Sunday, April 26, 2009

Plaza Rakyat harus dikembalikan kepada rakyat

Najib tinjau Puduraya, Jalan Tuanku Abdul Rahman
KUALA LUMPUR 25 April – Tiga minggu selepas Datuk Seri Najib Tun Razak turun padang untuk melawat tiga kawasan di tengah-tengah bandar raya, Perdana Menteri hari ini melakukan satu lagi kejutan berjalan kaki di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Hentian Puduraya yang sentiasa sesak dengan lalu-lintas.

Perdana Menteri kemudiannya menaiki perkhidmatan LRT yang penuh sesak ketika itu. Beliau terpaksa berdiri dari stesen Masjid Jamek ke stesen Plaza Rakyat sebelum berjalan kaki ke Hentian Bas Puduraya yang juga sesak.

Najib kemudian bergerak untuk memeriksa bangunan projek Plaza Rakyat yang lama terbengkalai di sebelah Puduraya sebelum berlepas balik pada 4.25 petang.
Mengenai projek Plaza Rakyat, Raja Nong Chik berkata, Najib mahu pemaju diberi kata dua untuk menyiapkannya.

“Perdana Menteri mahukan kami memberikan had masa kepada pemaju menyiapkan projek itu. Jika mereka tidak dapat mematuhinya, kami akan tamatkan kontrak dan cari jalan lain,’’ ujarnya.

Projek, yang pada mulanya menelan kos RM1.2 bilion itu telah diabaikan selama 12 tahun selepas ia bertukar tangan beberapa kali. Pemaju sekarang ialah Global Upline.
– BERNAMA

KOMEN:
Wakil Rakyat, Ahli Parlimen, Perdana Menteri, Menteri-Menteri dan Timbalan-timbalan Menteri memang kelihatan cantik dan betul-betul membuat kerja apabila selalu turun padang dan melawat kawasan atau bertemu rakyat.

Hakikatnya selepas setiap lawatan rakyat menaruh harapan yang tinggi ternanti-nanti dan tertunggu-tunggu apakah kesan, tindakan, perubahan dan hasil selepas dari setiap lawatan tersebut.

Jika tidak ada apa-apa tindakan dan hasil lebih baik YAB dan YB-YB jangan melakukan lawatan takut nanti rakyat melabelkan YAB dan YB-YB sebagai pembohong dan mungkir janji.

’Iddah paling lama yang rakyat boleh tunggu ialah 3 bulan untuk mengetahui hasil dari lawatan itu. Kalau lebih rakyat akan naik ”fedup” dan yang panas akan sejuk yang segar akan menjadi basi, yang rangup akan menjadi lemau, yang sakit akan parah.

Kadangkala adalah lebih baik jangan membuat lawatan langsung kalau tidak boleh membawa perubahan. Lebih baik YAB dan YB-YB duduk diatas kerusi empok didalam pejabat sambil tunggu pilihanraya akan datang seperti kebanyakan wakil-wakil rakyat PAS dan PKR.

Contoh seperti Plaza Rakyat dan Puduraya yang sudah 12 tahun di dalam penantian rakyat, tertunggu-tunggu kerana di situlah tempat pertama rakyat dari kampung, ulu dan banat seluruh negara yang menaiki bas express mula mendarat di bumi Ibukota Kuala Lumpur .

Projek-projek kelas atasan seperti KLIA dan LCCT telah lama siap sebelum dari Plaza Rakyat lagi. Tetapi mungkin atas nama ”Rakyat” dan tidak menguntungkan tauke-tauke besar maka ia dibakulsampahkan atau dijadikan alat untuk melonjak saham-saham syarikat besar dalam pasaran saham.

Sama-samalah kita lihat hasil dari lawatan DS Najib ini. Mungkin ada hikmahnya Tsunami Politik BN pada PRU12 yang lepas maka hak rakyat mula dapat dirasai oleh rakyat di bawah kepimpinanan Najib.

13 comments:

  1. betoi tu mami,
    puduraya dah terok sangat..xdak sapa pun menteri yang naik bas, tu yang depa xtau..la bagi semua2 menteri p kl naik bas..baru depa tau apa yang rakyat rasa.jangan dok pandai melawat dan cakap saja..nak bernyawa kat citu pun xbuleh..sesak..
    tapi kalau sapa2 perasan, ramai pendatang cari makan tang puduraya...apa yng pihak berwajib dok buat..pohon pantau please..........

