Isu kalimah “ALLAH” yang cuba dibangkitkan Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek segera di sanggah oleh TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Soi Lek, yang juga terkenal kerana “CCTV Biru” memohon kerajaan menangani isu ini segera supaya tidak diekploitasi oleh pembangkang.
MCA diberi amaran supaya tidak mencetuskan polemik terbuka dan membuka ruang perdebatan yang boleh menggugat ketenangan dan membangkitkan kepanasan yang lama.
MCA yang kononnya bimbang isu ini dieksploit oleh pembangkang yang sebenarnya sedar atau tanpa sedar mereka sudah pun diperkudakan oleh DAP. Adalah mustahil mereka tidak memahami sensitiviti rakan mereka dalam Barisan kerana mereka bukan baru di dalam Barisan.
Walau apa pun masyarakat Islam dapat menghidu bahawa perkara ini dibangkit adalah hasil echo atau dengungan yang dipalu golongan tertentu di barat yang bercadang menganjurkan upacara ’Hari Membakar al-Quran’ sempena ulang tahun ke-9 serangan 11 September 2001.
Dalam masa yang sama Soi Lek tidak harusnya mempergunakan isu ini untuk mengambil balik juara kaum Cina yang dirampas oleh DAP apabila beliau terlibat teruk dalam isu “CCTV BIRU” seperti pengakuan beliau sendiri.
Yang sebenarnya apabila mantan Presiden MCA Tun Ling Liong Sik dihadapkan ke muka pengadilan kerana isu PKFZ ianya juga kemenangan bagi Lim Kit Siang yang secara beterusan membangkitkan isu PKFZ.
Apa pun umat Islam negara ini harus bersatu kerana masa sudah terlalu sedikit.
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
9 months ago
Salentia ialah Ibrahim Ali
ReplyDeleteSiapa Yang Jahanamkan Mara, Kalau Tidak Salentia!
MURAI kurang setuju kalau ada orang mengatakan si Salentia sebagai rasis. Tetapi Murai sangat bersetuju kalau orang mengatakan dia 'seekor politician' yang oportunis, bermuka tebal ekor pendek dan perut buncit.
Sifat fizikal itu kena sangatlah kepada Salentia. Kenapa Murai berkata begitu, kerana kalau dia rasis dia akan konsisten dengan sifat dan sikap itu. Dia tidak akan jadi seperti chemeleon boleh bertukar warna mengikut keadaan semasa.
Tetapi bila dia sudah duduk dalam bersama geng-geng dia, dia tidak pun mempertikikan apa yang beliau pertikaikan di tempat atau ketika bersama geng lain.
Misalnya semasa dia terhuyung hayang mencari pulau atau tasik untuk hidup, dua tahun lepas Salentia boleh berkawan dengan Lim Guan Eng atau Bobalakrishnan. Sama-sama tunjuk perasaan anti minyak di perkarangan KLCC.
Ketika itu dia lupa kepada sifat rasisnya kerana dia memerlukan kolam atau pulau kecil untuk hidup. Ertinya dia menjadi rasis apabila dia sudah memperolehi tasik atau pulau kecil. Atau sesudah berada di daratan.
Sebab itu bagi Murai dia bukan rasis tetapi oportunis. Kalau seseorang yang tulen rasisnya dia tidak akan berkawan atau bertolak ansur dengan musuh-musuhnya atau orang dibencinya dalam keadaan apa sekalipun.
Tetapi tidak begitu dengan Salentia. Selalunya juga bila dia berucap dan bercakap Salentia suka angkat diri sendiri. Dia juga sanggup upah orang untuk mengusungnya sebagai pahlawan! (Wekkkhhh).
Dia selalu berbangga dan megah kerana di tahan di bawah akta ISA selama dua kali. Apa nak dimegahkan. Cara beliau ditahan dan dilayan dalam ISA bukan macam Mat Sabu, Syed Husin Ali atau Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang. Beliau mendapat tilam dan makanan istimewa semasa dalam lokap dan pusat tahan.
Beliau ditahan bukan kerana kesalahannya tetapi untuk menjadi talibarut kepada polis bagi memudahkan polis memberkas orang lain. Sebab itu dalam tahanan beliau selesa. Beliau tidak merasa kepayaahan dan kesulitan. Beliau sering menceritakan dia memberi kerjasama dengan polis. Dalam kata lain Salentia adalah agen polis.
Sebab itu ISA baginya tidak memberi apa-apa bekas kerana beliau dibawa masuk untuk menjadi tali barut kepada pihak polis. Kalau ditahan 40 kali pun ia tidak memberi bekas kepadanya.
Tengok orang yang dizalimi dalam lokap kerana ditahan dibawah akta itu akan menentang habis-habisan ISA. Mereka akan tentang sampai ke akhir hayatnya. Tetapi tidak dengan Salentia.
Begitu juga dengan perjuangan membela Melayu. Semua kata dan bicara Salentia hanya lakonan atau ikut sedap cakap sahaja. Hari-hari dia mempersoalkan soal Mara tidak ada wang. Soal Mara sudah hilang fungsi dan tanggunjawabnya.
Tetapi mungkin orang lupa siapa yang menjahamakan Mara, yang merompak sebahagian harta Mara. Bukankan orang yang mendapat manfaat dari penswastaan syarikat Mara Holding ialah beliau?
Salentia telah membeli dengan harga murah kemudian menjual dengan harga mahal. Dalam dua kelip mata saja dia dapat lebih RM26 juta? Mara Holding adalah syarikat yang mengendalikan bas atau memiliki konsortium kenderaan di negara ini. Hari ini kosortium itu telah menjadi milik Nazmi Salleh. Ianya dijual oleh Salentia kepada Nazmi. Sampai kini Nazmi belum habis membayar kepada Salentia kerana terlalu banyak (mahal).
Jadi bila Mara berkubur tidak dapat membantu bumiputera dalam pendidikan dia marahkan Mara. Marah itu hipokrit saja la. Kata Mara tidak reti berniaga dan macam-macam. Dia lupa yang membuncitkan perut macam gunung Kinabalu ialah dia sendiri.
Salentia hanya cakap lebih habuk pun tadak. Cakap perjuangkan Melayu tetapi yang menjual Melayu ialah dia jugak.
Rupa rupa nya UMNO ni komunis bukan DAP.
ReplyDeletehttp://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/umno-china-communists-to-swap-youth-leaders/
paham paham.aku pun paham.orang politik macam mangkuk hayun itu kerja baham sahaja.kemudian turun kebawah gempak orang kampong,guru pencen.pegawai pencen,bekas agen pkr yang melayu dah nak tenggelam.Tapi yang tebuk sampab tu merekalah.Buat-baut tak tahu pula.
ReplyDelete