Wednesday, January 2, 2013

TOLONG JANGAN SESIAPA TEGUR PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA (FAM)

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bukan lah sebuah badan yang sembarangan dan bukannya badan yang boleh disentuh atau ditegur kerana mereka terlalu eksklusif penuh royalis. 
Apabila Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin ditanya berhubung desakan gabungan penyokong bola sepak tempatan yang mahu badan induk bola sepak itu dirombak beliau menyatakan hanya Presiden dan Setiausaha Kehormat kata yang boleh mengeluarkan kenyataan. 
Ini bermakna badan itu cukup berdaulat, kebal dan penuh adat istiadat. Menurut Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim desakan supaya Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah berundur daripada jawatannya adalah tidak relevan. 
Ini kerana Sultan Ahmad Shah mempunyai rangkaian bola sepak yang bagus, bukan sahaja pada peringkat Asia, malah global. Menurut beliau, perletakan jawatan baginda belum tentu akan mengubah senario industri bola sepak negara.
Kesimpulannya sesiapa juga yang menerajui FAM kelak index prestasi utama yang rakyat negara ini ingin lihat ialah peningkatan mutu bolasepak negara, dari teruk kepada hebat. FAM juga harus terbuka untuk teguran dan rakyat juga berhak untuk bersuara.

15 comments:

  1. Kalau tukar presiden, timbalan presiden dan semua pegawai-pegawai FAM tu pasukan Malaysia boleh main di World Cup ker? Masalahnya bukan pengurusan, tetrapi kita memang belum ada material yang bagus.Klau ada pun setakat menyerlah di kawasan Asia Tenggara jer. Kalau letak profesional pun tapi 'material' kurang baik, tak bagus jugak. So stop blaming Sultan or President. Letak Shebby Singh jadi Director di Blackburn Rovers pun belum tentu Blackburn boleh jadi Champions EPL. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Anon 7:55 am. Dari sudut short term memang pandangan anda adalah betul. But in the long term with proper managers managing FAM, I'm sure we will do better than what we are currently. Those top two have been there for ages but no improvement at all. In fact, Malaysian League format changes every year!!With proper planning and no vested interest, I'm sure we will do better.

      Pak Nik

      Delete
    2. bengong....tak tengok sejarah ke...sebelum preseden sekarang cam ne pencapaian team malaysia banding sejak dia pegang..tgk jepun n korealah..raja ke jadi presiden..pikir matangla sikit..material boleh dibangunkan di peringkat akar umbi..insyaallah dalam tempoh 5 tahun pasti kejayaan bakal tercipta bermula diasia dan seterusnya di peringkat tertinggi...

      Delete
    3. presiden pun dok asyik do UK... macamana nak kerja.
      Balik mesti di sambut ...kalau tak barua tu akan ke UK dgn 1stclass travel nak dapat sign presiden>>>poorah perabih duit rakyat... tak tahu halal haram ke...dia orang ni... amanah rakyat ...besok engkau jawab lah ...

      Delete
  2. Berapa Ranking Presiden ABC tu dalam FIFA?..kah kah. Cukup tu cukuplah.

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya bukan FAM yang patut dipersalahkan. Pemain yang naik tocang, manja, berlagak bintang, berpendidikan rendah dan tidak berdisiplin. Mengapa pasukan hoki negara boleh melahirkan pemain bertaraf dunia? Kerana pemain dan jurulatih hoki bermula daripada peringkat sekolah hinggalah ke peringkat negara berdisiplin tinggi serta komited semasa latihan. Cubalah kamu buat perbandingan yang adil. Jangan kerana kamu minat bolasepak, kamu mahu semua orang menuruti kehendak kamu. Cadangan saya supaya pemain bolasepak dipermudahkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan mereka lebih bedisiplin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa ke menda nya yg nak bandingkan dgn hoki nih..malaysia main hoki dah masuk piala dunia n olimpik. Bolasepak mana ada, jgn le fikir singkat sgt. Rakyat dah buat perbandingan paling adil sudah, turun le dri keruai empok tu.

      Delete
  4. Bebal betul timbalan menteri ini..kalau dah berpuluh tahun menjadi presiden FAM , sultan ni gagal maka rangkaiannya hanyalah satu ilusi..di mana Malaysia hari ni dalam bolasepak...sultan ni jadi presiden kelab polo bolehla..apa punya akal Timbalan Menteri ni....

    ReplyDelete
  5. Apa nak buat dgn FAM.
    Timbalan Menteri pun cekup teloq.
    Punya takut nak komen.

    ReplyDelete
  6. Bro..aku dari dulu lg berprinsip llu penyokong bolasepak no satu ialah meteka2 yg sanggup simpan duit samada motong getah ker, jual ikan haruan ker, curi ayam ker or potong allowance makan utk beli tiket tengok bola tu kat stadium. Pastu berhimpit dlm bas utk pwrgi n balik selepas nonton game tu! Haa itu baru peminat no satu bolasepak..ini..beranak jer dah ada elaun yg kita nk kena tanggung sampai dia dh di kebumikn..apa cer

    ReplyDelete
  7. Keputusan terkini, streaming dan video highlight Liga Super, Liga Premier dan Liga FAM 2013 di http://sepaktonjol.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. cekup telor hahaha.....xsenonoh la ayat tu..

    ReplyDelete
  9. Fam disarankan ditukar kpd Dinasti 88,Sistem direka utk kroni2 mereka yg yes men je...Artikal 88 ni diperkenalkan dan agak lapuk dan tdk relevan..tiada apa2 perkembangan pun bolasepak malaysia ni selagi diterajui oleh Tengku Presiden skrg...apa kata disarankan team malaysia lelaki melawan team perempuan jepun?kalo kalah letak jawatan..baru gentle....hahaha

    ReplyDelete
  10. Ada sesiapa yang tahu sejarah artikal 88 ini boleh masuk dalam Perlembagaan FAM..Tok Ki

    ReplyDelete
  11. benar atau tidak saya kurang pasti tetapi apa yang saya dimaklumkan bahawa setiap pemilihan pemain yang mewakili Negara bahawa Fam mempunyai kuasa untuk memilih pemain dan bukannya jurulatih. Saya dimaklumkan bahawa FAM mempunyai kuasa untuk memilih 6 orang pemain mengikut pilihan mereka. Maka dengan itu jurulatih tidak boleh berbuat apa-apa tetapi terpaksa menerima dengan seadanya. Jurulatih tidak mempunyai pilihan untuk memilih pemain sebebas-bebasnya untuk mengatur strategi dan perancangan pasukan bolasepak mengikut kehendak jurulatih. Jika benarlah perkara ini terjadi ianya adalah satu perkara yang memalukan Pasukan bolasepak Negara. Menteri Belia Dan Sukan boleh memantau akan perkara ini.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.