Friday, December 4, 2009

UMNO – Habis manis sepah dibuang


UMNO hari ini seperti ada pertembungan di antara dua generasi. Generasi tua dan generasi muda.

Bekas-bekas pemimpin lama UMNO yang dahulu dijulang dan disanjung sebagai tokoh wira UMNO, hari nampaknya bersuara menghukum kembali UMNO.

UMNO diistilahkan mereka ”Busuk sehingga ke Usus” seperti apa yang Che Det siarkan di dalam blognya. Iaitu komen dari bekas tokoh kanan UMNO yang sedang memikir untuk menyokong PAS.

Kerapkali kita didoktrinasikan dan dimotivasikan oleh BTN dengan ungkapan ”Busuknya badan sehingga ke ekor semuanya bermula dari kepala”.

Jika hari ini ketua-ketua UMNO cawangan berlumba-lumba untuk meraih projek luar bandar dan menjadi kontraktor kelas F ini bukanlah perkara yang baru.

Semuanya bermula dari kepala yang di atas, tokak-menokak sesama gergasi untuk menguasai projek-projek mega bukan setakat Kelas F atau jutaan ringgit tetapi ”Super Ultra Class” yang melibatkan billionan ringgit.

Projek-projek yang melibatkan Janakuasa, Minyak dan Gas, Infrastruktur, Saham-Saham, Udara, Laut, Air, Telekomunikasi, Ruang Angkasa, Perbankan dan berbagai lagi adalah mainan gergasi utama.

Projek-projek ini bukanlah permainan JKKK atau Ketua Cawangan UMNO atau Kontrator Kelas F. Projek-projek ini tidak perlu lobi Perdana Menteri tetapi cukup dengan Pegawai Daerah (DO).

Kontraktor Kelas F bertokak sesama sendiri berebut-rebut peluang projek-projek parit (parit gila), longkang, mendalamkan taliair, jalan kampung, dewan orang ramai, repair surau dan mesjid dan titi-titi ban sungai.

Mereka berebut-rebut mencabut undi di Pejabat Daerah atau mengikut giliran. Ada projek yang mereka jalankan sendiri dan ada juga projek yang mereka "subkan" atau alibabakan.

Hari ini mereka di salahkan kerana BN dan UMNO kalah dalam pilihanraya di beberapa negeri. Kerana kekalahan ini bekas tokoh kanan tersebut menyatakan"UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya) sehingga beliau sedang memikirkan untuk menyokong PAS. Menurut kenyataannya ramai lagi bekas-bekas tokoh yang telah bersara juga sependapat dengan beliau.

Jika ini menjadi realiti ternyata busuk-busuk di kepala telah menular ke badan dan akan berakhir di ekor.

Akhirnya UMNO akan menjadi bangkai dan rangka akan dipamerkan di dalam muzium seperti dinasour.

3 comments:

  1. puan, yang menulis tu pandai melebel orang umno hingga ke akar umbi dah busuk. dia lupa ke masa zaman dia jadi ketua gejala rasuah, projek untuk kroni2 nya dan pilih kasih terhadap pemimpin tertentu... dah lupa kot, mungkin kerana usia lanjut, sampai lingkup perwaja kerja siapa ? macam 2 lagi...orang2 melayu sudah lupa..pemimpin beginilah yang rosakan perjuangan orang2 melayu..

    ReplyDelete
  2. setuju dengan statement diatas,pemimpin yg terdahulu jgnlah mengajar generasi masakini kacang lupakan kulit,kerana sebab itulah UMNO kalah sesudah mereka menikmati nikmat semasa berkuasa.sepatutnya berila semangat kepada golongan muda untuk meneruskan perjuangan dan jangan kerana tidak mendapat projek maka lari meninggalkan perjuangan.Kepada orang lama,uash bicara ttg perjuangan jika generasi akan datang merempat di negeri sendiri.renung2kan lah

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.