial membangkit-bangkitkan jasa allahyarham Dato Razali Ismail, mantan Ahli Parlimen KT sehinggakan sekolah pun dinamakan sempena nama beliau untuk memenangi hati pengundi. Tetapi semasa beliau masih hidup, UMNO telah mencantas beliau di dalam pertandingan Timbalan Ketua Bahagian. Wan Farid telah bersekongkol dengan timbalan ketua bahagian mencantas Dato’ Razali yang berhasrat bertanding timbalan ketua UMNO bahagian KT. Bayangkan seorang Ahli Parlimen merangkap Timbalan Menteri tewas bertanding hanyalah timbalan ketua UMNO bahagian sahaja. Jelas beliau keciwa. Ternyata UMNO buta dan tuli.


Inilah amalan UMNO di mana-mana bahagian juga. Apabila tiba pilihanraya untuk menagih undi, calun-calun UMNO mulalah bermuka-muka, berlakon di hadapan rakyat melalui media-media massa di bawah kawalan mereka.


Jentera-jentera UMNO dari negeri lain yang turun berkempen di KT hanya lebih menumpukan kepada pemilihan agong UMNO pada Mac ini. Terdapat ketua-ketua perhubungan UMNO negeri yang menghabiskan masa di hotel-hotel dengan menghisap curut berlagak dan angkuh.


Nampaknya Najib mestilah melakukan “fat trimming” dalam UMNO. Lemak-lemak yang berlebihan di dalam UMNO memerlukan “political will” untuk mengikisnya sebelum UMNO menjadi Dinasour.

10 comments:

  1. Tahniah buat PAS. Mereka memang bekerja kuat.

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada yang menang. Adat bertanding memang begitu.

    Semenjak Pematang Pauh, nampak gayanya keputusan pilihanraya di Malaysia memang dah boleh agak keputusannya. Keputusan ini telah dijangka oleh beberapa penganalisa politik dan juga penulis-penulis blog politik yang lain. So predictable just like Hindi films.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Angin ini di jangka berterusan kerana pengundi pengundi muda sudah mula menaikkan layar menhikut arus dan angin pembangkang. Sewajarnya parti parti politik yang bakal memerintah Malaysia nanti melakukan persediaan dari sekarang...Takbir!

    ReplyDelete
  4. Tahniah kepada Abdul Wahid Endut (PAS)yang mendapt 32,883 manakala Wan Ahmad Farid Wan Salleh (BN)- menang dengan majoriti- 2631. Sebenarnya kekalahan BN di tangan PAS sudah diduga dari awal lagi.Faktor pengundi muda yang melebihi 30% pengundi juga memainkan faktor..kebanyakkan pengundi muda rata-rata tidak berpihak kepada BN, itu memang diakui sejak dari awal lagi..kita boleh lihat dalam ceramah-ceramah yang dihadiri hatta drp PM sendiri, yg hadir boleh dibilang dengan jari sahaja. Pola pengundi ini seandainya berterusan, dan pihak BN, UMNO tidak melakukan sesuatu, nescaya pada PRU yang 13 nanti akan memberi kesan yang sangat buruk kepada BN.

    ReplyDelete
  5. TAHNIAH KEPADA HJ WAHID ENDUT
    TAHNIAH KEPADA PAS
    TAHNIAH KEPADA PAKATAN RAKYAT
    TAHNIAH KEPADA SEMUA SUKARELAWAN DAN PETUGAS DALAM DAN LUAR
    DAN PALING PENTING...

    TAHNIAH KEPADA PENGUNDI K.TERENGGANU..ANDA MEWAKILI SELURUH RAKYAT MALAYSIA TELAH MEMBUKTIKAN KEPADA KERAJAAN YANG MEMERINTAH BAHAWA
    " WE ARE NOT AFRAID OF YOU ANYMORE..."
    ugut la mcm2,hambur lah macam2,tabur janji mcm tabur serdak kat ayam itik..."WE ARE NOT AFRAID OF YOU "


    SEKIAN TERIMA KASIH
    SYUKUR ALHAMDULILLAH

    ReplyDelete
  6. Salam!

    BN/UMNO ternyata masih gagal mengurus kekalahan mereka dalam PRU 12...akibatnya seperti yang kita lihat..

    salam ziarah!

    thx!

    ReplyDelete
  7. alhamdullilah...tahniah kepada datuk abdul wahid endut....apapon sep kito jgn pecoh...

    ReplyDelete
  8. Selera dan kriteria pemilihan Rakyat sudah berubah tetapi UMNO masih di tahap lama masih mengamalkan feuldalisma dan masih lagi "warlord' mengusai struktur Umno . Umno tidak menghayati issue issue tempatan kehendak Rakyat mereka hanya syok sesama sendiri datang ke KT hanya sekadar 'PUNCH CARD' sahaja .
    Pemimpin Umno datang hanya dgn style lama buat janji dan ugutan pembangunan tanpa membaca 'ground feeling' yg Rakyat sudah lebih pandai lebih terdedah kepada maklumat dan lebih 'daring 'untuk berubah bukan setakat selogan Mukriz sahaja.
    KT adalah amaran terakhir Rakyat sebelum ada lagi pilihanraya kecil lagi sebelum pilihanraya di Sarawak.
    Umno perlu mengkaji sejarah keruntuhan parti parti besar di dunia LDP di Jepun , Kuomintang di Taiwan , Indian Congress ,Golkar dll.
    PakLah misti mengambil tanggungjawab KT 'signal' Rakyat meminta beliau bercuti sekarang dan Najib ambil alih PM mulai lepas CNY supaya PakLah tidak dilahat campur tangan dlm pemilihan Umno march nanti .
    Rakyat mahu perubahan dalam Umno .

    ReplyDelete
  9. Padan muka dan rasakan keangkohan,kesombongan,sifat tamak haloba,perasuah dan banyak yang buruk lagi yang melekat pada badan UMNO yang akan menengelamkan UMNO buat selama lamanya.Syabas PAS yang berpaksikan Islam berjaya menghancurkan parti pengkhianat bangsa,ugama dan tanah air dan tangan tangan perasuh yang wajib dikerat dan dikudungkan daripada terus memerentah negara. Mampus terus UMNO.........

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.