Satu Malaysia gempar apabila kelab isteri taat ditubuhkan oleh Global Ikhwan Sdn Bhd, yang sebelum ini juga mengejutkan orang ramai dengan penubuhan kelab polygami.
Salah satu promosi atau penekanan yang diketengahkan oleh kelab isteri taat adalah tentang kepuasan hubungan seks suami isteri.
Dari situ maka ramailah yang melenting samada lelaki maupun perempuan membantah persepsi ahli kelab yang menganggap isteri sebagai alat seks kepada golongan suami.
Antara yang melenting seperti biasa adalah para penggiat sister in Islam, puteri Umno, wanita Umno dan juga Datuk Dr Mashitah, timbalan menteri di jabatan perdana menteri.
Kenapa kita perlu marah pada mereka yang bercita-cita menjadi seorang isteri yang taat? dan amat pelik sekali apabila isteri yang berusaha mahu memuaskan nafsu seks suaminya ditempelak dengan hebat dengan berbagai alasan. Dimana salahnya menghidangkan layanan seks yang hebat pada suami, lebih-lebih lagi pada pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga.
Jika kita lihat secara ikhlas, bermulanya perkahwinan adalah berkisar kepada keinginan seks. Keinginan seks terbentuk secara semula jadi kepada semua manusia terutamanya pada golongan lelaki.
Kalaulah Allah tidak jadikan keinginan seks tersebut alamat sunyilah muka bumi dari makhluk yang bernama manusia. Manusia membiak beranak-pinak memenuhi muka bumi hasil daripada wujudnya keinginan seks tersebut.
Sebagai seorang muslim, salah satu daripada sebab ia berkahwin adalah kerana desakan melepaskan keinginan seks yang wujud secara fitrah. Keinginan itu mahu disalurkan secara halal yang dibenarkan oleh syarak. Itu proses normal apabila kita meningkat dewasa.
Lanjutan daripada perkahwinan tersebut maka dapatlah nafsu seks disalurkan secara bersih dan halal yang mana dengan izin Tuhan lahirlah zuriat berupa anak-anak menjadi waris kepada pasangan yang berkahwin.
Dengan terbentuknya keluarga, maka lahirlah perasaan kasih sayang dan rasa tanggung jawab bagi memelihara anak-anak sebaik mungkin. Bermula dari situ dunia perkahwinan menjadi lebih luas kepada pasangan suami isteri.
Selain daripada seks, perkahwinan kini menuntut kepada kesabaran mencari nafkah hidup, kesabaran mendidik, menyediakan tempat perlindungan dan lain-lain seumpama dengannya. Ini bermakna dunia rumah tangga berkembang kepada hal-ehwal selain seks pada peringkat kedua berumah tangga.
Kalaulah ada sesiapa yang menafikan bahawa seks itu tidak penting pada pasangan yang berumah tangga pada peringkat awal terutamanya pada kaum lelaki, sungguh orang itu hipokrit dan mati pucuk.
Janganlah kita nafikan kepentingan seks pada kaum lelaki. Satu dunia tahu perkataan yang paling teratas menduduki senarai perkataan carian di enjin pencarian internet adalah perkataan "seks". Baik di negara kita, mahupun di negara barat. Baik negara umat Islam mahupun di negara bukan umat Islam.
Alasan lelaki berpeleseran dan melanggan pelacur walaupun isterinya taat bukanlah alasan untuk menolak hasrat para isteri yang berusaha menjadi isteri yang taat.
Bacalah sejarah dunia dari dulu sampai sekarang, manusia naik dan turun tewas dan menang, mati dan hidup tak pernah sunyi daripada cerita seks. Seks, seks, seks, memang penting dan menjadi trade mark manusia sejak zaman purba sampai sekarang. Hanya mereka yang hipokrit dan control hensem saja yang menafikannya.
Amalkan seks secara sihat dan dibenarkan syarak, nescaya hidup anda lebih bermakna !!!
(sumber : rakan blogger wartasubhi.blogspot.com)
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
9 months ago
SALAM,
ReplyDeleteAMAT SETUJU DENGAN AYAT YANG TERAKHIR "Amalkan seks secara sihat dan dibenarkan syarak" .
Saya rasa sekiranya suami memenuhi tanggung-jawab mereka dengan sempurna, tak perlu ini semua.
ReplyDeleteTanggungjawab sempurna sebagai ketua keluarga seperti yang telah ditentukan dalam Agama kita.
Salam
Sebenarnye saya setuju dengan pandangan kumpulan yang menggelarkan diri mereka OWC ni... niat mereka bersih dan suci, untuk memantapkan keluarga, berikan perkhidmatan seikhlas mungkin bagi memuaskan hati suami dengan harapan si suami tidak akan liar kat luar.
ReplyDeleteYelah, kalau semuanya sempurna, nak cari luar buat ape ye!.
