Thursday, April 23, 2009

Rintihan Naziatul, mana UMNO mana BN?

Kisah sedih peminjam PTPTN
TUJUAN saya bukan untuk meraih simpati atau memalukan mana-mana pihak tetapi tujuan saya hanya satu, biarlah pihak PTPTN membuka mata dan memandang serius perkara ini.

Saya sedang menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam semester empat jurusan Mikrobiologi. Saya berasal dari keluarga susah dan telah kehilangan bapa pada 2001. Ibu hanya pengusaha gerai kecil di kampung. Lantaran itu, saya sangat mengharapkan bantuan PTPTN untuk meneruskan pengajian saya di ibu kota ini. Dengan harapan menggunung, saya yakin tidak akan menghadapi masalah ketika pengajian dan tidak menyusahkan ibu di kampung menanggung pengajian saya.

Namun harapan tinggal harapan. Sepanjang empat semester saya belajar di universiti ini, masalah pinjaman saya dengan PTPTN tidak pernah selesai. Semenjak semester satu, pinjaman mula bermasalah. Pembayaran kepada saya tidak pernah dalam keadaan sempurna.

Pada semester satu: Mungkin kerana masalah semasa proses pendaftaran, nama saya tercicir.
Oleh sebab itu, sepanjang semester satu saya tiada punca kewangan. Keadaan saya terlalu perit. Lebih perit apabila kos buku adalah tinggi. Habis cara saya lakukan untuk mendapatkan wang.

Pada semester kedua: Setelah seksa saya di semester satu, saya diberi bayaran dua kali ganda. Pada saya itu tidak memberi makna apa-apa. Dengan bayaran yuran pengajian dan yuran penginapan yang mencecah RM2,000, bayaran dua kali ganda itu tidak bererti kerana masih banyak hutang yang perlu saya jelaskan.

Semester ketiga: Biarpun statusnya sama seperti rakan-rakan yang lain, tetapi keadaannya tidak sama. Pada semester ketiga, dipotong bayaran yuran, juga bayaran pendahuluan pada awal pengajian dulu sebanyak RM1,500, pinjaman hanya berbaki RM800.

Dan jumlah inilah yang akan menampung perbelanjaan selama enam bulan ini. Cukupkah?
Jika pelajar lain mempunyai sumber kewangan lain daripada ibu bapa, saya bergantung sepenuhnya kepada pinjaman PTPTN, bagaimanakah nasib saya?

Oleh itu saya mengambil keputusan untuk bekerja. Saya berulang-alik antara tempat kerja dan universiti. Pelbagai dugaan yang saya hadapi semata-mata untuk mendapatkan duit tetapi itulah yang memberi semangat untuk terus gigih belajar.

Penat dan lelah, saya tidak pedulikan. Kawan-kawan melihat saya dengan kekaguman, tetapi derita PTPTN yang mengheret kepada kekaguman itu saya tanggung sendiri dan hanya saya yang rasa.

Dengan tekanan di tempat kerja, dengan tekanan pelajaran, di hujung malam saya pasti menangis menghadap Ilahi. Sedihnya apabila terpaksa memonteng kelas dan ketinggalan banyak nota pelajaran.
Namun, kerja itu sedikit sebanyak mampu menjadi sumber kewangan pada waktu itu dan tidak lagi hanya makan roti di akhir semester.

Saya berharap semester depan, semester keempat, pihak PTPTN membuat bayaran dengan sempurna.
Namun malang menimpa lagi. Semester ini, sejak bulan Januari saya telah berusaha menyelesaikan masalah PTPTN, tetapi sampai April dan tidak lama lagi semester akan berakhir, masalah PTPTN tak selesai lagi.

Setiap hari saya terpaksa memikirkan masalah pinjaman PTPTN. Lebih malang, semester ini saya tidak boleh bekerja memandangkan semester ini agak pendek dan saya harus tumpukan perhatian sepenuhnya pada pengajian.

