Friday, May 10, 2013

KHAIRY HARUS DIBERI PELUANG DALAM KABINET

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin atau nama mesra KJ dilihat sudah sampai masa untuk diberi tanggung jawab menyertai Kabinet yang bakal dibentuk Datuk Seri Najib Tun Razak. 
KJ telah melalui satu liku yang panjang selepas menang sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia apabila tidak dilantik menyertai kabinet dek stigma kait mengait beliau dan bapa mertuanya Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi yang dimarah oleh Tun M berpunca dari kecundangnya BN dalam PRU12 2008 yang lalu. 
Ketokohan dan kewibawaan KJ tidak harus dipandang sepi dengan kebolehan beliau berdebat dan berhujah malah fasih berbahasa Inggeris. Tokoh Wartawan Negara Datuk Kadir Jasin sendiri mengakui kebolehan KJ di dalam blognya dan mencadangkan KJ dilantik sebagai Menteri Luar. KJ sendiri telah menyatakan kesediaanya untuk memainkan peranan di dalam kabinet DS Najib. 
Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lepas, Khairy yang bertanding di Rembau dan telah memenangi dengan majoriti sebanyak 18,357. Khairy mendapat 43,053 undi manakala calon PKR Radzali A. Ghani mendapat 24,696 undi dan Abdul Aziz Hassan (Bebas) memperoleh 325 undi.
Dari segi kelayakan KJ mempunyai biodata yang sungguh menarik. Lihat biodata KJ yang dipetik dari Wikipedia:
Khairy dilahirkan di Bandaraya Kuwait, Kuwait pada 10 Januari 1976. Beliau merupakan anak lelaki tunggal bagi pasangan bekas diplomat Dato' Jamaluddin Abu Bakar dan Dato' Rahmah Abdul Hamid. Bapa KJ, Dato' Jamaluddin Abu Bakar merupakan bekas pegawai tertinggi, Pesuruhjaya Tertinggi Malaysia di Kementerian Luar Negara, United Kingdom. Manakala ibunya Dato' Rahmah merupakan seorang sukarelawan. 
Penghulu Abu Bakar merupakan ketua kampung Kota Rembau yang juga datuk kepada khairy. Selain itu, Khairy juga mempunyai dua orang adik beradik perempuan iaitu Mona Jamaluddin dan Hana Jamaluddin. KJ dan pasangannya Nori Abdullah telah dikurniakan cahaya mata lelaki iaitu Jibreil Ali dan Timor Abdullah. 
KJ melanjutkan pelajarannya di United World College of South East Asia di Singapura, dan pengajian universitinya di Universiti Oxford, United Kingdom. Ketika di Oxford, beliau menuntut di Kolej St. Hugh dan kemudiannya graduan dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi (PPE). 1997 – 1998 Ijazah Sarjana Teori Undang-Undang dan Politik, University College, London dan merupakan felo di Pusat Pengajian Islam Oxford. 
Walaupun penglibatan ekonomi dalam pengajiannya adalah minimum, KJ menulis dan memberi komen tentang status dan iklim ekonomi di Malaysia. Beliau telah dikritik kerana menulis isu yang tidak difahami oleh beliau. Pada tahun 1998 – 1999 beliau menjadi Pengacara TV, Rancangan Dateline Malaysia dan Wartawan Isu Antarabangsa, The Economist di London, United Kingodm. 
Beliau juga adalah Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri iaitu bekas mantan perdana menteri Tun Abdullah Badawi. 
Pada tahun 2004-2006 khairy merupakan Pengarah Perbankan Pelaburan, ECM Libra Bhd dan juga ahli Perniagaan. 
Apa pun manusia yang mencadangkan tetapi Allah SWT jua yang menentukan.

7 comments:

  1. jawatan timbalan menteri kebajikan sesuai buat KJ. jawatan menteri tak layak lagi.

    ReplyDelete
  2. Saya cdgkan k.j dilantik sebagai timb. Menteri kpd menteri dijpm...jaga projek2 hehehe...

    ReplyDelete
  3. Menang besar ketika pilihanraya bukan bermakna beliau bersih.

    Korang tak ingat ke pasal kumpulan tingkat 4 putrajaya yang meranapkan ekonomi Malaysia dan menjadi titik-tolak kehancuran BN.

    Korang tak ingat ke siapa yang PERSONNALLY bagi balik passport bekas banduan, Anwar selepas Anwar keluar penjara.

    Melayu Mudah Lupa !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemuda Harapan BangsaMay 10, 2013 at 10:48 PM

      Awak terbawa-bawa dengan cerita yang dah lapuk. Awak kena ingat bahawa KJ menang sebagai ketua pemuda. Cukuplah sudah 5 tahun kalau nak dihukum KJ pun. Berdirilah sejujurnya atas realiti yang sebenar.
      Kebolehan dan kewibawaan KJ harus dilihat sebagai asset kepada BN dan UMNO. Jika beliau masih disisihkan BN dan UMNO seolah-olah membuang pemuda dan generasi pelapis maka awak berkawan dah dengan orang-orang tua yang sudah kerepot dalam UMNO.

      Delete
  4. Elok lah tu. Bagi jawatan Menteri Keselamatan, Pertahanan ataupun Pelajaran.

    Anak Mamakutty pun dah dapat jawatan Menteri Besar Kedah.

    Apa lagi nak Mamakutty mau?

    ReplyDelete
  5. aku cadangkan jadi menteri di tingkat 4 JPM.insyaAllah habis ditarah projek2 kat msia nih masuk poket dia..masyukkkk kihkihkih

    ReplyDelete
  6. tak payahlah... mana dia suara KJ semasa pru13,kata ketua pemuda... berkokok di rembau jadi hero kampung...

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.