Tuesday, December 9, 2008

Islam adalah agama yang sebenar

Menurut sumber AP jumlah visa haji yang dikeluarkan oleh pihak kedutaan Saudi Arabia seluruh dunia pada tahun ini ialah berjumlah 2juta pada tahun ini. Ini tidak termasuk jemaah-jemaah yang datang tanpa dokumen yang sah. Pihak berkuasa Saudi Arabia juga telah mengarahkan seramai 100,000 pegawai-pegawai keselamatan untuk memastikan keselamatan jemaah.

JIka 50 tahun dahulu jumlah jemaah haji hanya 50,000 orang ini bermakna Islam berkembang dengan pesat setiap hari dan setiap jam. Hampir setiap tahun pra- sarana jemaah ditingkatkan. Hotel-hotel ditambah dan kemudahan-kemudahan kerja haji dibangunkan.

Berbalik dalam negara kita juga mesjid-mesjid ditambah dengan pesat. Hampir semua mesjid dalam Kuala Lumpur melimpah-ruah jemaahnya setiap hari Jumaat.

Perkembangan pesat ini kadangkala tenggelam di negara ini kerana satu atau dua isu murtad mereka yang hilang cinta kepada Islam. Dalam masa yang sama masih ramai yang yakin dengan kebenaran Islam.

2 comments:

  1. Salam perjuangan,

    Demi AGAMA, Bangsa dan Negara. Sudah tentu agama didahulukan dalam setiap kerja seharian kita.

    Syabas kepada kerajaan Arab Saudi kerana berusaha keras untuk memastikan Jemaah Haji dari seluruh dunia dapat menunaikan Haji dengan lancar dan sempurna. Di NatGeo dan Discovery juga ada buat liputan tentang menaiktaraf kemudahan di tanah suci.

    Umat Islam perlu bersatu dan tegas dalam menangani isu-isu berkaitan agama tanpa memikirkan soal peribadi, politik mahupun institusi tertentu.

    “Memperkasa Generasi Baru”

    Pergerakan Pemuda
    UMNO Cawangan Taman IKS
    Bahagian Batu WP

    http://pemudaiks.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.

    Saya bersetuju dengan Pemuda IKS, Umat Islam perlu bersatu. Bila disebut umat Islam, orang Melayu harus faham ianya bermakna bukan Melayu sahaja,

    Melayu tidak akan bersatu hanya atas dasar mengikut kitab Melayu yang dasarnya sukar hendak ditelah kerana sifatnya bercampuraduk.

    Orang Melayu yang memahami Islam mereka mahu bersatu di bawah payung Islam yang meneduhi dan melidungi semua umat Islam tanpa mengira bangsa.Malah melidungi semua makhluk di atas muka bumi ini.

    Selagi rayuan supaya kembali kepada Allah dan RasulNya yang disarankan pada setiap kali berkhutbah pada hari Jumaat tidak dihiraukan. Maka selagi itulah juga kita tidak akan bersatu.

    Kita boleh mengajak rakyat bersatu tetapi kaedahnya mestilah akur dengan syariat anutan mereka dan sesuai serta boleh diterima oleh anutan yang lainnya.

    Tiada seorang pun yang terkecuali daripada tugas dan tanggungjawab terhadap agama dan negara.

    Maaf mummy dah bersyarah panjang pula,

    Wallahu aklam bissowab.

    Wassalam.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.