Monday, March 25, 2013

DAP DAN PAP JAUH SEMANGGANG DARI API

"LKY Berkualiti, Cerdik dan Lembut" kata Daim
Di dalam wawancara NST bersama Tun Daim (Daim: Don'tWasteTimeOnAnwar) apabila ditanya persamaan PAP Singapura dan DAP Lim Kit Siang, Daim berpendapat hari ini DAP tidak lagi berkualiti seperti PAP. 
Yang lebih parah ialah Daim juga berpendapat Lee Luan Yew sendiri tidak pandang langsung pada DAP. Bagi Daim Lee Kuan Yew dan PAP ternyata lebih bijak, lebih licik dan sangat lembut dalam pendekatan mereka. 
"DAP tidak berkualiti, chuvanis dan bukan berbilang kaum" kata Daim
Manakala DAP adalah benar-benar sebuah parti pekat Cina dan bukan sebuah parti berbilang kaum. Di dalam pemilihan parti mereka yang lepas membuktikan tidak seorang pun kaum Melayu mendapat tempat dalam pemilihan mereka. Ia adalah parti cauvinis, konon menuntut untuk menjadi ‘Malaysian Malaysia’ kini sudah menyimpang. 
Kenyataan Daim ternyata benar. Strategi berkempen dengan mengasosiasikan DAP dengan PAP Singapura hanyalah akan membesar-besarkan kepala DAP yang tidak berkualiti itu dalam bahasa anak muda kini 'hampeh'. 
Dahulu mungkin kita boleh berkempen bagi meraih sokongan pengundi Melayu (yang ketika itu benci kepada Lee Kuan Yew dan PAP atas sentimen dinyahkan keluar Malaysia) dengan menyamakan DAP dan PAP, kini subjek itu sudah tidak relevan lagi kerana generasi hari ini tidak lagi mengenal sejarah pembentukan negara Singapura. 
Apa yang mereka sedar ialah Singapura telah jauh berjaya dari Malaysia di bawah kepimpinan LKY. Mereka berkejar-kejar mahu menjadi seperti Singapura di mana sistem pendidikan mereka sangat mantap, generasi muda mereka lebih bijak, bahasa Inggeris mereka cukup mantap, kualiti politik mereka lebih matang dan rasuah mereka hampir sifar. Singapura adalah idola mereka. 
Manakala DAP pula telah jauh tersasar matlamat mereka yang kekal chuvanistik malah semakin pekat chuvanis mereka. Kuasa hanya berlegar-legar sesama keluarga, kaum kerabat dan anak-pinak mereka sahaja. 
Akhir-akhir ini mereka mengheret pula agama Kristian sebagai wadah perjuangan baru mereka apabila melihat perpecahan Islam dan Melayu dalam negara ini. DAP kini sudah hilang arah bersekongkol dengan pakatan yang langsung tidak berpakat. Akar umbi PAS kini juga marah dengan pucuk pimpinan PAS sendiri yang diperlembukan DAP. 
Hakikatnya generasi baru kaum China yang ingin melihat DAP membawa perubahan seperti PAP ternyata kosong belaka.

3 comments:

  1. PAP dah terbukti pemerintah amat BERJAYA & CEMERLANG, DAP xkan boleh perintah MALAYSIA tanpa bergabung dgn parti lain. Beza amat jauh sekali. Oleh itu jangan dengar cakap2 puak yg TERDESAK.

    ReplyDelete
  2. Kalo singapora jauh lebih maju jaya dari M'sia..tp melayu di sana x ubah spet melukut di tepi gantang saja MR.
    melayu di sini plak x sedar dek untung..tau nk berpecah saja

    ReplyDelete
  3. Di Malaysia DAP sememangnya sedar bahawa mereka tidak berpeluang berkuasa secara mutlak. Tapi jagn dipandang rendah keupayaan mereka dlm menguasai minda golongan majoriti. Lihatlah sahaja keupayaan kaum mereka dlm mempengaruhi keputusan undi dlm banyak PRU. Dgn "High Value Vote" yg ada pada mereka, byk perkara dan faedah yg dituntut diperolehi. Berbanding kita, Mereka bijak mengolah tuntutan demi tuntutan mengikut senario politik semasa demi survival kaum mereka. Umpama sepohon pokok yg berbuah, DAP diibaratkan sbg tukang jolok manakala MCA dan Gerakan pula sbg tukang kutip hasilnya. Manakala UMNO, PAS ditambah pula PKR hanya berebut mengaku pokok mereka sahaja pedulikan hasilnya sedang dituai orang. Itulah landskap politik hari ini....... Apa komen anda?????

    - Aku Anak Watan

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.