Telah beratus-ratus duit saya pinjam dari kawan-kawan. Berbekalkan kepercayaan mereka terhadap saya, mereka masih sudi membantu.

Bagi saya PTPTN terlalu kejam terhadap saya. Saya bertanya pihak PTPTN apa masalah saya, kata mereka surat perjanjian tidak sampai ke rumah. Baiklah saya pasrah, saya buat seperti yang disuruh. Menunggu dan terus menunggu sehingga saya merasakan terlalu letih menghadapi PTPTN lagi.

Situasi pada waktu itu seolah-olah saya tiada kerja lain selain mengemis duit daripada PTPTN. Pada 25 Mac 2009, saya mengambil keputusan pergi sendiri ke pejabat PTPTN di Damansara.

Setiba di sana, saya disuruh menandatangani akuan penerimaan surat perjanjian sedangkan saya masih belum terima surat perjanjian tersebut. Kata mereka surat perjanjian itu telah dipos tetapi masih tak sampai kepada saya. Saya bertanya pada orang yang berurusan dengan saya waktu itu, bilakah pembayaran akan dibuat? Katanya pada 3 April 2009.

Namun, pada 3 April 2009, wang tidak masuk juga. Saya menghubungi dan kata mereka PTPTN hanya akan membuat bayaran pada hari ke-14 bekerja

Saya menangis waktu itu, apa yang terbayang hanyalah mengikat perut untuk tempoh itu. Tetapi sampai bilakah saya mampu bertahan, tidak lain saya terpaksa meminjam lagi. Malunya saya rasa hidup asyik menagih duit orang.

Pada 10 April sekali lagi saya menelefon pihak PTPTN, bertanyakan bilakah PTPTN akan membuat pembayaran. Mereka memberi lagi alasan PTPTN sedang membuat pengesahan daripada pihak universiti dahulu. Pembayaran tidak pasti bila akan dilakukan.

Saya rasa sudah terlalu penat dipermainkan pihak PTPTN. Saya tidak berniat meraih perhatian mana-mana pihak, saya cuma ingin meraih perhatian pihak PTPTN sendiri.

Pandanglah sekejap masalah saya dan tolonglah mengerti derita saya selama ini. Biarlah saya belajar dengan tenang selepas ini. Dan saya yakin di luar sana masih ramai yang menghadapi masalah seperti saya.

NAZIATUL AZLIN IBRAHIM
Universiti Putra Malaysia, Serdang

KOMEN:
Rintihan adik Naziatul Azlin Ibrahim yang berasal dari Besut, Terangganu ini bukannya kali pertama kejadian sebegini. Tetapi telah berlaku berkali-kali hanya samada didedahkan oleh media atau kejadian tersebut dibakulsampahkan oleh PTPTN.

Slogan BN membela rakyat, UMNO bersama rakyat hanya retorik politik semata-mata. Jika kejadian ini berlaku semasa musim pilihanraya kecil Kuala Terangganu tempoh hari, Mummy percaya adik Nazaiatul terpaksa menyediakan karung guni bagi menerima sumbangan wang dari calun-calun dan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO yang ingin mendapatkan publisiti murah dari kesengsaraan adik Naziatul.

Malah lebih terbukti lagi dari tarikh tersiarnya rintihan pada 21/4/2009 dalam Forum Utusan Malaysia sehingga hari ini langsung tidak nampak pemimpin UMNO atau BN yang tampil menjuarai isu ini. Mereka lebih leka berpolitik bergaduh sesama sendiri seperti yang tersiar dalam Berita Harian hari ini ms6 "Ketua Sayap UMNO Besut dakwa kena perangkap".

Hakikat yang sebenarnya UMNO sudah jauh dilambong kemewahan dan mabuk kekuasaan. Inilah cabaran DS Najib.

