Saturday, April 5, 2014

IKUTI KISAH BENAR DI KEDAH, BN MENANG SIAPA SENANG?

Mek Chik Ahmad mendapat sumbangan tilam sponge.
Paparan kisah di bawah ini bukan dari sedutan mana-mana novel atau cerpen tetapi ia adalah sedutan dari kisah benar diakhbarkan di dalam Utusan Malaysia yang bertarikh 5 April 2014. Utusan Malaysia
Empat hari lalu Mek Chik Ahmad, 73, dan seorang anaknya terpaksa berteduh di pondok berbumbungkan kain kanvas apabila rumah mereka di Kampung Pinang, Pedu ranap dilanda puting beliung. 
Akibat kejadian itu pada waktu siang mereka berteduh di pondok tersebut dan pada waktu malam Mek Chik Ahmad pulang ke rumah anaknya yang terletak sekampung. 
Hari ini Mek Chik Ahmad sedang menunggu pondok baru seperti yang dijanjikan akan dibina oleh MADA (Lembaga KemajuanPertanian Muda) namun beliau belum tahu bila pembinaan itu akan dilaksanakan. 
Hasil dari keperihatinan wakil rakyat kawasan tersebut Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air, Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrol Hisham Hashim, Mek Chik Ahmad telah dihiburkan dengan sedikit sumbangan set tilam oleh Environment Idaman Sdn. Bhd. (E-Idaman). Di samping itu beliau juga telah mendapat bantuan RM500 oleh Kerajaan Negeri. 
Kisah-kisah orang susah sebegini yang terpaksa menunggu dan mengunggu sudah menjadi kelaziman khasnya apabila berlaku di luar musim pilihanraya. 
Jika di dalam musim pilihanraya rasanya mahu Mek Chik Ahmad didukung dan rumahnya dalam sekelip mata siap dibina. Ketika itu Mek Chik Ahmad seperti selebriti yang diperalatkan untuk publisiti dalam media-media perdana bagi meraih undi.
Susulan dari kisah di atas. MR ingin menyelongkar sedikit dari seribu kisah di dalam kelambu kekayaan seorang Exco Kedah.
Kisah ini juga bukan rahsia lagi dan ini kisah benar kerana semua ahli-ahli BIDARA (Persatuan yang ahlinya terdiri dari isteri-isteri wakil rakyat dan bekas wakil rakyat) telah cukup maklum dengan kelakuan datin ini. Datin yang merupakan isteri kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Kedah pimpinan MB Mukhriz Tun Mahathir tanpa selindung mencanang dengan gah bahwa set tilam empuk rumah beliau bernilai RM16,000 (Ringgit Enambelas Ribu Sahaja). Bayangkan nilai set tilam RM16,000 dengan set tilam 'sponge' yang disumbang kepada Mek Chik Ahmad?.
Hakikatnya apabila suami menjadi exco isteri pun mula bersaing mempamirkan kemewahan yang terlampau. Mungkin slogan ‘BN Menang Kedah Senang’ juga sesuai untuk dilaungkan ‘BN Menang Isteri YB Pun Kenyang’. 
Mek Chik Ahmad terlentang tidur atas tilam 'sponge' berbumbung kanvas manakala Exco senang lenang guling garak atas tilam tujuh lapis tinggi, tujuh lapis dalam dan tujuh lapis lebar.

8 comments:

  1. Bagus mommy. Dedahkan lagi kesengsaraan rakyat dan kesenangan YB dan ahli keluarga mereka. Kemewahan yang mereka kecapi hanya sementara. Ianya tidak kekal lama. Apabila Allah menghendaki ianya akan lenyap sekelip mata. Tilam RM16k itu kalau berharga RM1K setiap satu dpt didermakan kepada 16 orang. Kalau berharga RM500 setiap satu dapat didermakan kepada 32 orang. kalau berharga RM200 setiap satu dapat didermakan kepada 80 orang fakir. Bayangkan berapa banyak pahala yang akan diperolehi. Mungkin beliau lupa. Harap beliau sudah sedar dan insaf diri.

    PNS

    ReplyDelete
  2. Aku selalu tidur atas toto aje.

    ReplyDelete
  3. tok sah dok gaduh laaaahhhh.Dulu masa PR perintah Kedah sama2 PR dok bertokak.Dah lupa musuh yg sebenaq.Hujung2 kuasa dpt kat orang....tok sah dok salahkan orang lain noooo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya memang betul. masa ada kuasa lupa dunia. sekarang kuasa dah hilang. bila diberi nasihat... buat dek aje. bergaduh sesama sendiri. perkara yg sama berlaku di terengganu. lihat apa dah jadi. aku bukan penyokong BN tp aku tak setuju cara PAS memerintah. terlalu sombong dan bongkak. Pemimpin PASkena belajar dari DAP atau PKR dulu. Persoalannya qz.dapat kah pr rampas semula kedah, ? mustahil !!!!

      Delete
  4. Masa dekat mengundi esok2 bagi macam2 la. Melayu kan mudah lupa. Bagi awal2 ni susah mummy, kang lupa jasa bila dapat RM50 dari calon2 bertanding.

    ReplyDelete
  5. Mummy, hang dok ralit kata kat Tajul @ Tanggo tapi Tanggo la ni tengah dok sibuk ligan projek jalan kat Pendang yang berapa puloh juta tak tau. Kaya lagi la Tanggo Mummy ooiiiiii.... Aku dok ingat lagi masa Tajul dan Adawiah susah, masa tu depa dok rumah guru bedong depa susah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul!!! Bukan Projek Jalan Pendang Mummy tetapi Projek MARIS yang duitnya dari Persekutuan untuk membaiki jalan-jalan yang rosak di Kedah ni. Waktu PAS perintah Kedah duit ni la yang jadi peluru UMNO serang PAS dengan alasan tidak digunakan kepada yang sepatutnya tetapi dimasukkan dalam kantong negeri untuk dibelanjakan.

      Sekarang mai kat UMNO lagi bagus sebab memang digunakan untuk memperbaiki jalan tetapi tak sedapnya Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya ni dok bedak-bedak kat puak-puak dia. Dengar cerita kawasan Kedah Tengah 20 juta untuk puak-puak dia saja. Lagi 20 juta katanyalah untuk MB pula. Betui ka dak taktau la Mummy. Cuba Mummy balik mai Kedah teropong tengok. Yang untuk MB ni pun katanya Pengerusi Kerjaraya ni dok atur juga cuma dia tinggai la sikit untuk puak-puak Jerlun cari makan.

      Banyak lagi Mummy cerita menarik kat Kedah ni... Mai la balik teropong tengok dan Mummy pi jumpa SPRM buat laporan kalau-kalau laku. Jadi nak heran apa Mummy kalau takat nak bawa gang pi main golf kat Surabaya atau beli nombor kereta mahal-mahai dan beli tilam mahai. Duit masuk kiri kanan depan belakang. Potfolio pula tu hebat. Bertuah la semua EXCO Kedah ni termasuk MBnya sekali dok kira balik Kuala Lumpur dan cuti rehat dan posing ambik gambar dengan peminatnya. Mengalahkan artis Mummy MB kita ni...

      Delete
  6. BN menang Kedah senang.
    Satu retorik UMNO untuk dapat simpati undi rakyat.
    Yang senang EXCO-EXCO dan Ketua bahagian UMNO.

    Begitualh seronoknya jadi EXCO.

    Pemimpin UMNO makin karut.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.