Pada mulanya Normah tidak begitu ghairah menerima pelawaan Dato’ Ishak untuk keluar berpeleseran di kelab-kelab malam di sekitar Kuala Lumpur, kerana dia menginsafi bahawa perbuatan sedemikian adalah salah di sisi agama. Jemputan ini dibuat apabila Normah selesai menjalankan tugas pada waktu malam, tiga kali seminggu.
Dalam pada itu Dato’ Ishak sudah pun berkahwin dan mempunyai anak-anak kecil.Tetapi selepas dihulurkan hadiah demi hadiah serta buah-buah tangan yang mahalmahal, pertahanan Normah mula terhakis. Dia akhirnya menjadi girlfriend Dato’ Ishak yang gila glamour itu.
Status girlfriend CEO juga membawa kenaikan pangkat yang cepat dalam kerjayanya. Daripada hanya mengacarakan program-program yang kurang diminati, beliau diberi tugas mengemudikan majalah TV13, mengacarakan persembahan-persembahan agung dan tugas-tugas lain yang menjadikannya seorang ikon TV yang ulung.
Tudung kepala sudah pun tertanggal menjadi “artifak kuno”, rambutnya didandan rapi dengan fesyen rekaan baru dari Paris, pakaiannya disediakan oleh butik-butik terkemuka, kulit mukanya diuli halus dengan berbagai bahan kosmetik dan operasi kecantikan lain yang menonjolkan keterampilan dirinya sebagai seorang ikon yang sangat popular.
Kepulangan Normah ke kampung mengejutkan warga desa sehingga pemuda-pemuda kampung yang dulunya menaruh hati kepadanya mula berundur dengan perasaan rendah diri melihat transformasi gadis idaman mereka menjadi seorang makhluk yang asing perwatakannya daripada apa yang terdapat dalam masyarakat desa mereka.
“Amboi! Kalah Sarimah kalau nak banding dengan Normah kita,” ujar Sobri, setiausaha Belia 4B Felda Lubuk Merbau.
“Hish, dah macam patung aku tengok dia. Ala, patung kat supermarket tu. Dia buat apa kat muka dia, hah? Pipi bersinar, elok timbul. Dah macam Bukit Telor kat belakang kampung kita ni!” Mat Khir Ceme berkata.
“Cuba hangpa tengok dagu dia, terjuntai ke bawah! Air minum di Kuala Lumpur tu ada khasiat spesial kot?”Pak Cat ‘Gila’ menambah.
“Hangpa ni ketinggalan zaman la! Hangpa tau dak, perempuan zaman la ni, semua duk nak tiru pelakon-pelakon Hollywood. Depa kat sana pun apa lagi, cari untung la. Buat Botox, boleh cucuk muka, cucuk badan.Lepas tu boleh la nak sama dengan artis Hollywood,” Ismail, guru muda kelulusan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menjadi pengerusi Belia 4B Felda Lubuk Merbau menerangkan.
“Oh! Sebab tu la aku tengok depa minat sangat dengan punggung besar macam punggung Jennifer Lopez! Dulu,orang kita, kalau punggung besar ni hodoh,” Mat Khir Ceme memberi pandangan.
“Punggung tonggek, orang panggil.” Sobri pula memberi penjelasan.
“Satu lagi, mulut luas macam Julia Roberts tu pun depa suka. Dulu orang tak pandang pun,” Ismail menambah.
“Aku rasa, sat lagi kalau Hollywood kata ‘Beruk Mak Ye’ tu lawa, semua perempuan nak ada muka serupa tu,” Sobri membuat kesimpulan.
“Kolot! Kuno! Diorang tu semua ikut cara orang dulu-dulu. Ketinggalan zaman! Kakak tak suka la lama-lama kat sini! Kakak nak balik KL esok. Yam bagi tau Mail, Kakak terpaksa balik sebab ofis panggil balik, so tak dapat bagi ceramah kat perhimpunan Belia 4B malam esok!” Normah mengarah adiknya Mariam, yang menceritakan komen-komen anggota Belia 4B terhadap dirinya.
“Tapi Kak, diorang dah buat persediaan sambut Kakak dan YB Dato’ Dr. Awang ke majlis tu!” Mariam dengan nada cemas mengingatkan kakaknya.
“Takpe. Biar dia je la yang pergi,” Normah membuat keputusan muktamad.
Normah menelefon Dato’ Ishak mengenai kepulangan awal dari percutian di kampungnya. Dia terkejut besar kerana disambut oleh Dato’ Ishak dengan hadiah sebuah kereta Honda Sports yang berharga RM300,000. Hadiah yang berharga ini membuatkan perhubungan Normah menjadi lebih intim dengan Dato’ Ishak.
Sepanjang malam selepas menerima kereta itu, Normah tidak dapat melelapkan mata kerana berasa sangat teruja dengan ‘buah tangan’ daripada Dato’ Ishak itu. Salmah pun sama-sama berkongsi keterujaan sahabatnya dan sepanjang malam, mereka duduk berbual mengenai kereta pemberian Dato’ Ishak itu.