33 comments:

  1. Inilah yang susah mummy...depa ni masih tak sedar-sedar lagi...PTPTN ni pun satu hal jugak...berlagak tak tentu pasal...pada umno...fikir-fikirlah...jangan nanti rakyat sebut UMNO...maknanya....
    U - Untuk
    M - Melayu
    N - Nanti
    O - Oiiii

    kalu bangsa lain....cepat aje tolong...

    ReplyDelete
  2. Kenapa nak tunggu UMNO.. apa kata kita geng2 PKR/PAS/DAP tolong dulu...haaaa...daripada dok bagi cina buat ;adang babi..baik kita tolong adik ni..nak tunggu umno buat apa?

    ReplyDelete
  3. ada sesiapa boleh dapatkan maklumat adik kita ni mummy, bab ilmu ni serba-sedikit tu bolehlah dibantu, dan apa kata mummy buat tabung untuk adik kita ni, dan mungkin juga pelajar islam lain yang memerlukan.

    ReplyDelete
  4. Mummy,

    Ingat tak lagi semasa PRK BUKIT SELAMBAU,sAMY veluuu boleh arah KEDA untuk beli sebidang tanah di Sungai Tukang dengan harga RM 2 Juta untuk diberi kepada kaum India disitu dan Kerajaan BN terus setujuuuu.

    Ni yuran pengajian yang tak seberapa BN tak sanggup bayar,They deserve to loose in next GeneralElection.

    Tanah ini TANAH MELAYU bangsanya dipanggil Bangsa MELAYU tapi sungguh malang kera disungai tukang dimanja manjakan bangsa sendiri diabaikan.

    ReplyDelete
  5. Mummy..Just wonder.Kan Trengganu ada wang ehsan.Alangkah baik kalau dpt membantu gadis malang ini.So Kerajaan Trengganu,kindly hulurkan hak rakyat yg marhaen. Nona Ratana Chulaborn.

    ReplyDelete
  6. Sian kat adik ni, mummy boleh tak bg no akaun maybank dia. kalau setakat duit nasi bungkus 3-4 hari tu, boleh jugak le dibantu.

    ReplyDelete
  7. org yg diberi t.jawab tapi tak bertanggujawab dan beramanah seperti itulah yang memburukkan kerajaan.

    parasit harus dihukum supaya jadi pengajaran. atau masih berpeluang naik pangkat dan naik gaji lagi... lagi... lagi... dan lagi...?

    sepatutnya biar dia rasa derita sebagaimana org lain derita kerananya... baru egensi awam sentiasa up to date...

    ReplyDelete
  8. sikit2 nak salahkan umno. anak tak nak isap susu tetek pun nak salahkan umno. rumah masuk perompak pun nak salahkan umno. kucing tak beranak pun nak salahkan umno. menantu susah bersalin pun nak salahkan umno gak?

    apa yg umno dah buat kat mummy..?

    ReplyDelete
  9. Tak pa Mummy...nanti Azeez "rempit" tu pi la kat Naziatul tu...dapa t la sikit "publisiti murahan"... hehhehehheh...

    p/s: camana la si Azeez ni buleh menang MT???

    ReplyDelete
  10. Tu la pasal..tu salah satu sebab orang benci umno..hipokrit..mcm mami kata lar, kalu waktu pilihanraya, tenguklah dia orang punya acting macam mana..naik meluat dibuat nyer..

    Sekarang ni waktu tumpuan diberi kpd dua kaum lg tu..melayu pandang jer lar..cuba kalu kaum tu yg buat rayuan ni, berlumba2 lar hiopokrit2tu datang menghulur pelbagai bantuan..

    Mana Menteri Pengajian Tinggi..ini sebahagian dari tugas dan tanggungjawab anda..atau pun ini tanggunjawab Menteri Kerjaraya?

    Mata kecik sebelah..

