Berikut MR petik posting dari blogger http://www.toksenawi.blogspot.com/ memperincikan hujah penulisan anak muda Anas Zubedy yang kalut dan menyimpang dari landasan yang sebenar.
MR mengenali blogger Tok Senawi yang memang mendalam kajian beliau tentang bible dan MR menyokong jika buku ini diharamkan..
Menakutkan! Begitulah kira-kiranya perasaan TS apabila selesai membaca buku yang bertajuk "Allah dalam Bible, boleh atau tidak? - Satu sudut Al-Quran" karya Anas Zubedy. Seorang anak muda Melayu yang cukup liberal fahamannya menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran bagi menghalalkan penggunaan kalimah Suci Allah untuk orang Kristian didalam Bible.
Kejahilan beliau dalam menjemahkan ayat-ayat suci Al-Quran adalah ketara. Al-Quran sumber rujukan utama umat Islam bukanlah boleh ditafsirkan sesuka hati mengikut logik akal. Pada masa yang sama juga memberikan terjemahan yang salah dari petikan-petikan Bible.
Sebagai contohnya petikan ayat suci Al-Quran dari Surah Ali Imran 3:113, menerangkan bahawa terdapatnya orang-orang Yahudi yang baik yakni yang mempercayai Allah dan Hari Kiamat dan mereka ini beriman dengan ayat-ayat Allah (mengerjakan yang makruf serta melarang kepada perkara yang mungkar).
Apakah ayat-ayat Allah dalam konteks ini bermaksud "Bible"? Hanya kerana yang membacanya itu adalah orang Yahudi maka kita mengatakan Al-Quran membenarkan kalimah tersebut digunapakai dalam Bible. Ini merupakan kekeliruan yang terang dan nyata TETAPI itulah yang cuba diterangkan oleh penulis!
Begitu pula dengan petikan dari Bible yang diberikan oleh penulis, katanya, " Yesus menjawab, kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, ....." Matius 22:37-40.
Sedangkan yang tercatit didalam Bible langsung tidak menyebut Allah, "Jesus said to him, You shall love the LORD your God with all your heart, with all your soul and with all your mind." (Matthew 22:37)
Penulis juga meminta agar penganut Kristian meneruskan usaha mereka untuk mendapatkan hak bagi menggunakan kalimah Allah dan pada masa yang sama akan sedia menyokong mereka untuk sama-sama mendesak agar Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan dimansuhkan.
Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kawalan atau sekatan terhadap apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama lain disebarkan kepada orang-orang Islam. Penulis mendesak agar penganut kristian di negara ini bersatu mendesak agar mereka juga boleh berdakwah kepada orang Islam atau orang Melayu!
Sikap penulis yang bertindak menyebarkan pluralisme agama melalui "perpaduan" adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab. Manakan sama Islam dengan mana-mana kepercayaan lain.
Sedangkan Allah hanya mengiktiraf Islam sebagai agama kepada seluruh umat manusia! Firman Allah SWT didalam Al-Quran, "Hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu bagimu dan Aku cukupkan nikmat-Ku ke atasmu, dan Aku reda agama ISLAM itu menjadi agamamu." Al-Maidah 5:3
Perpaduan masyarakat tidak sama dengan agama. Agama berkait dengan akidah atau kepercayaan serta amalan. Perpaduan lebih kepada sikap toleransi dan kerjasama. Apakah dalam beragama kita boleh bertoleransi? Meninggalkan suruhan kerana sikap kurang senang orang bukan Islam terhadap amalan kita dan atas dasar prinsip "human-rights", contohnya memakai tudung!
"Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku." Al-Kafirun 109:6
Beginilah keadaan sekiranya kita tidak mempunyai maklumat tentang Bible dan Kristian serta tidak mendalami agama sendiri (Islam)! Beginilah juga keadaannya apabila bertindak dan berfikir hanya dengan logik akal. Mengapakah hanya memetik segelintir sahaja petikan dari Bible untuk diberikan bidalan dan perumpamaan? Mengapa tidak dilihat Bible secara keseluruhannya yakni intipati kandungannya?
Adalah lebih baik merujuk terlebih dahulu kepada orang yang lebih arif tentang hal-hal agama sebelum memberikan sebarang tafsiran agar tidak terjerumus dalam jurang kehancuran akidah.