Yang saya harapkan, si lelaki perlu juga bertindak-balas dengan memberi kepuasan pada si isteri juga.Tak ci lah, kalau lelaki je yang puas tapi si isteri tak puas, kan. Saya cadangkan lelaki juga tubuhkan club "OHC- Obedient Husband Club", salah satu modul yang perlu di ajar adalah bagaimana nak jadi gigolo kelas pertama untuk isteri.
Alangkah bahagianya nanti bila sisuami dan siisteri sama-sama puas, kan!
saya nafikan sbb saya gay.
ReplyDeleteElok la lelaki belajar lebih macam mana nak bertanggungjawab terhadap isteri dan keluarga selain asyik menuduh perempuan tak pandai memenuhi nafsu seks mereka apabila berlaku perceraian.
ReplyDeleteMana yang lebih penting? Memenuhi nafsu atau memenuhi tanggungjawab dan kewajipan terhadap keluarga?
Nikmat seks bagaikan meletusnya bunga api, indah tetapi sejenak saja. Nak enjoy seks wanita tu harus berusia sebaik selapas haid pertama dan si jantan tu begitu juga selepas mengalami mimpi basah pertama kerana senjata genitali masing-masing berada top sekali. Tetapi oleh kerana adat,tahap 'maturity' belum bersedia, amalan sosiobudaya dan norma masyarakat tidak mengizinkan kita bernikah pada usia awal.
ReplyDeletePada pasangan yang kawin pada usia 'tua' dapatlah nikmati seks tetapi sebaik isteri melahirkan tiga anak atau masuk alam menopos dan lelaki kerana gaya hidup dan dengan pelbagai masalah kewangan, cabaran tanggungjawab, hidup kepur-puraan dan komunikasi maka seks tidak lagi seronok tapi sangat rindu pada seks. Itulah penyakitnya. Bagaiman nak beri seks kelas pertama jika saluran faraj wanita dah tak sebasah dulu dan suami mula mati pucuk pada usia muda? Tapi masih rindu seks dan pembuat ubat-ubatan moden dan tradisional menyakinkan seks itu syurga bagi suami isteri adan ahli agamawan dan orang bisnis kata seks itu boleh dinikmati sampai ke nafas akhir? Kita pun terpengaruh lalu macam-macam cerita dongeng muncul bagi menghidupkan PERLUNYA seks walaupun sistem biologi dan psikologi kita sudah tak mampu menikmatinya seperti semasa berusia muda dulu. Kita hilang perpektif mengenai kenikmati seks.
Salam Mummy,
ReplyDeleteApa kita nak kecoh bab seks pulak ni? Para wanita yang telah berkahwin dan anak-anak gadis kita yang bakal mendirikan rumahtangga sebenaqnya memang perlu mengaji ilmu cara bagaimana nak tambat hati suami atau bakal suami kita termasuklah bab seks. Walaupun seks tu salah satu tanggungjawab lelaki dan wanita yang berkahwin tapi bukanlah objektif tunggal perkahwinan..yang mustahak adalah saling bertanggungjawab antara satu sama lain. Kita buleh dengaq banyak rumahtangga hancur bukan sebab seks semata-mata..sumanya berpunca bila salah seorang dari pasangan yang berkahwin tu mola abaikan tanggungjawabnya sendiri. Kalau di pihak perempuan..tanggungjawab tak selesai dengan pandai masak memasak, jaga anak atau di atas ranjang sahaja tapi merangkumi semua perkara yang ada dalam dunia rumahtangganya..termasuklah cara berkomunikasi dengan suami..dengan keluarga suami..dengaq masalah suami dan yang penting penampilan diri kenalah sentiasa anggun di mata suami mengikut kemampuan masing-masing. Kita kena ingat..zaman la para suami sentiasa terdedah kepada godaan masa dia keluaq rumah..sapa yang menggoda? Kaum kita jugak..(suami yang gila kat jantan tu kira lain la)..jadi bila dia balik ke rumah..kita la jadi harapan dia untuk melepaskan gelora nafsu yang dia tahan masa kat luaq..tapi bila balik rumah tengok kita serabai semacam..bau ikan masin goreng..mola la dia buat bandingan dengan mana-mana marka hat yang dia jumpak kat luaq tadi..kena pulak kita ni jenih berkerjaya..balik dah penat atau selalu outstation..kita jadikan sebagai alasan utama untuk tidak layan suami kita sepenuh hati..orang lelaki ni dik..depa punya pendam bukan macam kita..bila ayaq dah sampai meleleh kat telinga..macam-macam depa sanggup buat..sabit tu kita dengaq dalam paper..rumah urut ka..chinadoll ka..laku kat Malaysia ni..malahan kat karaoke pun la ni dah jadi tempat persundalan..dan pengunjungnya adalah suami-suami..bapak-bapak dan tokwan-tokwan kita..jadi kalu ada sapa-sapa nak bagi kursus kat kaum hawa..apa salahnya..dan lebih elok lagi kalau dinamakan kelab pasangan sejati atau setia..dengan laki-laki kita pun join sekali..baru betui. Orang lelakipun kenalah sama-sama berusaha hindarkan godaan..kan Nabi dah kata "Bila kamu berjalan rendahkan la pandangan anak matamu"..bukan saja cari pasai ikutkan nafsu setan..kena ingat la sikit..kami ni pun manusia jugak..kalu dan berusia nak dibandingkan dengan anak dara trang tang tang..tak aci la..hangpa pun bukan la muda jugak..camana kami nak bagi hangpa "makan" macam pelacur kelas pertama..pasai kami tak pernah berkawan dengan depa..kalu ada apa-apa teknik spesel tulong habaq la..kut-kut buleh kami buat..tapi tak segan ka kat malaikat?