    ReplyDelete
  11. Mummy,
    Di PPTN begitu ramai yang berlagak dan amat sombong dari pekerja kaunter sehinggalah pegawai-pegawai tadbir. Pengurus dan Pengurus kanan tidak boleh ditemui. saya juga terpaksa minum air paip dan mee segera menunggu pinjaman PPTN. talifon jarang mendapat pegawai yang diperlukan. They love to pass the buck. harap-harap PM baru dengan slogan 1malaysia, dapat beri perhatian sedikit kepada masalah PPTN. Jika perlu pegawai-pegawai tertentu dihantar mengikuti kursus PR dan tatanegara.

    PPTN 229901

    ReplyDelete
  12. alangkah bagus kalau ada yang boleh dapatkan no acc atau tel adik ni. pasti ramai yang boleh ringankan beban dia. jangan harapkan umno sangat. buktikan kita boleh maju tanpa umno.

    ReplyDelete
  13. salam mummy,

    tolong dapatkan no akaun adik ini. n publish kat sini. saya rasa ramai yg ingin menyumbang. saya pun sama. kalau pakat bagi 100.00 seorang, 10 org menyumbang, dah boleh dpt seribu. boleh lah adik ni bernafas buat sementara waktu dan tumpukan pehatian pada semester akhir ini. please mummy....

    ReplyDelete
  14. Rakan bloggers,
    Harap maaf Mummy tidak dapat no acct adik ini kerana rintihan ini disiar dlm Forum Utusan Malaysia.
    Mummy akan cuba dapatkan contact beliau.
    Terima kasih kerana prihatin.

    ReplyDelete
  15. Kesian Naziatul.
    Pity....Pity...N Pity.

    ReplyDelete
  16. Malang bagi Naziatul, sudah la kematian bapa, di tolak ke bakul sampah pula. Ini lah darjat seorang yang miskin di mata pemerintah. Nasib beliau seakan sama dengan nasib saya, juga kematian bapa sebelum daftar masuk IPT. Pinjaman tak dapat, terpaksa meminjam dr kawan2 untuk meneruskan hidup. masa lapang terpaksa bekerja di kedai runcit. Mungkin sebab itulah pada PRU12 lepas saya tidak undi BN. Isyaallah tak akan undi BN untuk selamanya.

    ReplyDelete
  17. harap mummy bboleh usahakan secepat mungkin dapatkan akaun bank adik kite tuh...cepat mummy..sebelum duit gajiku habisssss

    ReplyDelete
  18. Biasiswa termasuk dlm hak istimewa orang MELAYU...DAH KOMPOM MASUK U< dari KAMPONG dan ORANG MELAYU...cepat2lah luluskan dan buat bayaran..inilah masaalah dgn pegawai2 melayu yg tak dak ingat nak tolong bangsa dan usha lebih nak tolong orang..ingat kerja nak ambil gaji saja....pendapat saya semua pegawai2 melayu kena p hantar MOTIVASI dan BINA semangat...utk mereka ketahui nasib masa depan bangsa melayu.....

    ReplyDelete
  19. ""saya pun sama. kalau pakat bagi 100.00 seorang, 10 org menyumbang, dah boleh dpt seribu. boleh lah adik ni bernafas buat sementara waktu ""..mummy,,saya sokong sgt dengan cadanga nnie,,jgn kata sorang rm100,,,kalu sorang rm10 pun..kita dok ada bejuta,,pakat dok derma mcm depa derma kat pembaca berita tv3 yang lumpuh dulu tu,,,tu dia...teruih adek kita nie buleh buat master ka Phd ka..tak payah dok harap sgt kat PTPTN tu,, mummy cuba la usahakan agar dpt nomot akaun dia,,buleh la kita pakat dok sedekah

    ReplyDelete
  20. Salam Bloggers,
    Untuk sumbangan kepada adik
    Naziatul Azlin Ibrahim ini no akaunnya:
    MAYBANK - 16601013178I
    Sumbangan bloggers adalah dihargai.

