Friday, December 4, 2009

AWAS! The Star suka memainkan isu kabur

(Sumber: Mstar Online 4/2/2009)
Fatine, 36, mengaku dirinya khunsa dan dilahirkan sebagai Mohammed Fazdil Min Bahari.

Setelah berkenalan dengan seorang lelaki Inggeris di Kuala Lumpur, Fatine telah mengikut lelaki tersebut ke England dan baru-baru ini telah melangsungkan perkahwinan secara sivil di negara tersebut.

Perkahwinan mereka telah mendapat liputan meluas oleh media massa negara tersebut. Bagaimanapun, permohonan visanya untuk melanjutkan lawatannya telah ditolak atas sebab-sebab teknikal.

Fatine kini berhadapan dengan kemungkinan didepot balik ke Malaysia dan dia kini bimbang akan berhadapan dengan pelbagai masalah termasuklah dikecam oleh masyarakat sendiri dan juga berkemungkinan berhadapan dengan tindakan oleh Jabatan Imigresen sendiri.

Jika dia didapati bersalah dan didepot balik ke Malaysia ada kemungkinan Jabatan Imigresen akan mengenakan tindakan mengharamkannya ke luar negara selama dua tahun.

Pada masa yang sama, Fatine juga khuatir dia akan dikenakan tindakan oleh Jabatan Agama kerana perkahwinan sesama seks adalah diharamkan di Malaysia.

Salah satu isu kabur yang sedang digemburkan oleh The Star ialah isu transsexuals Mohd Fadzil Min Bahari atau nama yang ditukar kepada Fatine.

Telah dua hari The Star sedang berusaha mengheret isu ini agar diperdebatkan. Isu-isu kabur sebegini sangat senang dimanipulasikan untuk memperbodohkan Islam terutamanya mereka yang tidak tahu tentang hukum-hukum Islam.

Apabila isu sebegini diseret akan berlaku perdebatan di media-media mereka dan akhirnya akan menampakan Islam dipermainkankan dan zalim di dalam menangani isu hak asasi manusia.

2 comments:

  1. whatever they are, they are God's creatures. We should treat all God's creatures with kindness and care. Why are they made this way, only God knows. So who are we to judge them? Islam is kind...but men interpret it wrongly... in order to keep to God's true teachings, we forgot to be just and kind.. Except for surah At-taubah, all surah starts with Bismillah, which means Allah yang pemurah Maha Penyayang... why men always forget that?

    ReplyDelete
  2. anonymous dec4 2009, 8.46pm

    if one were to blindly follow your line of "reasoning", then its free for all. Anyone can do anything, murder, kill, practice same sex marriage, all under the banner of not adhering to God's orders is fine, as Allah is compassionate and merciful. Your reasoning is so shallow, I was hesitant to dignify it with a response. And how do you know they are made this way?

    sri hartamas

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.