Monday, April 6, 2009

Aura Mahathir bergema dalam perhimpunan PRK Bkt Selambau di Institut Kemahiran MARA Sg Petani.

Sungai Petani 6.4.2009. Ketibaan Tun Mahathir pada jam 5.00 petang di IKM, Sg Petani disambut meriah oleh masyarkat di dalam dan luar kawasan Bukit Selambau. Dianggarkan kehadziran seramai 6,000 orang bersesak-sesak didalam dewan tersebut dan tercetus sedikit pertengkaran kecil sesama anggota keselamatan. Juga terdapat beberapa pemberita, jurugambar dan bloggers ditolak sehingga terjatuh dari pentas.

Ramai yang ditemui ternanti-nanti seolah-olah dahaga dengan ucapan negarawan ulong ini. Intipati ucapan yang tidak putus-putus menyokong kepimpinan Najib disambut dengan tepukan gemuruh dan bersemangat.

Walaubagaimanapun Tun tidak menjamin tidak akan mengeritik UMNO jika ada kepincangan di dalam kepimpinan UMNO yang mengabaikan kepentingan rakyat.

Walaupun kehadziran yang begitu ramai tetapi masih sukar untuk menjamin kemenangan calun BN S.Ganeson kerana keseluruhan yang hadzir hanyalah pengundi Melayu dan hampir tidak ada pengundi kaum Cina.

Ternyata kaum Cina masih lagi berkabung dan masih merayakan hari cuci kubur sepanjang bulan ini agaknya.

38 comments:

  1. kaum cina tak suka politik haprak macam sampah!!!

    ReplyDelete
  2. ramai kalau lingkop tak guna, gua pun datang kalau ada majlis begini, cumanya pangkah tetap bukan pada BN

    ReplyDelete
  3. Tak seramai majlis Anwar, malam ni saja dijangka 17 ribu orang, 90% daripadanya adalah bakal pengundi besok.

    Pengundi pula bukan dari Bukit Selambau sahaja, ada 39 biji bas dari Bukit Gantang dan sekurang kurang 3 biji AirAsia membawa pengundi dari Batang Air.

    Ini dari sumber yang tidak boleh dipercayai, kalau dari sumber rasmi, mungkin lebih lagi.

    ReplyDelete
  4. Dr Mahathir kempen untuk BN, petanda UMNO tenat

    By admin on Apr 6, 2009 in Sang Kelulut | 0 Comments | Edit

    kelulut@telokbakong.com

    6.04.09


    Selepas satu jurang tempoh kira-kira empat tahun bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kembali turun gelanggang untuk membantu Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya.

    Hari ini beliau berada di bahagian Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

    Kali terakhir Dr. Mahathir membantu calon BN ialah semasa pilihan raya umum 2004 yang diadakan enam bulan selepas beliau bersara.

    Kehadiran beliau disifatkan oleh pemimpin-pemimpin BN khususnya Umno sebagai satu suntikan semangat dan sokongan menghadapi hari penentuan esok.

    Umno semakin kucar kacir walaupun sudah bertukar Presiden yang baru. Mereka tidak mampu berhadapan dengan kekuatan Pakatan Rakyat.Walaupun jentera dan media massa telah di” umnonisasi “kan .Kenyataannya mereka masih terpinggir .

    Laungan berubah yang dicanangkan Najib nampaknya masih belum mampu meyakinkan rakyat.Pada ucapan sulungnya sebagai PM yang baru beliau mengajak rakyat melakukan tranformasi .Diakhirnya ucapannya beliau memberikan sedikit” gula - gula ” kononnya menarik balik larangan penerbitan dua akhbar pembangkang yang sangat berpengaruh.

    Untuk meraih populariti segera ( seumpama mee segera ) Najib mengumumkan pembebasan 13 tahanan I .S.A .

    Dr Mahathir pula menyifatkan tindakan Najib itu mempunyai persamaan . Kerana ketika beliau mula - mula dilantik sebagai PM juga telah membebaskan 21 orang tahanan ISA.

    Tetapi Dr Mahathir mudah terlupa . Selang beberapa tahun menjawat jawatan PM beliau merelakan penangkapan puluhan tokoh - tokoh politik didalam operasi Lalang .

    Apakah Najib juga akan bertindakan sedemikian ?.