    ReplyDelete
  21. ANU WAR KAN JUTAWAN GILE. DUIT ZIONIS PUN BANYAK COLLECT. BAGI JE LA SEJUTA KAT BUDAK NI. APA ADA HAL. RUMAH KAT GOMBAK PUN NGALAHKAN ISTANA MD DERUS... KRONI2SUME JUTAWAN.. TIME NI SUME SALAH UMNO. UMNO TAK JAGA MELAYU.. PR TAKDAK MELAYU KA MAMI TANJUNG OII?? ATAU SUME MELAYU PR SENASIB NGAN ADIK NI. NIZAR JD IR PUN DPT BIASISWA KERAJAAN. PASTU LWN KERAJAAN. ANJING BETUL.. PTPTN KENA STRICT SEBAB RAMAI MELAYU PR TAK BYR BALIK HUTANG!!! DAH BAGI NO ACC BOLE LA SUMBANG SAPA NAK. PAS NI TAK YAH MOHON PINJAMAN LAGI. MASYUKKK... PAS NI SUME BUAT CERITA SEDIH BG ACC NO KAT MAMI JARUM. SENANG CERITA..

    ANTI PR HAPRAK

    ReplyDelete
  22. nak sumbang, biar ikhlas.. tak sumbang jangan la maki hamun orang..
    kita tak tau nasib kita di dunia ini apatah lagi di alam sana.
    sumbangan ni tiada kena mengena dengan fahaman politik.
    terima kasih mummy.. kebajikkan ni urusan kita dengan Allah.

    ReplyDelete
  23. mummy jangan la kita asyik salahkan kerajaan. jangan lupa yang kita selaku masyarakat juga bertanggungjawap menolong sesama kita..yang penting kita ringankan beban adik tu dan bantu selagi kita boleh.Insya Allah masalah adik tu dan yang serupa nasip dengannya boleh selesai jika kita bersama2 ikhlas membantu.timakasih kerana mummy dapat publishkan no akaun dia.wassalam.

    ReplyDelete
  24. "PTPTN KENA STRICT SEBAB RAMAI MELAYU PR TAK BYR BALIK HUTANG!!! DAH BAGI NO ACC BOLE LA SUMBANG SAPA NAK. PAS NI TAK YAH MOHON PINJAMAN LAGI. MASYUKKK... PAS NI SUME BUAT CERITA SEDIH BG ACC NO KAT MAMI JARUM. SENANG CERITA.."amboi,,marah sunggoh kawan kita nie noo,,awat nie,,kita usul saja nak bagi sedekah,,dok buat cakap mcm nie buat apa chek ooiii

    ReplyDelete
  25. mummy nak tau tak?
    depa2 yg lari dari umno/bn dan jadi ahli atau penyokong kuat pkr/pas adalah depa yg pernah mewah sewaktu tonyoh ketiak umno/bn.

    depa minta tanah ka, itu ka, dapat. lepas tu minta lagi, dapat. minta kali ketiga atau ke empat, bila tak layan, dah berpaling tadah. kata umno/bn jahat tak tolong depa.

    begitu juga dgn depa yg buat pinjaman pelajaran sampai luar negara, tak dapat bayar tuduh umno/bn jahat.

    ada juga yg kerja tak bagus, tp perasan bagus. pangkat tak naik sebab ada yg lebih bagus. buat cerita kata jadi mangsa. terus jadi penyokong pembangkang. hempeh semua tu...

    sorang tu, pakar motovasi lagi, dpt tanah puluh2 hekter kat selangor. tiga kali minta tanah free konon nak buat kem motovasi, semua dapat. masa tu macam nak jilat bontot umno. minta kali ke4, tak dapat. takkan nak sumbat tembolok dia aje. mulalah paling tadah, jadi ahli tertinggi dalam pembangkang.

    muka-muka yg disebutkan di atas tadi mummy, adalah muka2 yg penting diri sendiri, pas tu jadi wakil rakyat pembangkang kata nak bantu rakyat? Hampeh... mummy... hampeh... lagu tu ka..? boleh caya ka..?

