Friday, April 11, 2014

TINDAKAN TIDAK CERDIK SEORANG YB.

Di dalam keghairahan berposting dalam FB untuk menunjukkan beliau kerap turun kawasan seorang YB dari Pendang telah melakukan satu kesilapan yang amat besar apabila memaparkan visual seorang warga emas sedang uzur tanpa menutup aurat. 
Posting YB tersebut yang berbunyi “Melawat orang sakit di Kg Baru” ternyata tidak prihatin dan tidak bijak kerana ini boleh mengundang aib kepada keluarga warga emas tersebut yang sedang sakit. 
Penggunaan media sosial untuk mencari pengaruh haruslah bijak dan berhati-hati. Jangan dijadikan visual orang sakit dan tua sebagai alat mencari pengaruh pengundi konon perihatin dan mesra rakyat. 
Adalah tidak wajar warga emas yang hampir nyanyuk dan tidak sedar ada orang yang merakam wajah mereka untuk dipaparkan satu dunia melihatnya. 
Mereka sudah daif, dengan hanya dihulur bantuan beberapa ringgit ada pula golongan yang mengambil kesempatan mencari populariti politik di atas keuzuran mereka. 
Kita harus sedar wajah di dalam gambar itu juga mempunyai hak samaada mahu atau tidak memberi kebenaran menyiarkan gambar mereka di dalam FB.
Jika mereka tidak rela mereka boleh mengambil tindakan undang-undang kerana mencuri rakam gambar mereka ketika mereka sedang sakit.
Bayangkan bagaimana perasaan kita jika gambar ibu atau saudara kita yang sedang tergedang sakit tanpa tutup aurat didedahkan sebegitu?

6 comments:

  1. yb mana kalau berani dedahkan la, bagi sekali link fb atau twitter dia, tulis tampa link serupa macam fitnah la.

    ReplyDelete
  2. Mummy lagi bagus kalau you pm the yb direct dan bagi pandangan you. Tak payah lah nak heboh satu kampong. Saya bukan orang kedah, tak kenalpun yb tu....

    ReplyDelete
  3. Kalau YB dari Pendang.
    1.ADUN Tokai (Pas)
    2.ADUN Sg Tiang (Umno)
    3.Parlimen Pendang( Umno)

    Mereka ialah Taulan.Suraya atau Othman Abdul.
    Kg Baru dekat Bukit Perak.
    EXCO Kebajikan YB dari Sg Tiang.

    ReplyDelete
  4. Sudahlah mummy pi jaga anak / cucu lagi baik dari dok dosa kering tak tentu pasai kembalilah kepada akhlak islam sebenarnya. Aminnnn.

    ReplyDelete
  5. Ramai dr YB UMNO Kedah dari kalangan yang tak berapa nk cerdik....nk buat mcm mana lagi...dlm UMNO ni dah tak ada org yg cerdik...macam yg Tun M cakap tuuu....yg cerdik2 habih lari p belah sana....

    ReplyDelete
  6. Dedah yang tak patut dedah lebih baik toksah dedah dah jadi tak berfaedah.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.