    ReplyDelete
  2. ANAK BAJAU SEMPORNAApril 26, 2009 at 11:28 AM

    betul sangat tu mammy.

    pemimpin terutamanya umno kena iklas dan bersungguh dalam melaksanakan amanah kalau meka masih nak bernafas selepas pru13 kelak,terutamanya dalam agenda memparkasa bangsa melayu dan bumiputera.meka mesti anggap kemenangan sipi kali ini sabagai peluang terakhir untuk membawa negara ini terus ke hadapan sambil memparkasa perpaduan di kelangan rakyat dan menyedarkan terutamanya orang2 melayu betapa peripentingnya kesatuan,ketepikan kecurigaan,semaikan sifat saling menghormati sesama kita.rendahkan sikit semangat keakuan dan kenegerian yang masih setinggi gunung jerai itu kalaupun tak setinggi kemuncak kinabalu.

    ReplyDelete
  3. mami........mami........mami....!!!
    Mike buat lawatan sambil belajar, bukankah slogan rakyat diutama dan projek utama diutama.Barulah dikatakan menyelam sambil minum. org biasa cakap politik lain bunyinya org politik cakap politik lain pula bunyinya.
    Tidurlah kalau masih mahu tidur atau bangunlah kalau mahu bangun.bukan saya kata rakyat kata.

    ReplyDelete
  4. kami mahukan perubahan ... bukan lawatan mengejut.

    ReplyDelete
  5. Selalu cam tu lah Mummy, masa zaman Mantan PM yang dulu Pak Lah, beliau pun buat lawatan mengejut, memula jelah, pastu cam tu gak kek dahnya, yang ni pun kita sama-sama lihatlah apakah tidakan susulan, ada atau tidak... kita tunggu edahnya dalam masa 3 bulan, tu pun at least kita bagi masa 3 bulan ye, kalau tidak.... tinggal "janji kosong" macam biasa....

    ReplyDelete
  6. hehe..tu baru masalah kt bandar..belum lagi g melawat ke kawasan kampung dan pedalaman yg dari segi infrastrukturnye masih kekurangan...tok jib n menteri2 yg laen,silalah serbu sarawak n sabah,jln raye,elektrik,air pn xde kt cne...ish3..

    ReplyDelete
  7. Mummy,
    Puduraya satu-satu tempat yang tercemar udaranya, budaya bangsa dan tempat penipu cari makan.
    Di sini selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 setahun, pemandu teksi tipu pelanggan, ulat-ulat tipu penumpang, pendatang befrkeliaran cara pasangan, muda mudi berdating, rakyat berpusu-pusu menurun dan menaiki bas out station, bas-bas ekpress tidak berhenti-henti mengeluarkan angin karbonmonosida (kerana enjin tak dimatikan)). Elok pak najib turun tenguk harap-harap sesuatu posotif dapat dilakukan segera. Kerajaan kena tegas pindahkan Station Bas Peduraya ke satu kawasan yang lebih luas dan selesa. Jangan takut bantahan dan tekanan daripada pengusaha-pengusaha bas ekspress.

    ReplyDelete
  8. Salam semua bloggers...

    Saya kira perkara ni takkan dapat diselesaikan dalam seminggu atau sebulan...tapi nampaknya progressnya sedang diusahakan utk rakyat...documentnya sedang dikaji semula...mungkin akan di"re-tender"...so saya harap tuan2 semua dapat memberikan masa dan peluang kepada DS Najib yg cuba menyelesaikan masalah rakyat satu persatu...

    Historynya, Tun Razak dulu sememangnya suka turun ke bawah utk meninjau masalah rakyat secara peribadi dan mengejut...itu membuatkan progress utk menyelesaikan masalah rakyat dapat diselesaikan secara pro aktif...PBT dan pihak yg terbabit tak boleh "main-main" sebab pemimpin sendiri yg datang memantau...silap gaya, kena "balun"! Hehehhehe...

    So, DS Najib rasanya "inharited" perkara yg sama.."it's just the matter of time...and why dont we just give him a chance?"

    ReplyDelete
  9. Mummy,
    Pada zaman Allahyarham Tun Razak, banyak D.O dan ketua jabatan merh muka ditegur oleh Allahyarham kerana tidak mengetahui dan memahami keadaan jabatan/kawasan masing-masing. Allahyarham wujudkan Bilik Gerakan Negara, di mana allahyarham boleh tinjau pembangunan satu-satu negeri atau projek rakyat di seluruh negara di Bilik Gerakan Negara. All heads of departments tip top pada masa itu. harap anaknya, Najib dapat wujud kembali sistem Bilik Gerakan Negara, agar he could monitor the progress of each rakyat's
    project nationwide at his fingure tip. Kini zaman lebih canggih daripada zaman Allahyarham Tun Razak,sudah pasti tidak masalah untuk Najib mendapat up-to-date info on the said subject.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Jangan sibuk turun padang di kawasan yang ada pilihanraya kecil saja.