    ReplyDelete
  26. Puak PTPTN ni depa masuk kat fixed deposit dulukut. tahak buang 3 - 4 bulan baru bagi kat budak-budak tu. Ni akal jahat sayalah.

    ReplyDelete
  27. Harapkan orang politik mereka asyik berpolitik.Yang mereka tau gila kuasa.Tak gitu Mummy?

    ReplyDelete
  28. Salam bloggers,
    Hakikatnya semua pembangkang yg lahir adalah dari perdu pokok yg sama. Bila keciwa mereka tubuh parti pembangkang. Contohnya Sheikh Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  29. moga sudah ada yang menghulurkan sumbangan dan diharap adik Naziatul tabah... mungkin hari ini, adik meminta2 InsyaAllah nanti adik mampu menghulur pula.saya juga sebegitu dulu.

    ReplyDelete
  30. PINJAM TULISAN INI. NAK DISIAR DI BLOG SAYA. CUMA TAJUK NAK UBAH SIKIT. TQ

    ReplyDelete
  31. YANG TAK BETUL TU SEMUA UMNO BIASA LAH PADA PUAK PR NI.AKU TAK FAHAM SUNGGUH PUAK PR NI. PADA HAL KAUM PUAK DAN ANAK CUCU DEPA PUN BANYAK KERJA DENGAN KERAJAAN. INGAT LAH, YANG KERJA DENGAN KERAJAAN NI BUKAN TARAF WALI WALI TAK BUAT SALAH DAN SILAP, CUMA KITA TEGUR DAN PERBAIKI KESILAPAN BUKAN NAK MAKI HAMUN ATAU NAK PUNAHKAN KERAJAAN YANG DAH BERJASA SANGAT PADA ORANG MELAYU LEBIH 50 TH.
    MINGGU LEPAS AKU TERTONTON CERITA NAKHODA SITANGGANG KAT TV 105 JAM 12.30MLM. AKU TERINGAT KAT PUAK PUAK PR NI, BANYAK KALAU DIANALISA PUAK PUAK PENYOKONG PR NI MACAM LAH NAKHODA TANGGANG.JENIS TAK SEDAR DIRI TAK TAHU BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH.BILA NEGARA DAH HANCUR BARU PADAN MUKA SEMUA ORANG,. AMBIL CONTOH IRAQ, KUNUNNYA MEREKA SOKONG UNTUK JATUHKAN SADAM HUSSAIN DENGAN HARAPAN KERAJAAN BARU AKAN LEBIH BAIK DARI KERAJAAN SADDAM,TENGOK LAH APA JADI PADA 3/4 RAKYAT IRAQ HARI NI,MENDERITA.DAH 6TH BELUM ADA TANDA TANDA KEHANCURAN TU AKAN PULIH DALAM TEMPOH TERDEKAT.
    AMBIL LAH IKTIBAR.
    TENGOK NANTI ADA LAH HAMBA ALLAH AKAN JAWAP TU IRAQ LAIN, INI MALAYSIA LAIN ISUNYA TAKAN JADI MACAM IRAQ.POKOKNYA RUKUN IMAN YANG KEENAM TU KENA PEGANG DAN FAHAM BETUL BETUL CIK OOI.SEBAB INI NEGARA MALAYSIA LAH , KITA TAK MAHU KEJATUHAN KERAJAAN YANG SEDIA ADA KESAN NYA NANTI LEBIH TERUK DARI IRAQ DAN NEGARA ISLAM LAIN.

    ReplyDelete
  32. Salam..... Jikalau tuan hamba nak bantu adik ni..... terima kasih banyak2.... tapi klau nak merapu yang bukan bukan lebih baik tak payah.... Wassalam.....

    ReplyDelete
  33. Masalah adik ni punya hal kesempitan kewangan dlm pengajian di IPTA ..... sampai terbawa2 ke isu politik memaki hamun. Hai! Melayu Melayu .... akan terus meLAYU lah bangsa ku kalau lagu ni punya dok ada ....

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.