Thursday, April 17, 2014

SEMOGA PENGIKUT USTAZ DON BERLAPANG DADA

Pengacara dan pelakon Wardina Safiyyah tidak pernah berniat untuk mengaibkan Uztaz Don dengan berkongsi video ceramah agama yang dikatakan mengandungi hadis-hadis palsu disampaikan penceramah selebriti itu.
Wardina berkata, dia hanya mewakili pihak yang musykil bagi mencari kebenaran terhadap beberapa perkara yang disampaikan oleh ustaz itu dalam ceramah umum tersebut.
"Saya bukan ingin menasihati dan tiada niat langsung untuk membuka aib Ustaz Don dengan berkongsi video tersebut tetapi saya ingin mencari kebenaran sahaja. 
"Memang ada kata-kata ustaz dalam video tersebut yang membuat ramai orang musykil termasuk saya. Saya rasa ustaz perlu membantu kami orang awam yang tidak faham daripada mana sumber tersebut didapati," kata Wardina.
(StarOnline)

KOMEN:
Seharusnya pengikut Ustaz Don berlapang dada dengan kemusykilan Wardina.

6 comments:

  1. Kalau muskil bertanya lah.. bukan buat pandai sebar dalan internet. Apa agenda Wardiana sebenarnya..

    ReplyDelete
  2. Mencari kebenaran secara selebrati dan glamour?
    Saolan penjelasan patut dituju terus kpd ustaz don melalui salurannya... tanpa agenda.
    Adakah wardina juga berlapang dada sebelum membuat serangan saolan berlandaskan vedio edit?

    ReplyDelete
  3. Aku rasa ramai jugak para yg ilmuan yg ada mendgr apa yg dikatakan oleh Ust Don tu, tp kenapa mrk tak tegur sebgmn Wardina menegur ?

    ReplyDelete
  4. Hairan kenapa orang masih terpegun dengan kuliah/ceramah/klentong daripada manusia yang bertaraf ustaz memandangkan apa dia credentials yang ada padanya selain daripada petah mengeluarkan bahasa Arab dan pandai pula dia membuka suasana berdialog/berwacana sedangkan isinya tak semesti yang didukung oleh fakta atau hujah yang kukuh dan bersandarkan kepada hidup moden.Selalunya orang 'agama' mempunyai bakat menarik perhatian orang ramai yang 'gullible' seperti kita lihat yang dipancarkan oleh tv, ramai audiens terdiri drp makcik-macik Felda atau dari mereka yang pada air muka saja adalah yang tidak kritikal dan 'educated'.

    ReplyDelete
  5. Dey 4:56 PM, apa yg Ustaz Don kelentong............nyatakan bukti2nya sama.........@ lu pun mahu kelentong juga! Gua hairan orang yang tak pandai bahasa Arab macam lu pun pandai kondem ustaz!

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.