Di bawah MR siarkan petikan berita dari Berita Harian Online tentang kelesuan Hari Kemerdekaan pada tahun ini. Semalam dalam TV1 Rais berkata dek kerana Bulan Ramadan tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan.
Nampak sangat apabila kerajaan Melayu Islam berpuasa kaum Cina dan India juga hanyut terus semangat patriotik mereka di bulan Kemerdekaan ini.
Inilah akibatnya apabila rakyat diajar Hari Kemerdekaan itu disambut dengan konvoi motor besar, konsert dan perarakan kereta berhias yang langsung tidak menyentuh jiwa nurani sanubari rakyat di bawah.
Apabila pengelola-pengelola aktiviti ini letih berpuasa untuk menunggang motor besar semua aktiviti menjadi bisu.
Apabila kaum Cina hilang semangat patriotik mereka, mereka akan mengambil Singapura sebagai kiblat kerajaan multi-racial yang berjaya di rantau ini seperti kenyataan Presiden MCA Chua Soi Lek dalam ucapan "Chinese Economic Congress"baru-baru ini. .
Bukan salah ibu yang mengandung.
Utara: Merdeka sepi
Oleh Petah Wazzan Iskandar
2010/08/25
GEORGETOWN: Hanya tinggal beberapa hari lagi negara ini akan menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53, namun kedatangan hari bersejarah itu seolah-olah tidak dirasai dan dihargai kerana tidak banyak pihak sama ada jabatan dan agensi kerajaan serta sektor swasta mahupun pemilik premis mengibar Jalur Gemilang.
Tinjauan Berita Harian mendapati situasi sebegini sangat menyedihkan kerana ia menunjukkan sikap tidak patriotik di kalangan penduduk negeri ini hingga gagal menunjukkan kebanggaan kepada Hari Kemerdekaan.
Premis pejabat, sama ada milik kerajaan Persekutuan ataupun kerajaan negeri, ada yang memasangnya tetapi hanya setakat cukup syarat dan ada juga yang sudah pudar warna benderanya.
Sekiranya peruntukan menjadi alasan, ia tidak munasabah kerana dalam satu bangunan, ramai kakitangan yang mampu memberi sumbangan RM10 setiap seorang kerana harga Jalur Gemilang yang dijual di pasaran, tidak mencecah RM15 seunit.
Apabila ia dilakukan tanpa menunggu arahan ataupun surat pekeliling, sudah pasti Jalur Gemilang akan berkibar dengan megah di setiap bangunan kerajaan terlebih awal tanpa menunggu saat akhir.
Antara bangunan yang didapati 'endah tak endah' adalah Mahkamah Tinggi, Pejabat Imigresen, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kastam Diraja Malaysia.
Paling menyedihkan, bangunan yang tertinggi di negeri ini yang turut menjadi pusat pentadbiran utama pelbagai agensi kerajaan dan kerajaan negeri iaitu Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), juga tidak mengibarkan Jalur Gemilang.
Bagaimanapun, Penang Brigde Sdn Bhd (PBSB), pengendali Jambatan Pulau Pinang, lebih patriotik dan bertanggungjawab dengan memasang Jalur Gemilang gergasi di Blok C Pejabat PBSB, dan kain rentang bersama Jalur Gemilang di plaza tol di Prai.
Sekurang-kurangnya, usaha PBSB itu dapat menarik perhatian pengguna jambatan yang singgah untuk membayar tol sebelum meneruskan perjalanan ke bahagian pulau.
Seorang penduduk tempatan, T Vaskaran, 47, dari Batu Lanchang di sini, berkata sepatutnya agensi kerajaan menunjukkan semangat patriotik dengan ikhlas jika mahu masyarakat setempat mencontohinya.
"Apabila agensi kerajaan sendiri seperti malu nak mengibarkan Jalur Gemilang, sudah pasti ia memberi gambaran buruk kepada masyarakat tempatan mahupun luar negara. Kemerdekaan bukannya senang diperoleh tetapi dengan sikap begitu, pengorbanan pejuang kemerdekaan seperti tidak dihargai," katanya.
Bagi pesara kerajaan, Kamarul Bahri, 61, dari Bayan Lepas, berkata dia sedih melihat apa yang berlaku di sekelilingnya yang dilihat langsung tidak wujud suasana patriotik.
"Sekiranya generasi sekarang mengetahui betapa peritnya perjuangan orang lama, sudah pasti bendera Jalur gemilang itu akan sentiasa digenggam dan dibawa ke mana-mana.
"Kerajaan sendiri ada mengumumkan pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kebangsaan tetapi ia seperti tidak dihayati semua pihak biarpun dari kalangan kakitangan kerajaan sendiri," katanya.
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
9 months ago
MR ni tak pernah lepas peluang kutuk the ruling government ya. akhir-akhir ni, the biasness in your postings kian terserlah. the simple truth is, puak2 cina dan india peduli apa dengan kemerdekaan? yang dok bersemangat patriotism hanyalah melayu, tapi kebanyakan melayu kini pun dah layu..
ReplyDeletedulu di perak selalu kami buat konvoi jelajah semua daerah dgn big bike. bila di perintah Pas program stop.
