MR tidak berhasrat untuk berhujah panjang atau berdebat dengan mana-mana rakan bloggers kerana MR kira sesiapa juga bebas menyatakan pendapat demi menegakkan kebenaran atau menyuarakan suara-suara rakyat.
Walaubagaimanapun apabila Saudara Anas Zubedy di dalam komennya pada 17 June 2011 (post has been removed by the author) mempertikaikan kredibiliti MR seolah-olah MR tidak membaca buku beliau dan hanya “cut and paste” posting dari rakan bloggers Tok Senawi atau dalam lain perkataan “hentam keromo” ini telah mencabar MR untuk memberi sedikit dari puluhan hujah berhubung buku beliau yang terlalu cetek kajian tentang memahami al-Quran.
Sebagai menjawab permintaan Anas, berikut ialah penjelasannya.
Pertama sekali perlu diingatkan Anas perlu meneliti kredibiliti penterjemah buku beliau.
Anas tidak boleh mengambil mudah hal-hal yang bersabit dengan agama dengan membenarkan BHUVANES KRISHNASAMY menterjemahkan buku beliau dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia.
Sejauh mana penterjemah buku memahami Al QAuran? atau lebih memahami bible. Tidak hairanlah penterjemah buku ini pun sudah boleh dipertikai kredibilitinya tentang ilmu Islam.
Soalan MR ialah sudahkah Anas semak betul-betul tafsiran sebelum di ‘publish’ buku beliau, seperti ayat-ayat suci Al-Quran dari sudut tafsirannya? Begitu juga halnya dengan terjemahan Bible yang saudara ‘quote’ adakah tepat terjemahan tersebut?.
Banyak petikan-petikan ayat Al-Quran yang saudara nyatakan di dalam buku tersebut ditafsirkan berdasarkan "word-by-word" di mana kerja ini sama saja dengan penganut-penganut Kristian yang menafsirkan kitab mereka "word-by-word".
Seharusnya Anas merujuk dari kitab-kitab tafsir muktabar seperti Al-Azhar atau sekurang-kurang Ahmad Sonhadji Mohamad bagi mendapatkan tafsiran yang tepat dan tidak boleh hanya merujuk kepada terjemahan dari laman-laman web tanpa berguru.
Sedikit dari puluhan contoh ialah, dalam bab dua, m/s 41 buku Anas ada menyebutkan "Memang jelas bahawa penggunaan istilah Allah untuk merujuk kepada Tuhan dalam Bible bukan sahaja dibenarkan, malah ia diseru dalam Al-quran". Persoalannya dari dalil dan nas mana yang saudara petik dan gunapakai sehingga Anas membuat kesimpulan sedemikian?
Apakah Anas merujuk surah Al-Maidah 5:81 seperti yang disiarkan?
Dalam ayat tersebut Allah memperjelaskan tentang sifat dua (2) jenis kaum iaitu Yahudi dan Nasrani. Dalam ayat tersebut Allah memberitahu Nabi Muhammad SAW, bahawa sifat Yahudi itu lebih keras, sebab itu mereka sanggup membunuh para Nabi dan Rasul yang dihantar kepada mereka.
Manakala sifat Nasrani agak lembut keranasebelum ini mereka sudahpun mendengar tentang kenabian Rasullullah SAW. Dan peristiwa penghijrahan kaum Muslimin ke Habsyi memperlihatkan tepatnya firman-firman Allah.
Setibanya kaum muslimin, yang terpaksa berhijrah demi menyelamatkan diri dari puak Quraish itu, ke Habsyi, mereka diajukan soalan oleh Raja Habsyi an-Najasyi yang berbunyi: “Apakah yang diperkatakan oleh Muhammad (SAW) tentang Isa Al-Masih dan Ibunya Maryam?”.
Maka para sahabat memberitahu bahawa Muhammad SAW bersabda, "Isa adalah hambah Allah dan seorang Rasul serta dengan kalimat Illahi, rohnya ditiupkan ke dalam rahim ibunya. Muhammad juga mengatakan bahawa ibunya seorang gadis yang baik lagi suci".
Lalu, Ja'far bin Abi Talib membacakan surah Maryam, sehingga menangis seluruh yang mendengarnya betapa benarnya kata-kata Allah. Akhirnya mereka beriman dengan Allah dengan mengamalkan akhlak yang mulia.
Persoalannya, di manakah tempat yang disebutkan bahawa kalimah Allah boleh digunakan dalam kisah tersebut?
JELAS sekali lagi buku tulisan Anas ini sudah menyimpang dan ingin MR persoalkan, adakah buku ini pemikiran Anas Zubedy atau pemikiran Bhuvanes Krisnasamy?
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
9 months ago
Yesss
ReplyDeleteAton,
ReplyDeleteI'm waiting your comment.
kalau lah dah nak terima semua agama itu sama tanya lah pengikut dan fahaman pluralisma, sheikh aljuburiiiiiii adalah pengikut fahaman tersebut, ini adalah katanya.........