    Kini UMNO mendakwa sudah mendapat kekuatan tambahan dengan peryertaan semula Dr M kedalam UMNO.

    Tugas utama beliau berkempen untuk BN .Beberapa stesen TV akan membuat lintas langsung ucapan kempen itu nanti.

    Apakah Umno akan berjaya memperalatkan bekas PM itu.? Bagaimana jika UMNO tetap tewas didalam PRK kali ini ?

    Rakyat menilai bahawa dengan kehadiran Dr Mahathir adalah membuktikan Umno semakin hilang wibawa . Sehinggakan terpaksa melutut kepada” Wira Tua ” agar membantu ‘ rombongan melayu umno bersatu ” .

    Jika BN tewas pasti penyokong Tun Pak Lah memulangkan buah keras.

    Kerana sebelum ini Che Det mengatakan Pak Lah punca kekalahan BN . Sehingga Pak Lah di singkir secara terhormat.

    M.A.H.A.T.H.I.R = Must Always Hentam Abdullah Till He Is Removed .

    www.telokbakong.com

    www.telokbakong.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Awat tv3 tak siar ucapan mahader semasa dia keluar umno dulu yang dia suroh rakyat lawan raja sikit2 tak apa kata dia.hat anuar masa dalam umno siar kat tv 3 yang tahun 95 dulu . memanglah masa tu anuar dalam umno,aku pun dulu sanjung umno , tapi lani bulih delah lah semua perangai orang politik macam tu,

    ReplyDelete
  6. che det ni ayam tua yang nak jadi hero, kalu BN meneng dia akan ditabalkan sbg hero ..... dah cukupla tu che det, masa tinggal sikit lagi gunakanlah dengan buat amal ibadat muga2 dosa dan kezaliman yang tun lakukan dulu diampunkan tuhan, sementara belum nyanyuk lagi

    ReplyDelete
  7. suruh orang umno tengok kat u tube masa dia mahadir keluar umno dulu,cuba lah orang umno pikiaq pelan2 jangan gopoh2, sapa yang cantais kuasa raja dulu, siapa yang suruh rakyat dahaka kat raja.
    toksah lah dok jilat punggkok tua tu wahai ahli2 umno,

    ReplyDelete
  8. Mahdey memperjudikan tahta dia sebagai mantan Pm.Kalau BN menang memang power dia punya kuasa.Tapi kalau tewas juga kali ni baik dia pikir lain nak buat apa lepas ni.

    Orangkampong harap Mahdey dapat hidayah untuk cari bekal nak pi sana nanti.Lewat dah kot!!!!!!!

    ReplyDelete
  9. Tukar Tiub kata 3,000. Utusan kata 5,000. Mummy kata 6,000.

    Saya rasa Tukar Tiub je yang tepat.

    ReplyDelete
  10. Dulu najib bodek dia , lani tebaliklah , dia bodek najib pula lah, nak suroh najib calun anak dia jadi menteri lah pula, nak mintak najib balas jasa dia dulu lah konon2, bolih mampuis lah,

    ReplyDelete
  11. Pasti Aura Tun M menggegarkan Bukit Selambau dan Bukit Ganting.

    Hampa nak kata apa?

    BN akan mendapat kemenangan mudah.

    Aku terlalu yakin..
    BN MENANG

    ReplyDelete
  12. che Det ni memang dah nyanyuk dah...dah tak lama la tu. IJN staffs...please be prepare for another major operation and a funeral!!!

    ReplyDelete
  13. Bulih angan2 sajalah untuk hilangkan boring.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillahhh..ramai lagi yang SAYANG pd Tun Det..dan RINDU dgn ucapan Tun Det..semoga BN sapu bersih d 3 tmpt plhnrya kecil BS BG & BA..

    ReplyDelete
  15. aku memang sayaaaaannnggg sgt dengan Dr Mahathir..wpun dah bersara, tapi otak masih kekal geliga.Terima kasih datang ke BS dan BG.Semoga BN kekal abadi memerintah negara ini.

    ReplyDelete
  16. seluruh rakyat Malaysia wajib berbangga mempunyai negarawan ulung dan disegani spt Tun DrM ini. Disanjungi setiap rakyat, dihormati warga dunia.Kata2nya berhikmat dan penuh semangat.Aku bangga mempunyai negarawan spt Tun DrM.

    p/s : aku rindu zaman pemerintahan tun

    ReplyDelete
  17. Aku pun amat berbangga negarawan ulung Tun mai kat SP. Tapi..... dia dah jadi negarawan tak ketahwan! Kalau dia x kempen lagi baguih, BN kalah x teruk sgt. Maaf la mummy esok sy nak pi undi di tempat Tun berucap tu!

