Monday, December 1, 2008

Ngap Sayot! Anwar pasti tawan Sarawak

Strategi terbaru penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menawan Sarawak memang tepat pada masa dan ketika ini. Usaha kunjungan bergilir-gilir wakil rakyat PKR ke Sarawak akan mebuahkan hasil yang besar kearah usaha menawan Sarawak dalam PRU13.

Reaksi dan kenyataan pemimpin BN Ahmad Shabery Chik dan Ketua Menteri Sarawak yang mengatakan Anwar angan-angan Mat Jenin dan Anwar tiada kredibiliti hanyalah untuk menyedapkan hati mereka sahaja. Mereka nampaknya masih tak habis-habis dibuai dalam zon selesa.

Hakikatnya di dalam teori jangka hayat, “what goes up must come down”. Kepimpinan Taib Mahmud telah berada dikemuncak yang cukup lama. Taib Mahmud juga masih teraba-raba untuk mencari penggantinya yang boleh “harap”. Kepimpinannya jika dibuat kajian secara mendalam sekarang ini sudah "anti climax".

Pengurusan harta dan khazanah yang bertimbun bukannya mudah untuk dilepaskan begitu sahaja. Ada yang diperolehi secara “open market” dan ada yang “black market”. Pengurusan “black market” yang sukar diperturunkan kerana ia perlu cermat dan nampak terhormat. Kalau tak berhati-hati silap-silap akan makan diri atau “back fired”.

Anwar tahu kelemahan ini. Inilah masanya Anwar tengah pasang strategi. Kalau kena “timing” dan strategi , Anwar boleh ratah mentah-mentah atau kata orang Sarawak “Ngap Sayot”.

6 comments:

  1. Exactly..nak lagi cantik kalu dapat masa hari penamaan calun P036 Kuala Trengganu nanti.

    ReplyDelete
  2. Memang betul pun. Yang kita dengar sedang mempertahankan Serawak hanya pemimpin-pemimpin dari semenanjung langsung tak kedengaran pemimpin dari Serawak. Kalau ada hanya Shafie Afdal dari Sabah.

    ReplyDelete
  3. Mummy you must remember, Taib Mahmud has done a lot to Serawak and his vital role in building good relation between Semenanjung and Serawak cannot be deny.
    Anyway your view should be seriously look into it.

    ReplyDelete
  4. Besok jangan sudah terantuk baru tengadah.

    ReplyDelete
  5. ya .. taib mahmud dah berjasa banyak pada rakyat sarawak .. tak semudah itu beliau akan di jatuh.. apa jua segala propaganda di semenanjung tak akan menebusi tembok negeri sarawak.. bukan cakap besar. sesungguhnya orang negeri sendiri lagi tau inikan pula orang luar dari negeri sendiri?! mane lagi logik? Buat review tentang sarawak takleh main hentam ikut suke jer. Kena tanye, kena tahu dari pucuk hingga ke akar umbinya.

    ReplyDelete
  6. bukannya menyokong parti yang telah pun bertahan lama tersebut. tetapi menyokong kepimpinan pemimpin yang boleh dipercayai semenjak dari dulu yang tidak pernah mengecewakan rakyatnya.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.