Thursday, December 31, 2009

Apa dah jadi ni? "Allah" pun mereka heret ke mahkamah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rrayuan dan
Kuasa-Kuasa Khas) di sini, sebentar tadi memutuskan bahawa perkataan "Allah"
boleh digunakan dalam penerbitan Herald Catholic Weekly.

Hakim Datuk Lau Bee La membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Gereja Katolik.
Apakah ini keterlauan? Sehingga "Allah" diheret ke mahkamah.

14 comments:

  1. melayu islam mana yg ada telor utk lawan balik?

    ReplyDelete
  2. salam

    berita yg sgt amat mendukacitakan, islam di malaysia sudah dilacurkan dan dicemari oleh non islam.....

    jika hal ini berterusan dan kalah dlm rayuan , diharap semua2 ahli2 YB parlimen dan YB2 DUn yg beragama islam meletakkan jawatan 24jam, kerana mereka2 telah gagal mempertahankan kesucian dan aqidah Islam.

    Dan tercipta sejarah dlm dunia, Malaysia pimpinan org Islam, mempunyai kesultanan ISlam dan agama islam agama rasmi malaysia, tidak mampu mempertahankan kesucian islam dan selayaknya pemimpin2 islam BN dan Pakatan, meletak jawatan 24jam.....

    ReplyDelete
  3. Apabila Melayu Islam berpecah inilah hadiah yang kita terima. Mereka barani mendesak yang bukan-bukan. Yang berada dalam rahim kita pun mereka ingin tuntut.

    Zaman Melayu kuat gagah perkasa di bawah Tun Mahathir tidak ada yang berani bersuara.

    Nak salah siapa sekarang? Adakah Pas dan Pkr Melayu akan menyalahkan Najib kerana isu ALLAH ini?

    Adakah Pas berasa kecewa dengan keputusan hakim?

    Yang pasti Umno amat kecewa dalam isu ini.

    Kita tunggu apa respon Khalid Samad dan Zulkifli Nordin (Kulim)

    Nik Aziz mungkin bersetuju dgn keputusan mahkamah.

    ReplyDelete
  4. Apa nak dihairankan nama Allah pun depa ambik?
    Kan PKR dan PAS telah beri laluan utk DAP Komunis mengambil tanah2 wakaf. Nak beri duit zakat kpd DAP. Membenarkan DAP masuk masjid dan surau. DAP boleh jadi MB dan PM juga.
    Orang Melayu memangnya bodoh!
    Melayu mudah lupa!

    ReplyDelete
  5. Nak buat macam mana ... kalu kita kata depa kafir depa melenting.. kalu kita kata depa murtad depa maki hamun kta balik sebab depa kata depa lahir sebagai orang islam tetapi depa lupa islam depa tu cuma ada kat kulit saja.. Pasai tu la.. 'terlanjur kata' nak tarik balik .. jauh seklai seab depa kata depa saja yang betui.. TunM depa kata tak betui.. Tun Lah depa kata lembik..DSNR depa kata ..bleh makan....

    ReplyDelete
  6. Bahasa Melayu 'TUHAN'
    Bahasa Inggeris 'GOD' atau 'LORD'
    Bahasa Arab 'RAAB' atau 'ILAH'
    ALLAH satu daripada 99 nama TUHAN dalam Al-Quran bagi umat Islam.
    Setahu saya umat Kristian tiada 'NAMA TUHAN' dalam kitab mereka, hanya disebut 'GOD' atau 'LORD'.Begitu juga agama Yahudi, nama Tuhannya tidak boleh disebut.

    Bagaimana nama ALLAH boleh disamakan dengan GOD atau LORD ? Sepatutnya terjemahannya "TUHAN"
    Saya berharap pakar bahasa dapat memperjelaskan tentang kekeliruan ini.

    ReplyDelete
  7. Hadiah one malaysia untuk tahun baru..tahniah.

    Banyak implikasi dan akan mengancam islam agama resmi malaysia ..mana gang kepala lembu , mana gang pukida , mana gang pesaka , gang perkasa ..entah apa lagi gang ...bangkit la..

    Jika suatu masa nanti ..anak kecil yang main api tu di ajak untuk tukar agama islam ke kristian..apa kata nya ..alahai apa takut kan satu tuhan ..nama pun sama ..apa hangpa nak jawab ?

    ReplyDelete
  8. Perkara ini adalah kerana kebodohan orang cerdik pandai di negara kita yang menggubal akan segala undang-undang tetapi lupa untuk menggubal undang-undang untuk meng"eksklusif"kan perkataan "Allah" hanya kepada orang Islam.