ReplyDeletekiranya akidah umat islam telah rosak dan telah jatuh maka adakah umat islam ini dikira masih lagi islam ataupun di iktiraf sebagai kafir?
Salam MR,
ReplyDeleteUsah buang tenaga utk bahas dgn makhluk allah sekor ni.. Org blajar agama pergi tadika dulu baru meningkat seterusnya.... Bukan terus masuk universiti.... Cuba cerita bab bersuci. Konporm mamat ni x tau....
Wahai Anas zubedy.... Wahai laknatullah... Sekiranya kau ujud sewaktu baginda rasulullah s.a.w nescaya kepala mu akan bercerai dengan badan.. Wahai kapir laknat... Sekiranya kau nak murtad dan jadi sahabat setan jgn libatkan yang lain.... Babi menatang kau ni x ada beza dgn puak2 pas... Merosakkan akidah orang dgn tafsiran bapak lu je... Kau ni kecik2 x nak mampus dahbesa nak menyusahkan orang..
Mummy,
ReplyDeleteWill do shortly. But read a couple of my comments in Syed Akbar Ali's latest postings. SAA is Zubedy's mentor, so you know where this all comes from.
What do you think?
Aton
woi mr,
ReplyDeletehang pi tgk video lucah la lagi baik..
toksah dok nak tunjuk terrer bab agama..
Salam MR,
ReplyDeleteSaya "missed" tentang ini, tetapi dari penulisan MR saya ingin beri komen juga, sedikit :-
1.Untuk apa buku ini? Keliru dan mengelirukan. Kenapa buku Anas Zubedy ini terlepas edaran sebelum di nilai oleh Jab.Agama Islam?
2.Penterjemah nya boleh di kategori sebagai saksi yang berdiri sebagai "saksi" palsu. Tiada kelayakkan dalam agama Islam malah bukan seorang muslim.
3.Tidak ada agama lain yang benar KECUALI AGAMA ISLAM. Allah Subhanawataala telah berfirman dan di sabdakan oleh Nabi Junjungan (selawat dan salam ke atas Baginda) dalam khutbah akhir Baginda.
4.Untuk apa nama Allah dalam kitab mereka setelah terang-terangan (nasara dan yahud) menentang kebenaran Yang Haq, malah sengaja mensyirikkan Allah Subhanawataala? Apa layak nya mereka menggunakan perkataan Allah?
MR,
ReplyDeleteada betulnya apa yg telah dihujahkan oleh MR. saya sendiri telah membeli dan membaca buku tersebut . Cuma satu komen saya, ada kebenaran disebalik apa yg telah ditulis di dalam buku tersebut tetapi ingin saya berkongsi pendapat bahawa kita sebagai umat islam perlu percaya bahawa allah adalah tuhan bagi sekian alam dan maka dengan itu seluruh umat manusia wajib beriman kepada allah, maka dengan itu tidaklah salah jika perkataan allah ada di dalam bible.
Di dalam alquran sendiri tertulis bahawa kita perlu percaya kepada wujudnya 3 kitab iaitu Injil (bible), taurat, Zabur sebelum al-quran dan nabi-nabi sebelum nabi Muhammad yang juga menyembah allah sepenuhnya.
Tetapi apa yang memisahkan kita daripada orang Christian hari ini adalah mereka percaya dengan penyaliban nabi isa dan mereka percaya bahawa nabi isa ialah anak tuhan (dan ironinya tuhan mereka yang dimaksudkan ialah allah tanpa mereka sedari) daripada situ terpesongnya ajaran mereka dengan tidak menerima dan mempercayai al-quran.
Kesimpulannya bagi saya, tidak salah dengan penggunaan tersebut jika dilihat dari hakikatnya tapi salah jika mereka menggunakan untuk tujuan memesongkan umat islam. Niat yang penting.
Terima Kasih.
laa ilaaha illal-laah maksudnya
ReplyDeleteTiada ilahi melainkan allah. Ilaahi disini merujuk kpd ilaahi atau allah ikutan org lain. Sila ingat bahawa ayat ini layak dan harus dibacakan kpd orang bukan Islam juga.
Juga "laa ilaaha illa huwa" maksudnya
Tiada allah melainkan Dia. Allah disini merujuk kpd allah anutan org lain. Bukan allah anutan org Islam.
Ayat ini juga harus ditujukan kpd org bukan Islam. Pendek kata kedua ayat di atas menggunakan kalimah ilaahi (allah) untuk definisikan allah anutan orang lain juga.
Jadi sebutlah kpd orang bukan Islam "La ilaaha illal-laah = tiada allah melainkan allah"
Atau sebutlah kpd orang bukan Islam "La ilaaha illa huwa" = 'tiada allah melainkan Dia'.
Tidak perlu kita mengulangi ayat ini kpd orang Islam saja.