    ReplyDelete
  18. fatin...setahu saya yang dok jilat pungkoq ni anwar jer....semua pungkoq dia nak jilat...pungkoq hang pun dia dah jilat kut..tu yang dok syok kat dia tu

    ReplyDelete
  19. BN insyaallah menang di Bukit Selambau kesan daripada aura Mahathir datang di Sungai Petani.PKR adalah Parti Keliru Rakyat ,pemimpin hampa Aljuburi.

    ReplyDelete
  20. Hanya orang Isalm yg benar Islam dapat petunjuk dari kejahatan To Guru ala Islae PAS, melacurkan agama hanya untuk dapat disanjung oleh kafir harbi yg hidup balik mati menentang Islam.

    Apa yg keldai tua berikan hadiah kepada orang melayu adalah perasaan dendam, membenci sesama Islam hanya ingin mendapat sanjungan dari orang kafir

    Begitulah sesatnya to guru Islae ala Kelantan ditarik hidung oleh sikafir harbi, bila disergah oleh kafir harbi terus termasuk buah

    ReplyDelete
  21. Semasa sambutan kedatangan Tun semalam semua yang sambut beliau seperti Tok Det, Johari Baharum,Tajul Urus Mat Zain, Aripin Man, Mat Rawi ketua Pemuda dan beberapa muka-muka hippokrate berebut-rebut mencium tangan Tun.
    Padahal semasa PakLah PM mereka inilah yang dok hentam Tun kot belakang khasnya Johari Baharum yang sogok RM200 supaya tidak undi Tun dalam G7 Kubang Pasu.
    Hari ini muka-muka tebal ini bermain wayang untuk survival politik mereka.
    Depan negarawan ulung pun mereka berlakon tambah lagi depan rakyat.
    Inilah muka-muka tebal seperti kulit biawak.
    Semoga kepimpinan yang baru Najib menghapuskan pelakon-pelakon ini dan mereka inilah yang pelingkup negeri Kedah.

    ReplyDelete
  22. akaq umbi aloq staqApril 7, 2009 at 9:21 AM

    Puak-puak det khalid tu macam anak kera ibu mati beragan. Kot-kot tun boleh rekomen depa kat najib. Nak hidup mana boleh tongkah arus.

    ReplyDelete
  23. pasal tanah diungkit2kan..la tu

    ReplyDelete
  24. puak2 ni da takutla tu.. AnuWar pun da taktau nak auta apa da..

    ReplyDelete
  25. aura mahathir akan lenyap pukui 9 mlm 7/4/09 stelah di istiharkan bn kalah di bkt selambau & bkt gantang

    ReplyDelete
  26. tu dia paklong, tepat sungguh noo ..

    tak tau apa nak kata lani..
    tahniahlah kepada yang menang, dan kalau kita tengok memang semuanya menangpon dapat sorang satu..

    jangan gadoh lah..
    pi buat kerja baik2 sudahlah..

    ReplyDelete
  27. apa tak update pun blog ni.. citss..kalah ka??..dengar sembang kemaih sangat tapi haprak macam TUn gak..hehehe..tin kosong ja hampa ni!!!

    ReplyDelete
  28. Saya amat2 percaya kepada tulisan KULOPBESAR tu...Lihaj saja PRK ke 2 2 Bukit akan runtuh d hentam oleh Mantan Pm yg tidak ingat pada DOSA dan PAHALA. Sekalipun dia seorg Negarawan saya bisa bicara kayak itu. Kerana C Tua bangkak ini langsung tidak ada punya Perasaan "RUMAH KATA PERGI KUBUR SUDAH KATA MARI" apalah kena dengan Fikirang ortu macam Tun Mahatir ni....Cukuplah...Ko pigilah BERTAUBAT BERBULAN BULAN d MEKAH sana minta pengampunan kehadrat Allah SWT akan DOSA dan PENGANIAYAAN mu kepad DSAI dan Kerajaan PBS d Sabah dahulunya....

