Wednesday, December 31, 2008

Bertahan biaq saampai naik asap

Kita pun tak faham awat yang depa dok kalut nak “translate” bible ke Bahasa Malaysia ni?. Dok tak duduk berbangkit nak terjemah bible ke Bahasa Malaysia. Besar sangat ke pasaran Melayu yang nak dikristiankan?

Yang sebetuinya bukan depa minat nak terjemah sangat. Tapi depa ni nak cabar dan memporak perandakan Islam, itu sahaja. Inilah kalau kita terlalu terbuka sangat. Bila dah bagi betis nak paha pulak.

Elok sangat kalau Zahid Hamidi sebagai Menteri di JPM tegas dalam hal ini. Selagi kita tuan dalam negara ini yang kita kena pertahankan bukan sahaja Melayu tetapi Islam.

Zahid kena bertegas biaq sampai naik asap. Ini bukan alat politik. Ini adalah maruah dan kesucian agama Islam.

Apabila Islam sering di asak sebegini selepas satu isu ke satu isu di hadapan mata kita, apakah kita masih nak bertokak sesama kita?

16 comments:

  1. kasihan org melayu..kasihan org islam..semua gara2 kerajaan hadari ciptaan poklah..

    padan muka kena btg hidung sendiri!

    ReplyDelete
  2. Kalau translate, nanti ramai jugak yang dapat kerja printing ... sekarang ekonomi tak baguih!

    :)

    ReplyDelete
  3. mummy rokiah, di tempat, negara saya duduk sekarang ni ada banyak usaha terjemah bible - dan dipakejkan seolah-olah Koran. Ada juga dalam bahasa melayu - dan mereka yang menyebarnya juga fasih berbahasa melayu.

    ReplyDelete
  4. saudara penulis blog dan sahabat saya kasihi...

    selamat tahun baru 2009..hadapilah dengan tabah rintangan dan cabaran yang mendatang...kuncinya sabar...

    ReplyDelete
  5. Zahid ne pun bukannya berani sangat Mummy ooi.Takat cakap aje berapi tapi bila sampai bab ne..nak kena tanya tokeh dulu..tu yang letih ne bila agama dan bangsa diperjudi ikut suka hati depa..Apapun Selamat Tahun Baru Mummy. Teringat sup kat Penang Road la pulak mummy ooi

    ReplyDelete
  6. mummy...

    saya pun dah peneng la tengok berita ni minggu lepaih...

    macam mana nak buat pun tak tau la..

    mummy apa cita...?

    selamat teun baru... semoga sejahtera selalu

    ReplyDelete
  7. Kak Teh dan sahabat bloggers,
    Apa yang harus menjadi "concern" ialah nawaitu mereka. Kita tidak boleh menyekat bible dibahasakan seperti juga kita tidak boleh menyekat anak kita berbahasa Inggeris kerana takut mereka baca bible yg di dalam bahasa Inggeris.
    Apakah pasti nipis sangat iman orang Melayu ini senipis kulit bawang jika mereka membaca bible di dlm Bahasa Malayu mereka akan terpengaruh?
    Dah berapa ramai pulak mereka yg berpendidikan Inggeris membaca bible?
    Dulu kita bersekolah di sekolah-sekolah convent,sekolah missionary, St Annes, St Nicholas, Father Barres dan lain-lain. Adakah selepas keluar convent kita terpengaruh?
    Kita tidak mudah terpengaruh malah pegangan kita bertambah kuat.
    Cuma hari ini bila kita terlalu terbuka,lalai dan kekuatan politik kita goyah kita mula dicabar. Dulu mereka tidak mengajak kita untuk adakan "inter-faith dialogue" hari ini mereka cabar kita.

    ReplyDelete
  8. Mummy,
    kita sama2 tunggu ketegasan Zahid Hamidi.. sepatutnya perayaan bunga api diKLCC bagi menyambut tahun baru 2009 dibatalkan bagi mununjukkan solidarity kita dgn kekejaman yg berlaku di Gaza..

    ReplyDelete
  9. Chengho,
    Hang kata apa? suruh depa batalkan? hang tau berapa depa dah belanja nak cucuh bunga api tu?Hang pi tanya Azman Hashim, dia yang bagi sumbangan dari hasil duit bunga bank dia (Non operating Revenue kot...)
    Kita mau cadangkan dari dok cucuh bunga api tu baik kita cucuh patung Bush dan Ehud Olmert.

    ReplyDelete
  10. Salam Mummy,
    Melayu kena bersatu Mummy.Bila lemah inilah jadinya"Macam Lembu Di Cucuk Hidung"
    http://nasilemakbungkus.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. Ni bukan masalah Menteri kena tegas ni MASALAH timbul apabila yg berjuang utk ISLAM sendiri mcm PAS dah takde taring pasal dah TAKUT hilang KUASA maka keluarlah "KENYATAAN BAHAWA KALAU IMAN UMAT ISLAM KUAT DIA TAK AKAN TERPESONG" tak ke bodoh kenyataan ni??

    Kita nak mengelak ramai umat ISLAM yg IMAN senipis bawang,nak jaga akidah mereka tetapi PAS dan ISLAM PKR ni tak kisah..memang PAS dah lari daripada PERJUANGAN ISLAM yg SEBENAR dan ISLAM PKR takut kena marah Anwar Ibrahim.. Nak suruh Timbalan Presiden PKR membantah jgn harap la pasal dia soSIAList memang dah tak peduli pasal agama..

    Nak harap PKR?? Semua lagi tak boleh pakai!!

    Ringkasnya sekarang jikalau UMNO sahaja yg membangkang PARTI-PARTI KOMPONEN yg lain akan melenting juga dan DAP,Majlis PEguam termasuk la Sister In Islam akan membantah pasal akan bercakap pasal KEBEBASAN HAK KEMANUSIAN tetapi jikalau semua UMAT ISLAM DALAM PAS dan PKR turut sama BERSUARA MEMBANTAH maka baru BERKESAN tetapi malangnya semua PEMIMPIN PKR ISLAM dan PAS dah jadi HAPRAK!!

    ReplyDelete
  12. Mummy,
    I am sure you will agree with me that BN formula has proven itself to be in favour of a small coterie of the rich and powerful and discriminates against the majority. It has made life more difficult for the common people because, as a result of privatisation and lack of reasonable control, the cost of housing, education, health, tolls and the prices of daily necessities have continued to rise and become more burdensome. It serves some people’s greed, not most people’s need. The system is ridden with corruption, cronyism and nepotism at the highest level. There is lack of morality and plenty of double standards among the leaders. It is rotting to the core.
    Proven the Islam Hadari branding end up a sad story and confusing. For all we sure that this Islam hadari will end when Pak Lah ends.Its is still uncertainty whether Najib will continue?

    ReplyDelete
  13. Sha,
    I get what you are up to. It is a fact that,Islam Hadari approached carried by Pak Lah is the major contributor to the falls of BN in the last election.
    The muslim themself blur and confused what more the non-muslim.
    Even now they demand the Gov to initiate "inter-faith dialogues" because to them this is Hadari concept "CURRENT".

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.