    Sepatutnya kita mengambil iktibar dari Turki yang lebih kurang 90 tahun merdeka. Mereka meletakkan pada perlembagaan mereka yang turki adalah negara sekular selagi wujudnya Turki dan perlembagaan tersebut tidak boleh dipinda. Oleh itu, sesiapa memerintah pun tak akan timbul isu meng"Islam"kan Turki.

    Inilah akibat pemimpin yang pandai cakap.

    ReplyDelete
  9. hakim tu pun cristian. mmang dia pun suka Allah tu dipermainkan.

    Khalid tu da jadi gila. Nak kan sokongan semua bangsa macam tu lah jadinya.

    PAS, mana ada pendirian. Islam ni jadi mainan depa jeee...Tu pun Melayu yang buta peghut sokong depa.

    Asatgahfirallahhhh... Na'uzubillah.

    ReplyDelete
  10. Subahanallah ..apa dah jadi ni !!!!! . Apa kita nak jawab bila anak cucu kita merujuk Jesus / tok pekong dan lain lain sebagai allah .

    Apa kah kita hanya akan diam membisu sahaja ...??

    ReplyDelete
  11. Sabar Mummy....baca kt sini utk memahami siapa Dia, Allah mengikut ilmu bahasa:

    http://www.islamreligion.com/articles/195/

    Who is Allah by Abdurrahman Robert Squires

    Short term mmg nampak merugikan kite umat Islam di Msia. Tapi percaya lah....long term, Insya Allh berbondong2 mereka ini akan kembali ke pangkuan Islam.

    Selami ini mereka pun menyangka bahwa kita dan mereka meyembah Tuhan yg berlainan. Tetapi sekarang jelas kpd semua pihak bahwa sebenarnya kita semua (Muslim dan Kristian) menyembah pada Tuhan yg sama.

    Tetapi yg membezakan kite dan mereka adalah kite masih berpegang pd akidah Islam yg fitrah yg asal yg terpelihara sedang mereka telah dirosakkan akidah oleh ulamak2 mereka.

    Perkara ini akan menjadi makin jelas suatu hari kepada mereka dan jgn pelik mungkin 5 atau 10 tahun nanti, mereka pula yg akan menarik balik penggunaan Allah dari Bible mereka.

    ReplyDelete
  12. Saya setuju dengan Anon December 31, 2009 10:49 PM.

    Kebanyakan daripada kita takut dan tidak berfikiran jauh. Ada yang kata takut akidah anak2 terpesong, akan tetapi tidak melakukan yang sepatutnya untuk menguatkan akidah anak2 mereka, mereka cuma membiarkan. Kita ini sudah lama hidup dalam "comfort zone". Kita lebih percaya kepada Perlembagaan yang dicipta manusia, lebih daripada percaya kepada kuasa Allah yang menentukan akidah kita dan menentukan kesejahteraan kita di dalam Islam. Nampaknya setengah kita ini lebih "beriman" kepada Perlembagaan daripada beriman sepenuhnya kepada Allah yang menentukan ajal dan hidup kita ini.

    Sudah menjadi sifat orang2 Islam kita, yang suka menuding jari mencari kambing hitam, akan tetapi tidak sama2 bangun dan memperkukuhkan lagi akidah kita. Sampai bila kita hendak hidup dalam comfort zone? Makin lama kita hidup dalam comfort zone, makin manja kita jadi. Bila sudah manja, maka begitulah makin tidak terpelihara akidah kita dan akidah anak2 kita. Kerana kita rasa tak apa, tiada yang boleh merosakkan kita kerana Perlembagaan kita ada menjaminnya(kononnyalah). Kita lupa untuk beriman kepada Allah, dan mengharap perlindungannya dek kerana ada Perlembagaan itu. Perlembagaan itu menjadi lebih berkuasa daripada Allah pula.

    We are pathetic. Ini adalah peluang untuk kita berdakwah, Ahmed Deedat sudah mulakan, Yusuf Estes pun sudah, Idris Tawfiq juga sudah...bila lagi kita di Malaysia?

    ReplyDelete
  13. kita berdoa semoga ada kebaikan lanjutan keputusan ini. Mereka ynag tiru kita. kata orang "imitation is the most sincere form of flattery".

    sri hartamas

    ReplyDelete
  14. Dalam hal ni yg mengong Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara sebab diletaknya haki bukan Islam mendengar kes ni..pihak gereja cuma gunakan hak dia bawa kes kemahkamah. sama lah mahathir letak agustin paul dengar kes anusr dulu. Ada betul ka...

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.