    ReplyDelete
  29. hahaha.....dah kalah pun umno.....rakyat nak party yg memandang ke hadapan bukan memandang ke belakang dan mengutip yg dah basi....ptuiii......det mana ada aura dah...nurrr dah kurengggg.........

    ReplyDelete
  30. hahaha.....dah kalah pun umno.....rakyat nak party yg memandang ke hadapan bukan memandang ke belakang dan mengutip yg dah basi....ptuiii......det mana ada aura dah...nurrr dah kurengggg.........

    ReplyDelete
  31. dok perati di luaqApril 8, 2009 at 2:03 AM

    Puak yang hentam Tun macamlah Tun tidak ada kebaikan langsung. Semejak kemerdekaan hinggalah kini macam tak bersyukur dengan limpah Allah yang di turunkan ke atas negara kita Malaysia.

    Kita di jajah hampir 500 tahun, merdeka baru 51 tahun lebih. Apakah tidak ada kemajuan langsung atau semua di Malaysia tertindas.

    Adakah adil bererti semua orang mesti dapat? Adil tidak semesti semua dapat. Keperluan seseorang tidak sama dengan orang lain. Giliran mungkin melambatkan sesuatu proses.

    Kepada Ahli UMNO khasnya Barisan Pimpinan.

    Aksi wayang yang di sajikan membuatkan rakyat menolak BN. Cuba kita imbas kembali kenapa Tun mengritik. Ianya bermula apabila projek Jambatan Bengkok di batalkan. Imbas sedikit, bila Pak Lah berkata dia mahu projek di Kepala Batas di teruskan walaupun dia tidak menjad PM. Mengapa?

    Apabila batalnya projek Jambatan Bengkok, Tun telah cuba untuk bercakap dalam platform UMNO iaitu dalam Perhimpunan UMNO.

    Untuk bercakap dalam Perhimpunan hendaklah bertaraf Perwakilan. Makan Tun pun bertanding G7 di bahagian Kubang Pasu.

    Maka, usaha-usaha Badan Perhubungan Negeri telah berjaya untuk menggagalkan usaha Tun untuk mejadi perwakilan. Det Khalid, Johari Bahrom, Ketua Pemuda Kedah sewaktu itu dan perwakilan cawangan yang menerima RM200, anda semua seorang ahli politik atau jalang politik?
    Tetapi yang bodoh sekali ialah perwakilan dari cawwangan! Fikirlah sendiri.

    Zahid Hamidi, Det Khalid, Johari Bahrom, Nazri Aziz herdik la Tun sekarang !!! Kecamlah dia sekarang!!!!

    Kepada pemimpin semua Parti!!

    Rakyat hendakkan kestabilan politik. Apabila politik stabil maka yang lain pun turut stabil.
    Jangan asyik hendak menimbulkan isu-isu politik sahaja sehingga isu lain tidak di perbetulkan. Lulus periksa hanya perlu 40 markah sahaja. Pakat-pakat fikirlah untuk menjadi lulus dengan markah lebih dari 40%.

    Tun Mahathir TETAP NEGARAWAN !!
    Menurut Nik Aziz, Tun Mahathir berani menentang YAHUDI.

    ReplyDelete
  32. mamy mana dia orang yang dok sanjung aura mahader akan menjema mana dia mana aura tu auta ada aura tah d mana , tulah barang burut elok kat muzium , kalau muzium negara penoh ,hantak lah kat muzium ATM di situ kosong banyak lagi.

    ReplyDelete
  33. BERUBAH ATAU REBAH.BARU NAIK...DAH 2 KALI REBAH

    ReplyDelete
  34. Rakyat Bkt Selambau telah menghukum BN/UMNO kerana kelancangan mulut TDM ketika berkempen untuk BN/UMNO.Ini semua kesalahan TDM BN/UMNO Bkt Gantang n Bkt Selambau tewas.Seandainya TDM tidak hadir bagi kempen,kemungkinan BN/UMNO akan menang.Kerana rakyat n pengundi sudah naik meluat n benci pd TDM.TDM lebih berehat n pergi surau or masjid untuk menghabis sisa-sisa hidupnya.Tak payah lagi dok galak berkempen,usia dah melepasi tua..

    ReplyDelete
  35. pilihlah pemimpin al juburi, hidup pkr, bukit telanjang dan khairus la rasuati penanti..

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.