Sekadar membaca sahaja masih belum mencukupi. Sebab itu dalam bab agama kita disuruh berguru! Sebab itu juga ada majlis baca kitab di masjid dan surau tujuannya untuk memberikan penjelasan yang lebih mendalam tentang soal hukum hakam!
Oleh yang demikian juga TS berharap pihak berwajib seperti KDN, agar mengambil langkah sewajarnya bagi membendung buku-buku atau sebarang terbitan yang boleh mengelirukan akidah umat Islam.
"Ilmu tanpa amal itu sesat, amalan tanpa ilmu itu gila".
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
9 months ago
Senang je. Rujuk pada Ulama-ulama kat Indonesia ke, Arab ke yang mana jutaan rakyatnya beragama Islam. Tak kan dalam hal ni yang rumit, ulamak Malaysia atau blogger saja yang lebih mengetahui.
ReplyDeleteKan ada internet untuk tanya kalau hendak mengetahui.
Agama kat Malaysia terlalu dipolitik sahingga payah nak tau siapa yang boleh dipercayai.
Saya sokong pendapat saudara yang agama dipolitikkan. Siapa yang POLITIK kan agama kalau bukan PARTI POLITIK AGAMA.
ReplyDeleteSaya sokong juga kita tanya ulamak dari luar sebab Ulamak yang ada di negara kita pun main buat fatwa ikut sedap hati saja terutama kalau kena kaum "kerabat".
Saya tidak salahkan blogger kerana memang ada dikalangan blogger kita yang cerdik pandai. Saudara tahu apa, kerana saudara jenis tak percaya kepada bangsa sendiri.
Saudara pun macam puak roti canai jugak sikit-sikit suruh orang "luar" masuk!
Kalau dah rasa ulamak kita pun tak kena, orang kita pun tak betul. Saya ingat saudara yang tak BETUL!
Betullah macam MR kata, ILMU TANPA AMAL ITU SESAT, AMAL TANPA ILMU ITU GILA. Mungkin saudara salah satu dari itu atau mungkin kedua-duanya sekali.
Salam Mummy,
ReplyDeleteNi la masalah orang Melayu yang kata menganut agama Islam ni..jahil tapi nak bercakap..kalu Islam tu sama dengan agama lain..tak payah la pejuang-pejuang Melayu yang menentang penjajah sejak zaman Portugis hingga British terkorban jiwa raga..bukan saja sebab tanahair tetapi yang utama adalah sebab agama. Tengok apa jadi kat Filipina..Sepanyol berjaya kristiankan sebahagian besar orang Islam termasuk bukan kristian sehingga menjadikan Filipina negara kristian terulung di rantau Asia. Kekuatan orang Melayu kat Tanah Melayu ni adalah disebabkan agama dan bukannya bangsa. Orang melayu kat Indonesia ramai yang menganut agama kristian bahkan akibat kesan Pancasila ramai orang Islam yang berkahwin dengan orang Kristian yang ditafsirkan sebagai "ahli Kitab" termasuklah bekas presiden mereka. Tak lama dulu ada pengarah filem kita cuba angkat plurisme agama ni secara halus menerusi percintaan..suma orang sokong kononnya atas naka kreativiti sampai dapat hadiah macam-macam. Memang betui kata Tok Senawi tu..jangan nak pandai tafsir Al-Quran ikut akai sendiri..sapa-sapa prangai lagu tu patut diISAkan je..macam orang Arqam. Kalu kita tak tegas..tak lama lagi ada la pulak malaun yang menobatkan "Satanic Verses" karya Salman Rushdie!
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletePUM tak baca kot buku ni. ramai ahlinya baca komik kartun jer. kebanyakan belajar melalui dengar ceramah dan kurang membaca buku. agaknya penulis menulis buku ni berdasarkan kajian dengan khalid samad , n.ajis, hadi awang, pum, abim dan anwar ibrahim.
ReplyDeleteseeloknya satu buku lain diterbitkan bagi menolak hujah tersebut. jika diharamkan, ada la ramai yang beli dan memprotes dari segi undang-undang hak asasi dan kebebasan terutama golongan yang mendapat keuntungan. lagi kecoh. sepatutnya majlis fatwa dah terbitkan ulasan mereka bab nama Allah ni dan ianya juga berkaitan keputusan mahkamah.
bila diharamkan buku ini, maka segala manu sia yang menyokong akan menuduh umno yang bertindak, manakala PUM akan diam membisu, n.ajis akan membenarkan segala cakap ostad pas. lagi la haru dan biru. agama dipolitikkan.