    Turun padang pun tak perlulah keluar muka depan surat khabar, ngabih boreh saja.

    Macam mana boleh jadi sampai berbelas tahun projek untuk rakyat tak selesai. Salah sapa? memalukan. Elok kalau tulis kat situ papan tanda besar-besar dengan perkataan:
    SEBUAH LAGI PROJEK BN YANG GAGAL.

    ReplyDelete
  11. UMNO must change totally its "rusty image". Even its logo must change.Get rid of the useless "rusty keris" and replace with a symbol that reflects a real ONE MELAYU !! Our cultural, social, educational and political environment have changed drastically and UMNO must "overhaul" its vision and mission to face new challenges. Our needs and aspirations are now totally different from 50 years ago. We are now living in a very complex and sophisticated world and we must adjust accordingly. Our hopes and expectations are very high and we expect UMNO leaders to be more focus and transparent in carrying out their responsibilities. They must be seen at all times to have the highest integrity of the first order or else UMNO will failed miserably to get the respect due from the Malays.

    ReplyDelete
  12. mungkin wakil rakyat amno menteri2 exco2 boleh tiru lawatan mengejut najib ni. kalau ada reaksi positif dari lawatan2 ini bagus diteruskan.

    teman pun pelik nape plaja rakyat tu tak boleh disiap2kan? mungkin kerajaan kena bagi kat kontaktor yg betul2 berdaya maju.

    ReplyDelete
  13. Minggu lepas, saya telah berjumpa dengan beberapa rakan bloggers saya. Kami telah menbincangkan pelbagai isu dari politik hingga la ke dunia kewartawanan.

    Dalam pelbagai isu yang diperbincangkan malam itu, saya tertarik dengan satu isu yang amat hebat! Saya telah diberitahu oleh rakan blogger saya (yang dah kira macam otai la dalam dunia blog ini) bahawa kebanyakan wartawan suratkhabar Cina tidak tahu berbahasa Malaysia rupanya!

    Tidak kira dari mana-mana suratkhabar cina la, mereka kebanyakannya tidak reti berbahsa malaysia, saya pun amat terkejut sekali la dengan berita itu, kerana pada hemat saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang wartawan mereka seharusnya tahu berbahasa Malaysia!

    Menurut sahabat blogger saya ini juga, selalunya selesai sahaja temuramah maka akan berkumpullah kesemua wartawan itu tadi dan mereka akan bertanyakan sesama sendiri tentang apa yang telah mereka dengar dan faham, kebiasaannya akan ada seorang yang dikira boleh faham sikit-sikit bahasa kebangsaan kita itu dan mereka kemudiannya akan menyalin lah kesemua temuramah tadi!

    Biasanya proses sebegini akan mengambil masa dua hingga tiga jam selalunya, saya hampir pengsan bila saya dengar kisah ini, saya sangkakan selama ini semua rakyat Malaysia boleh berbahasa Malaysia! Bukankah itu bahasa rasmi negara kita?

    Adalah amat menyedihkan apabila saya dapat tahu masih terdapat orang Malaysia tidak tahu berbahasa Malaysia, bagaimana kita hendak menjadi satu Malaysia sekiranya kita sebagai rakyat Malaysia tak tahu nak berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan kita?

    Jadi tidak hairanlah, tidak berapa lama dahulu wartawan dari suratkhabar Cina ini telah salah tulis mengenai penjelasan YAB TPM kita? Ada logiknya bila TPM kita telah mengatakan bahawa kesemua wartawan tersebut harus belajar Bahsa Malaysia!

    Memalukan betul bila perkara ini terjadi, kenapa sebagai rakyat Malaysia, tidak kira dari keturunan apa sahaja, kita tidak tahu berbahasa kebangsaan kita? Bukankah bahsa jiwa bangsa? macamana nak jadi bangsa Malaysia kalau nak berbahasa Malaysia pun tak tahu?

    Saya memang amat bersetuju sekali dengan pandangan Dato Mukhriz bahawa untuk menyatu-padukan Malaysia kita perlukan satu sekolah! Tidak ada lagi sekolah cina atau tamil lagi! Hanya satu sekolah yang akan menjadi wadah pertemuan semua bangsa dan ianya akan melahirkan "ONE MALAYSIA"

    Kita kena mulakan dari sekarang! Kalau nak bersatu maka hapuskanlah perkauman, langkah pertama untuk menghapuskan perkauman adalah dengan menghapuskan sekolah 'vernacular'

    HIDUP SATU MALAYSIA!

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.