Ahli perniagaan, Datuk Shamsuddin Hayroni memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau terpaksa menjual dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM5.5 juta kepada Dr. Mohamad Khir Toyo hanya dengan harga RM3.5 juta pada tahun 2007.
Pengarah syarikat Ditamas Sdn. Bhd. yang juga saksi pendakwaan kedua itu berkata, beliau tidak mempunyai pilihan selepas bekas Menteri Besar Selangor itu ingin membelinya di bawah harga pasaran kerana khuatir projek serta perniagaannya di negeri tersebut akan terjejas.
‘‘Perbincangan telah berlaku antara saya dan Mohamad Khir berhubung penjualan dan pindah milik. Saya tidak setuju dengan harga RM3.5 juta sebab ia terlalu rendah. Selepas ubah suai rumah dengan kos RM1.5 juta, ia boleh dijual dengan harga antara RM5 dan RM5.5 juta.
‘‘Setelah berbincang dengan orang rumah (isterinya), memandangkan saya ada projek dan aktif dalam perniagaan di Selangor, apabila Menteri Besar mahu rumah saya dengan harga RM3.5 juta, saya khuatir dengan kedudukan perniagaan saya di Selangor jika tidak bersetuju,’’ katanya. (Utusan Malaysia)
Inilah salah satu buktinya korporat Melayu tak boleh dibuat kawan. Masa mereka susah ponggong MB pun mereka jilat hari ini bila tersepit dipusingnya jarum jam sehingga Khir Toyo tersepit dan tercungap-cungap di mahkamah.
Ramai ahli-ahli politik lebih suka berpakat dengan korporat Cina kerana mereka pandai jaga lubang jika terperangkap.
"Pandai makan tarak pandai simpan maaaa" kata kawan MR, Lim Jit Khoon
Sejauh mana kebenaran ini harus disingkap dari sejarah yang lepas. MR no komen, kalau you all nak komen silakan…..
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
9 months ago
sebab tu lebih selamat terima rasuah dari puak cina
ReplyDeleteitu yang nak dikaitkan dengan rasuah. rumah mahal jual murah pasal ada bisnes dengan kerajaan. so sebab bos nak beli, jual aje la asalkan projek jalan. yang penting ialah projek aku jalan, mungkin dapat lebih lagi walaupun rugi awal 3 juta. pendakwaraya nak buktikan itu adalah rasuah. hakim terima cakap itu atau tidak, tunggu sampai habis bicara kat mahkamah. kalau kalah, ada dua mahkamah lebih tinggi lagi. buat rayuan saja. lawak tak lawak, kena tunggu hakim buat keputusan .
ReplyDeleteKebobrokan org umno yg terserlah. Begitu rupanya org umno jika berkuasa. usah marah akan kontraktor melayu. mrk terpaksa. sbb tu rakyat pilih pr.
ReplyDeletewayang belum habis, penerbit filem pun tak bagi snopsis cerita dengan jelas, jadi kita tunggu sampai tamatlah. lepas tu baru kita perkatakan tentang filem ni..., ok, teruskan menonton!
ReplyDeletesaya sokong pendapat mummy.
ReplyDeletesaya pernah membawa seorang ahli perniagaan melayu(masa tu saya jadi pemandu)berjumpa dengan seorang menteri besar untuk memohon satu kawasan balak.
jam enam pagi sudah menunggu depan kediaman rasmi MB.
akhirnya beliau berjaya mendapat kawasan yang dimohon.
bila MB tersebut ditangkap diluar negara kerana satu kes..dan tidak lagi menjadi MB maka ahli perniagaan ini mula bawa cerita keburukan bekas MB.
macam2 kisah termasuk hal peribadi dijaja kesana sini.
semasa bekas MB tersebut sakit pun tidak dilawati..sedangkan mereka tinggal dalam satu daerah.
Kalau korporat melayu ni tak kerjasama dgn pendakwa, dia masuk jel sama. Korporat Cina pandai, dia dah kautim dgn polis, pendakwa, hakim, SPRM kow kow supaya ahli politik Melayu dan lain lain bangsa tak kena dakwa. Pasai apa dia boleh buat macam tu? pasai dia banyak duit la!
ReplyDeleteItu cuma teori saya. Bolah pakai kot, mami?
mangkuk hayun tu pun ama dgn khir toyo,pakat2 buat benda tak betul skrg ni dok bela pula, mcm aljuburiiii tu lah,dah balun china doll dan punggkok saiful tapi masih dok bela diri juga,mengaku alim alim alim alim alim.......????
ReplyDeletekita jgn jadi bodoh biarlah puak tak berguna tu masuk penjara semua nya,
jangan beri peluang melayu berkoporat,pasi depa ni bodoh2 belaka, kalau kerajaan tak tolong maka musnahlah depa, bila kerajaan tolong langsung tak bersyukurrrrrrr
Salam Mummy,
ReplyDeleteOrang tua-tua dah habaq..bertepok sebelah tangan takkan berbunyi"..bukan ka dalam Akta SPRM kata yang terima salah dan yang kasi pun salah..awat pulak yang tukang kasi tak kena..lain la kalu dia buat report sebaik saja dimintak supaya kasi..apa skalipun alasan sebab dia kena kasi takkan menjadikan dia sebagai mangsa kalu dia sengap selama ni. Walaupun nak dijadikan sebagai saksi pendakwa..hakikatnya diapun sama dengan orang yang mintak..SPRM patut bongkar projek mana yang dia dapat dan dakwa dia skali..baru la real. Kalu begini cara SPRM esok-esok ramai la yang tampil buat aduan terhadap mana-mana pemimpin yang depa sakit hati..walhal sebelum tu depa dah kapoq macam-macam projek.
MR.biasa lah bila pokok nyok condong kura-kura pun kerabat naik.Masing-masing selamat uncang sendiri.Sebab tu orang marah.Yang makan isi orang atas.Yang makan kuah puak dibawah yg dok pertahan UMNO macam nak mampuih.Dapatlah naik bas free.Makan free.Hotel free.Balik lawan dengan PAS tiga suku nyawa.Kena motong getah macam tu juga.Tolong dan bantu parti ni macm nak mampuih.Last sekali dapat rumah PPRT.Kesian aku pada rakyat bawahan.Kerbau teruk disawah yang buncit kucing didapur.Itulah kiasan nya MR dari Tok Wan aku.Tapi tak apa ALLAH jua Maha Kaya dan Maha Adil dan Maha Pengasih.Kepada Nya kita minta.
ReplyDeleteItulah budaya hidup menteri2 dan menteri besar umno/bn sebab tu mereka takut kalah nanti semua terbongkarrrrr.
ReplyDelete