ReplyDeletetunggu lah dua tahun lagi start bali laa.. vromm boom boom
UMNO saja loghat nak membesar-besarkan ghairahnya sambutan Kemerdekaan yang dikaitkan dengan 'perjuangan' terhadap melepaskan negara dari cengkaman kolonial sedangkan sejarah boleh buktikan orang UMNO bukan pejuang melainkan diberi keistimewaan untuk mengisytiharkan kemerdekaan. Orang tulen yang memperjuangkan membebaskan negara dari belenggu penjajah British adalah golongan Komunis dan golongan radikal Melayu/Cina/India yang banyak masuk jel atau lari ke hutan kerana diburu dek kolonial, orang UMNO entah bagaimana dapat permaidani merah untuk menguruskan kemerdekaan dan melaksanakan dasar yang sarat diskriminasi dan banyak menguntungkan elit pemerintah. Rasa marah itu masih ada dalam jiwa anak muda dan mungkin bukan puasa saja yang menyebabkan sambutan merdeka selama ini yang tiada kena mengena dengan luahan patriotisme tapi satu keraian yang silap. Mereka yang tulen memperjuangkan kemerdekaan tidak pernah ditonjol, melainkan tonjol barisan tentera, OKU, agensi kerajaan, polis, belia, staf MACC,angkasawan untuk tatapan pemimpin negara dalam suasana yang sarat dengan jalur gemilang yang bukan autentik ( tiru sedikit dari jalur AS dan juga lagu negaraku yang diciplak dari lagu Perancis ala Hawaii) - sungguh tak ori paparan kemerdekaan! Jangan merungut lagi kenapa kemerdekaan tak ada roh patriotik, tapi ada roh konsert!
ReplyDeleteSemangat kemerdekaan dah hampir hilang pada anak bangsa sendiri.Sifat perjuangan yang tersemat dihati bangsa kita dah mula menipis.Bangsa kita tidak seperti Bangsa Indonesia yang sanggup berjuang demi mendaulatkan bangsa dan negaranya.Contoh peristiwa pembakaran bendera Malaysia dan pelemparan najis keatas Kedutaan Malaysia Jakarta kerana kononnya terdapat pencerobohan pihak Malaysia kewilayah Indonesia.Tetapi bagi pihak Malaysia hanya dibalas dengan surat bantahan, dengan mengatakan hanya pihak tertentu yang melakukannya bukan kerajaan Indonesia walaupun seharusnya kerajaan Indonesia harus bertanggungjawab atas kejadian tersebut dan ada pula rakyat Malaysia yang seronok melihat Kedutaan kita dilakukan sedemikian(baca blog tukar tiub).Jadi dari situ saja kita dapat menilai setinggi mana semangat kemerdekaan dan semangat patriotik dari rakyat malaysia dan kerajaan malaysia sendiri.Dah mcm-mcm oranan buat kat negara kita terutama Indonesia tetapi tidak ada tindak balas dari kita malahan kita masih ingin menunjuk baik kepada mereka seolah-olah kita takut kepada mereka.HENTIKAN KEMASUKAN PEKERJA INDONESIA UNTUK SEKTOR PERKILANGAN BUAT SEMENTARA WAKTU.Mereka hentikan pembantu rumah, kita hentikan juga pekerja kilang.Biar pengangguran meningkat disana.Kalau semangat patriotik mereka tinggi dengan menentang terus kita, kita tunjukkan juga semangat kita juga tinggi.Kita tentang ekonomi mereka.
ReplyDeleteMERDEKA..MERDEKA..MERDEKA..
PAS DAP lagi la teruk. kau cakap apa saja lah. itu semua alasan bebal baghal dari penyokong2 hamPAS, biaDAP, Parti anak beranak dan PKR dari FUCKATAN RAKYAT. Kominis adalah pengganas dan orang seperti anon di atas adalah penyokong komijnis dan sepatutnya di ISA kan. Kominis bunuh atuk dengan kejam dan dendam aku pada kominis takan padam sehingga aku padam. so kalau kau kata kominis berjaya mengahalau British aku akan pastikan aku bunuh kau dulu macam kominis bunuh atuk aku dahulu. kau memnag sial. penyokong kominis ini harus ditangkap dan bagi aku. aku nak buat macamana dia buat kat atuk aku dulu.
ReplyDeleteKalau diperhatikan sambutan hari kemerdekaan yang lepas lepas, kat stage tu hanya ada dari pihak BN aje. Pihak pembangkan tak dilibatkan. jadi kalau mereka tak mahu libatkan diri bukan salah mereka. Walaupun BN sentiasa dapat 2/3 majoriti (hingga 2008), undi popular pembangkang 45%. Untuk sisihkan pemimpin pembangkang bermakna sisihkan 45% rakyat Malaysia.
ReplyDeleteSambutan yg lepas lepas juga banyak berintonasikan BN. Seolah olah hanya mereka yang berjasa. Sepatutnya bendera parti politik terutamanya UMNO jangan dikibarkan. Perkara ni buatkan penyokong pihak yang satu lagi tak nak join.
Anom 7:19,
ReplyDeleteYang betul katakan betul.Yang salah harus ditegur sebelum rakyat hilang keyakinan kepada kewibawaan pentadbir.
Rakyat rasa tidak selamat apabila setiap hari ada peristiwa berdarah.
Politiking seperti tidak ada sudahnya.
Apa yang sudah berlaku?