masa sekarang ini kaum lelaki sangat lemah sex,dan kaum hawa pula kuat sex,tengok banyak wanita cari pucuk muda agar dapat kepuasan maxima, cuma yg dok sibuk lelaki kuat sex tu, hanya ada dua tiga org saja-sheikh anuar, mat sabu,dreba elizabet wong,ryan gigg,john terry,wyne roney,tiger wood, IMF punya ketua,pm italy......
ReplyDeleteMR apapasal tak masuk langsung bab umno merbok tengah porak peranda...
ReplyDeleteMR merbok tengah kalut...
ReplyDeleteYang tak sodap kek telingo "jadi isteri mirip pelacur kelas satu"...
ReplyDeleteAda Allah suruh macam tu? Dongar lagu Saloma lik.
Walau niat baik, jangan lah ekstrim sangat gelar diri camtu. Rahsia isteri hanya suami yang tahu dan sebalik nya.
Jika semua ok, masakan rumahtangga tak bahagia. Isteri ni kena nakal sikit pada suami...kalau tidak suami yang ada "cop kepalo" suko buat nakal pulak kat lua macam nu-aa.... (panjangkan muncung sikit)
rmai org clap tntng istri perlu jadi sp'ti placur kelas pertama,bkn croh jd cam placur kelas pertama mcm placur2 murahan,tp dlm islam,para istri zaman skrg klu bg air kat suami tu "nah bang airnya",tp klau placur klas p'tama siap lentik tngan nye,mnew x rmai lelaki crie placur,tu la bila b'ckp tntng nie,sumo dok pkir negatif,sumo ikot nafsu,kan asl nye seks nie dri islam yaitu seks y dibnarkan oleh syara',tp yahudi tlah rsak kan seks tu dgn mnghidup kan pniagaan seks,nak ckp mcm mnew lg,klu ckp jd istri solehah sumo xpham dan xtao cam ner nak jd istri solehah,sbb tu t'pkse guna ayt tu,pon xreti2 gak.,igt lyan suami,sediakan mkan pkai,suami n mndidik anak tu da kira istri solehah ke,?istri y solehah sntiasa taat pada allah ,dan patuh dgn suaminya,suami y t'slah sntiasa diberi maaf,cemburu dgn suami tiada dlm idopny,kpulangan suami disambut dgn senyum dan pnuh hormat,kekurangan y diberi oleh suami tidak p'nah mnyanggahnya,bahkan mrasa puas dgan pmberian suami,kesilapan dan ksalahan suami didoakan pd tuhan nya,dgan suaminya,sentiasa berbaek sngka,redho dgan pemberian suaminya,simpati dgan kesusahan suami nya,kebuntuan suami diberi semangat dgn kata2nya suami mndapat semangat dri istri y b'tmbang rasa,suami mndpt inspirasi bila bersama nya, bgitulah sifat istri y solehah,susah senang diharunginya dgn bahagia,merungut tiada dlm kmus idopnya,mnjadikan suami cinta dan bertimbng rse pdenya..hidup berkeluarga aman damai,harmoni hidup walau papa..!!
ReplyDeleteSalam mummy,
ReplyDeleteNi..nak habaq mai kat Cik Barieyah kita ni..tak salah kalu orang terprasan ungkapan "pelacur kelas pertama" tu merujuk kepada seks..pasai organizer KIT tu ada kaitan dengan Arqam..dalam Arqam dulupun lagu tu jugak..depa psiko dan manipulasi kaum wanita sepuas nafsu depa sampai ada yang kawin sat..dah puas..cerai dan pass kat kawan pulak. Cara hidup toksah cakap la..sedih dik oii..yang ada hanyalah selai baju jubah dan jilbab..nak makan pun susah..tapi kena sabaq sebab nak jadi isteri solehah walaupun hakikatnya laki-laki depa berseronok dan lari dari tanggungjawab berkeluarga..sapa berani soal Abuya?? Tak heranla kalu dulu Sahara Yaakob lari. Tu yang cek kata..kalu betui-betui ikhlas..namakan saja kelab tu sebagai Kelab Suami Isteri..sama-sama join..baru lah kena..betui tak?