Thursday, April 11, 2013

PERASUAH HARUS DISINGKIR SEBAGAI CALUN

"..if the party decides to field even Johari Baharom as candidate, I will support Johari Baharom". Tun M
 (Posting ini adalah larutan dari posting blogger Rocky Bru, Bujai dan OutSyed TheBox.) 

Perkara 14 Akujanji BN dalam PRU13 ialah memerangi gejala rasuah. Keterangan kandungannya ialah : 
  • Meningkatkan ketelusan dalam prosedur perolehan kerajaan dengan mendedahkan kontrak kepada awam.
  • Memberi kuasa kepada SPRM menerusi penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM yang akan bertanggungjawab terhadap perkhidmatan dan pengambilan kakitangan.
  • Menaik taraf kedudukan Ketua Pesuruhjaya dan pegawai kanan SPRM ke satu peringkat yang lebih tinggi.
  • Memberikan penekanan yang sama rata terhadap siasatan dan tindakan yang dilakukan ke atas pemberi dan penerima rasuah.
  • Akses yang cepat kepada Laporan Audit Prestai Ketua Audit Negara untuk tindakan segera.
  •  Menubuhkan Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan Mahkamah Tinggi tambahan untuk kes-kes rasuah 
  • Melaksanakan akujanji integriti untuk ahli-ahli Parlimen dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.
Persepsi rasuah dalam pentadbiran Kerajaan BN begitu pekat dan melekat yang kelihatan sukar dikikis. Tidak dapat dinafikan berbagai tindakan telah diambil dan ditangani.
Terima lah hakikat bahawa penyumbang utama kepada persepsi ini ialah apabila terdapat kesalahan di kalangan kepimpinan UMNO sendiri yang menang bertanding dengan merasuah perwakilan mereka hanya diberi amaran dan tindakan displin parti sahaja. 
Walaupun terbukti kesalahan, tindakan mahkamah tidak diambil terhadap mereka ini. Hari ini mereka-mereka ni menyalak menentang rasuah, ibarat "berkokok berderai-derai tetapi ekor penuh najis".
Kita hanya menerima berita mahkamah banyak tindakan yang diambil terhadap pegawai kerajaan dan ahli perniagaan sahaja. 
PRU13 ini haruslah merupakan medan perkuburan mereka yang rasuah dengan tidak dicalunkan mereka sebagai calun BN. Cukup-cukuplah muka ini tayangkan kepada rakyat.

6 comments:

  1. Putera Gunung Jerai.April 11, 2013 at 1:06 PM

    Dah lama sangat cakap fasal rasuah ini.
    Penentang rasuah,anti rasuah ini adalah juga orang yang sama sebagai pengamal rasuah.
    Cuma tukar dan salin baju.Rasuah tetap subur dan kembang maju.
    Inilah puncanya kuasa Melayu/UMNO musnah.
    Pemimpin atas merasuah.yang dibawah menerima sambil meminta dengan syaray.
    Inilah persepsi terhadap UMNO.
    Tokoh yang ikhlas,jujur,berwobawa tetapi tak berwang terpinggir diarus kepimpinan Melayu/UMNO. Adalag Dato Najib ambil kira ini
    zsemua demi masa depan Melayu/UMNO.

    PRU 13 penentuan segalanya.

    ReplyDelete
  2. Salam Puan,
    Saya berkecuali dalam hal ini, memang benar seperti kata puan dalam UMNO banyak perasuah tapi mohon puan seimbangkan dengan kenyataan DS najib dirangkap akhir pembentangan Manifesto atau yang dikatakan Akujanji oleh beliau baru-baru ini yakni beliau juga memohon maaf jika berlaku kekhilafan atau kelemahan sana sini semasa beliau menjadi PM.
    Saya yakin dengan DS Najib bahwa inilah yang dimaksudkan kelemahan dalaman parti beliau dan beliau ikhlas dalam hal ini.
    Saya berpendapat beliau akan mengubah perkara ini. Sama-sama kita tunggu dan lihat sedikit masa lagi.

    Ikhlas,
    Ibnu

    ReplyDelete
  3. Rasuah persepsi dan rasuah sebenar adalah 2 perkra yang berbeza tetapi kedua-duanya ada perlu dibuktikan. Jika ada persepsi dan tujuan berfakta kepada PM dan isteri sendiri, mengapa tiada tindakan secara ikhlas, terbuka dan jujur untuk melakukan penyiasat dan buktikan kedua-dua mereka bersih. Jika tidak persepsi akan berterusan. Seperti contoh kes Altantuya :-
    1. Siapa arah bunuh Altantuya? Sirul tak kenal pun altantuya tu!
    2. Siapa padam rekod imigresen kemasukan altantuya?
    3. Dari mana sirul dapat bom C4 angkatan tentera punya?

    Ini beberapa fakta juga persepsi buruk kepada PM DS Najib dan DS Rosmah Mansur. Sehingga sekarang tiada ada satu penyiasatan menyeluruh mahupun suruhanjaya di raja menyiasat dan membuktikan
    atau membersihkan fakta dan persepsi tersebut. Ini hanya satu contoh. Ada banyak isu lagi yang seumpanya. Last sekali orang bawah yang kena, PM yang paling berkuasa, tak siapa berani sentuh... fikir-fikirkanlah...

    ReplyDelete
  4. Salam mummyrokiah....
    Saya sedaya upaya cuba untuk tidak berpihak.....tetapi dibenak saya tetap timbul tanda tanya.....kenapa razak baginda minta nyawa dari najib bila kes terbongkar..., and he was asked to be coooooollled.....hujung-hujung dua orang mato-mato jugak yang ke tali gantung,
    APA SEBENARNYA YANG BERLAKU RAKYAT SATU MALAYA DARI DULU, KINI DAN SELAMANYA MEMANG SESANGAT NAK TAHU !!!

    ReplyDelete
  5. PM ada sorang Setpol anak Kedah.Ingat ke dia cerdik dan celik politik Kedah.Rupanya dia pun kurang cerdik.Malah lebih teruk daripada Ketua Bahagian.Habis tu macamana nak menang.Pakat-pakat jadi bahlul belaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy sangat setuju malah kenal beliau. Bukan nak condemn ttp nak komen pasiapa bodoh sgt kalau ambik mcm dia jadi calun BN???

      Delete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.