Dato’ Ishak membeli kereta itu daripada pengedarnya, Edaran Juwana dengan membayar wang muka sebanyak RM30,000 yang merupakan sepuluh peratus daripada harga sebenarnya. Yang selebihnya dibayar ansuran sebanyak RM3,000 sebulan kepada pinjaman bank atas nama Normah yang diatur oleh Edaran Juwana.
Strategi ini diguna pakai oleh golongan elita yang menyimpan girlfriend. Andainya girlfriend itu lari, pembayaran wang ansuran bulanan itu dihentikan. Justeru, si girlfriend terpaksa setia kepadanya jikalau hendak terus memiliki pemberian yang berharga ini.
Tetapi ada dalam kalangan girlfriend-girlfriend ini yang cilik. Apabila mereka jemu dengan boyfriend-boyfriend yang rata-rata lanjut umurnya, mereka memastikan boyfriend-boyfriend baru terdiri daripada golongan berada yang mampu mengambil alih pembayaran ansuran bulanan kereta mereka.
Itulah yang dipertimbangkan oleh Normah apabila dia membelek kad bisnes Khalil Gibran pada malam itu. Khalil Gibran lebih tampan daripada Dato’ Ishak walaupun umur mereka agak sama. Dengan ketinggian badan Khalil Gibran yang mencapai enam kaki berserta misai tebal ala-Tom Selleck, pasti sekali Normah akan berasa bangga apabila dia dilihat oleh rakan-rakan gila glamournya dikepit oleh Khalil berpeleseran ke sana ke sini.
Lagipun Normah sudah mula berasa jemu dengan Dato’ Ishak yang kurang machonya dibandingkan dengan Khalil Gibran. Sudah setahun dia berada di bawah ‘kawalan’ Dato’ Ishak dan kini isteri Dato’ Ishak pun mula menghidu perhubungan mereka. Masanya untuk menukar selera sudah tiba.
Demikian sedikit sedutan dari novel terbaru Datuk Dr Affifudin Hj Omar. Dapatkan di MPH Bookstore.
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
9 months ago
Waah..sedap cerita novel ni..hehehe
ReplyDeleteKami ada jual rumah kat Damansara Heights ke Dato' Affifudin Omar bertahun2 dulu...masatu dia Timbalan Menteri Kewangan..beliau dan isterinya tak sombong langsung..a very humble man.
And now dia dah jadi seorang novelis jugak.Tahniah2..kirim salam pada dia yea.
dendam kesumat :-)
ReplyDelete---------------------------------------------------------
Transformasi FELDA olok2 - Hukum Karma dan Pengkhianatan. Undi BN Undi HARAM. Risiko berganda yang pasti buat generasi baru jika mengundi BN
http://blog1malaysia.blogspot.com/
Dr Afifudin mangsa permainan politik kotor di Kedah.Akhlirnya jadi penulis novel pula.Kalau boleh dia tulis bab politik kotor di Kedah khasnya UMNO Kedah dan UMNO Padang Terap.Politik Sanusi Junid .Politik Ghazali Ibrahim.
ReplyDeleteSalam Mummy,
ReplyDeleteEmm..menarik jugak intro novel ni yek..tapiii..jalan cerita ni macam biasa dengaq..ada apa-apa ka Mummy? Habaq la kalu ada apa-apa..buleh kita sembang sakan.
datuk dah jadi penulis rupanya.
ReplyDeletesaya kenal datuk semasa saya bertugas di cimb pusat bandar damansara.
waktu itu datuk kerap berurusan di cimb.
pernah dapat pemberian datuk apabila beliau tahu saya berasal dari kuala nerang,masa tu datuk MP padang terap.
datin pun baik orangnya.
bercakap dengan nada yang lembut..tak meninggi diri,murah dengan senyuman.apa saja urusan di bank beliau sanggup menunggu giliran dengan sabarwalaupun agak lama.
maklumlah kawasan damansara height tu...kebanyakan jenis high class orangnya.
ramai datuk2 datin2 dan tan sri2 serta puan sri2 agak berlagak dan minta dilayan macam raja.
bukan niat hendak memuji atau mengutuk..tetapi yang benar tetap benar.
cuma saya tak pasti samada datuk kerap balik ke kampong NAKO NAMBUA atau tidak.
dah lama tak jumpa datuk...INSYAALAH....jika ada rezeki saya akan beli hasil tulisan datuk sebagai tanda sokongan..
mat banggol 9
Sepatutnya Dr Afifudin lah yang layak manjadi MB Kedah untuk PRU 13 nanti.Dato Bashah tak berapa menyengat.Semoga penulisan ini mengisi masa lapang yg amat berguna.Dato Najib tak teringin ke nak ambil tokoh sederhana ini sebagai pinpinan UMNO Kedah.Dato Najib tahu ke tidak ini yg umno kedah dalam nazak dan kritikal.Insya Allah MR dimana ada jual buku ini.
ReplyDelete