Thursday, December 18, 2008

Najib jangan tanggung "Biawak Hidup"

Cadangan Sime Darby Bhd untuk mengambil alih Institut Jantung Negara hanya akan memberi kekuatan kepada PKR, DAP, PAS dan pembangkang amnya. IJN merupakan pusat rawatan jantung yang sensitif dan menyentuh rakyat jelata. Jika pengambilalihan ini berjalan ia akan memberi "milage" yang besar kepada pembangkang "to hit the right spot".
Seharusnya di dalam suasana politik yang tidak stabil ini perkara-perkara sebegini jangan langsung dibangkit dan dibuat cadangan. Jika tidak cermat Najib akan menggendong isu ini seperti "biawak hidup" sepanjang kepimpinan beliau sebagai PM. Silap-silap percaturan dan BN tidak sensitif, BN akan kalah seratus peratus dalam pilihanraya yang akan datang.
Mummy pun tak berapa faham bagaimana cadangan ini boleh dicetuskan. Mungkin ada pihak-pihak yang berkepentingan dalam "dealing and wheeling" ini. Kalau Sime Darby dah yakin dengan potensi perniagaan rawatan jantung ini mengapa Sime Darby sendiri tidak tubuhkan hospital jantungnya sendiri?

8 comments:

  1. Salam Mummy,

    Saya sokong cadagangan mUmmy tu. kalau dah kaya sangat tu.. buat lah hospital sendiri kan.. buat pa nak yang orang punya... heee..

    ReplyDelete
  2. Siapa kata tak ada hospital sendiri?...kat Subang Jaya tu bukan Sime Darby punya?

    Mummy Rokiah, tujuan depa tu nak tengok samaada najib tahu guna akal dia ke tak?

    ReplyDelete
  3. PENGSWASTAAN.
    ADA AIR, AIR SWASTA. ADA SAMPAH, SAMPAH SWASTA. ADA JALAN, JALAN SWASTA. ADA LETRIK, LETRIK SWASTA. ADA TAIK, TAIK SWASTA. ADA HOSPITAL, HOSPITAL SWASTA. ADA BERAS, BERAS SWASTA.
    HABIS APA NAK JADI?????

    ReplyDelete
  4. Salam perjuangan,

    Sime Darby sudah memiliki hospital sendiri iaitu SJMC di Subang Jaya.

    Langkah untuk mengambil alih IJN mungkin untuk peningkatan mutu perkhidmatan ataupun soal keuntungan memandangkan IJN semakin berkembang pesat.

    Jika campur tangan Sime Darby akan membawa kepada kebaikan, adalah wajar diteruskan. Jika sebaliknya, lupakan saja.

    Tatkala ini rakyat akan mengadili pemimpin dalam kerajaan melalui tindakan yang mereka ambil.

    "Memperkasa Generasi Baru"

    Pergerakan Pemuda
    UMNO Cawangan Taman IKS
    Bahagian Batu WP

    http://pemudaiks.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Mami,
    Penyakit jantung ni adalah penyakit orang kaya tokoh-tokoh korporat. Mereka banyak makan lemak dan cholestrol mereka tinggi. Penyakit ini juga banyak dihidapi orang-orang politik termasuk PKR,UMNO,PAS dan DAP dll. kerana stress mereka tinggi. Mereka makan sampai malam sebab mereka berkempen sana-sini.Anak-anak mereka makan fast food yang banyak cholestrol.Jadi apa mereka nak hairan mambayar sedikit lebih kepada IJN dan Sime Darby.
    Kan Sime Darby tu syarikat Permodalan Nasional.
    Penyakit orang miskin ialah kudis buta, panau, kurap di mana tidak banyak perbelanjaan. Ubat-ubat boleh dibeli di kedai singseh atau farmasi biasa.
    Biarlah kita rompak dari mereka yang kaya dan kita beri kepada mereka yang miskin. Seperti Robin Hood di England dan Panglima Nayan di Kedah.

    ReplyDelete
  6. Mummy,

    Betul cakap Tok Uban,SJMC kan Sime Darby punya.Cuba lihat bil untuk pesakit kat situ....kemudian fikir lah sendiri.Cuba bayangkan dikemudian hari bila IJN dah diSime Darbykan...Rasanya ramai yang rela menunggu ajal dirumah..
    Simpang Malaikat 44.

    ReplyDelete
  7. MALAYSIA BOLEH!!!!!
    Boleh blah!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  8. Ini indikator positif UMNO dan Barisan Nasional sudah menghampiri ajal..
    Sokong mummy..jangan undi BN kalau penswastaan IJN tidak dibatalkan.
    Swastakan UMNO dan Barisan Nasional ke Yahudi je lah..

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.