Haramkan kartun surat khabar Utusan dulu yang jelas mempermainkan dan perlekehkan agama.
ReplyDeleteBoleh la jual kartun tu kat Denmark kerana jelas agenda Illuminatti.
Anas,
ReplyDeleteI've read ur book and I've discussed the content line by line with blogger Tok Senawi and a few scholar.
We conclude and agreed as what he had wrote.
Please "mengaji" al Quran deeper before you write.
Salam.
MR
haramkan pakatan syaitan yang dok sokong perkara ini,aljuburiiii,ayah pin dll tu dimasukan kedalam neraka jahanam, depa ni dah mcm abu jahal & the gang...... walaupun depa ni tahu perkara sebenar tapi tetap depa bagi umat islam keliru....
ReplyDeletedosa besar puak ini
anon 12:41 PM,
ReplyDeletejgnla buat2 buta & pekak! kartun tu tidak menghina Islam atau mempermainkan hukum Islam tetapi menyindir hj hadi krn mengeluarkan kenyatan 'video tak boleh pakai (terima sebagai bukti) krn ia tak ada mata, telinga tp hanya besi!!! ini yg ditonjolkan dlm kartun tu.
bukannya awak tak tahu...tp enggan menerima hakikat tok guru kesayangan awak dah buat kenyataan yg silap?
ada siapa ahli2 pas yg mahu bertanya mengapa hj hadi senang2 keluarkan 'fatwa' tu? lps tu biar anakbuah bertekak dgn orang lain berdasarkan 'fatwa' tu??? susahla kalau dah taksub! kartun zunar memperlekehkan nama Allah & Nabi Muhammad SAW tak bising pulak?
last 2 weeks i finish my free time at mph jj ipoh while waiting for my bro...n of course dis book does attract me with the heading...
ReplyDeletei said to myself...apa la nak jadi dunia nie..mangkuk mana amik peranan ulama nak ulas boleh atau tak...siap buat buku...ada pulak cawan yg beli..hmm...
in fact i didnt buy a book for quite some time because i can get whatever info with internet...plus i always feel out from 1000 book, its hard for u to find 1 damn good bok, thats not include how can it influence u(bad n good)....
long time ago i finish my 7 habit r covey, that when i was 15...hmmm....quite early i guess...
so...who is anas by the way...wth n who he think he is???potong satu ayat,2 ayat, amik bible..cam bagus jer...( i pun baca juga....) pastu compare cam ulamak...aduuuiiii....
whatever laa..semoga ALLAH tunjuk dia hidayah-amin....but this book definitely shud be banned...macam harem menyesatkan org...
last but not least....to anas..nobody in malaysia capable of reaching 10% of islam study...with our 3% u and me find and try to cure ourself because in our journey of completing the ALLAH process of life we tend to carry some disease, get infected by virus so on and so fore...so most ppl will find themselves to cure themselves thorugh yasin, tabligh, jamaah, quran etc....before we heal ourself we shudnt teach other...(org sakit nak ajar org sihat camna nak ubat sakit)....so...plz laa...i refuse to potong ayat sini sana macam anas...but if i did..it can be 100 times tbal than ur mislead book...
anyway im glad somebody did raise the book issue..it shud be banned for islam sake..
1) Apakah semua pendapat tokoh-tokoh arif di Timur Tengah salah kerana mereka tidak melarang golongan Kristian di Timur Tengah (misalnya Iraq dan sebagainya) menggunakan perkataan "Allah"?
ReplyDelete2) Kalau hanya dengan menggunakan kalimah "Allah" sudah cukup untuk membenarkan orang Kristian berdakwah dengan golongan Muslim, maka masalahnya bukan penggunaan perkataan tapi ilmu umat Islam yang masih cetek walaupun telah diberikan didikan agama sepanjang waktu persekolahan.
Islam jauh menjangkau segala aspek kehidupan manusia dan sekiranya perkara kecil seperti penggunaan kalimah "Allah" sudah cukup mengelirukan seseorang itu, maka masalahnya adalah pada pendidikan Islam di dalam sistem persekolahan dan daripada keluarga.
saya ada beli buku ni..tapi blum habis baca lg...
ReplyDeletetapi anas zubedy adalah orang yg bermotivasi....