Monday, December 29, 2008

Maal Hijrah - hari ini dan kelmarin

Kadangkala keasyikan menyambut tahun baru, kita lupa bahawa dalam masa yang sama kita juga sedang menyambut jasad yang semakin lama.


Jasad yang semakin lama ”depreciation value”nya pun semakin rendah. Tenaga dan “performance” semakin kurang. Maka jadilah “second hand value”.


Jika hari ini kita menyambut ulangtahun yang ke 45, bayangkan saluran-saluran darah di dalam badan seperti saluran paip sinki dapur yang telah berusia 45 tahun yang penuh dengan sisa-sisa makanan, minyak masak, lemak ayam dan daging yang dah tersumbat seperti pulut di dalam buluh lemang yang hangit.


Asset yang ada hanyalah semangat dan pengalaman hidup kalau mahu dikongsi dengan generasi model baru. Semangat dan pengalaman pun akan beransur-ansur “korupt” seperti memori komputer lama, tersepit di antara lupa, nyanyuk, ingat-ingat lupa, latah dan kadangkala “blank” terus.


Ayat-ayat di dalam ucapan pun sudah banyak diselang-selikan dengan sendikata-sendikata seperti - “aaaaaaa”, “apanama…apanama...”, “if I can recall”, “if I’m not mistaken”, “ I think we met somewhere”, “ooooooo…” “yaaa…. now I remember”, “yaaa…la….”, “aaa..ha!” dan tercari-cari perbendaharaan kata yang sesuai untuk menyudahkan sebaris ayat.


Rumusannya apa yang kita pikul hari ini adalah dari dasar yang kita buat kelmarin.

7 comments:

  1. hmm kata ganti nama atau kata penambah bicara...

    begitu.begitu...

    ReplyDelete
  2. salam Mummy Rokiah. maaf lambat membuat lawatan balas. terima kasih kerana melawat blog saya dan salam perkenalan.

    ReplyDelete
  3. Salam Mummy,

    Kelmarin pi kat Millenium kot sambut Maal Hijrah. Tiap-tiap tahun kita sambut...mungkin juga akan membuatkan kita juga berubah...almaklumlah masing-masing nak hijrah!!!

    ReplyDelete
  4. Tahun baru 1430H baru saja bermula, ramailah menyatakan dan memasang azam baru.

    Kekadang orang yang sama boleh berlaku sekali lagi memasang dan menyatakan azam baru,bila menyambut tahun baru masihi ,seolah-olah belum lagi memulakan azam.Kalau tahun ini berlaku macam itu tidaklah nampak sumbang kerana kedua-dua tahun Hijrah dan Masihi menyambut tahun baru pada waktu yang hampir sama.

    Apa nama ni, awat depa buat macam tu.bukankah kita dah baca surah Yasin dan doa akhir dan awal tahun.
    Depa belakon saja kot noo.
    Peristiwa ini merujuk kepada tahun-tahun yang telah lalu.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  5. Fazrull,
    Whats goes up must come down.

    Kak Teh,
    Hari ini perhubungan semakin mudah tiada lagi menulis warkah di dalam sampul surat "PAR AVION" atau "AIRMAIL".Terima kasih.

    Pakkaramu,
    Salam hijrah.

    Anak pantai merdeka,
    Hanya-hanya satu pantai yang Merdeka dalam negara ini.

    Leenoh,
    Azam dibibir mudah kita berazam. Hakikatnya; dunia dah mula kata pergi, kubur dah mula mengamit mari.

    ReplyDelete
  6. Salam Mummy Rokiah, menjelang Tahun Baharu ni nampak Mummy makin seksi! Terima kasih lawati blog saya dan berikan sokongan. Kemana arahtuju bangsa melayu? Kita harus ada satu perancangan jangkapanjang yang tetap dalam tentukan sasaran. Pemimpin harus hentikan ujikaji yang sentiasa berubah dalam menetapkan dasar. Satu dasar yang tatap harus dibina untuk bangsa melayu dalam mencapai sasaran selain dari sasaran nasional. Melayu harus dilihat sebagai satu bangsa yang sebahagian dari malaysia dan dengan ciri tersendiri.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.