Saturday, September 26, 2009

Sampah di Alor Setar dan Selcat di Selangor

Semua Media telah mendedahkan kekotoran yang amat dasyat di Alor Setar dengan sampah-sampah yang bertimbun sehingga MB Kedah Dato Seri Ustaz Azizan mengakui beliau merasa malu dan memohon maaf kepada orang-orang Kedah yang pulang berhari raya.

Dan beliau menafikan ini adalah kegagalan kerajaan negeri tetapi masaalah tertangguh berhubung pengambil-alihan pengswastaan pengangkutan sampah dari Majlis Bandaraya Alor Setar oleh sebuah syarikat.

Dalam masa yang sama di Selangor, Persuruhjaya PAS Selangor, pakar motivasi Ustaz Hassan Ali dikecam hebat oleh Pakatan Rakyat kerana menegur Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat).

Selcat berhadapan dengan kritikan ekoran pendirian pegawai-pegawai daerah yang dipanggil memberi keterangan mendakwa dilayan seperti penjenayah dan perlu menjawab soalan mengikut kehendak jawatankuasa tersebut.

Hasan turut mempertahankan kritikan dilemparkan pegawai-pegawai daerah sambil mengesyorkan agar format dan prosedur Selcat dikaji semula. Hasan menambah, kononya beliau sangat bersimpati dengan pegawai-pegawai berkenaan.

Berbalik kepada isu sampah di Kedah, apakah MB Kedah juga bermain politik dengan pegawai-pegawai pentadbiran negeri untuk mengambil pendekatan Hassan Ali takut menegur pegawai-pegawai daerah dan Datuk Bandar?

Yang sebenarnya mereka takut untuk menegur pegawai-pegawai ini kerana takut dihinggap kurap kepada parti mereka yang kelak akan menjerumuskan PAS ke dalam telaga buta.

Persolannya siapakah yang pantang menerima teguran dan siapa yang sedang bermain politik? Pakatan Rakyat? PAS? Hassan Ali? Selcat atau Pegawai-Pegawai?

8 comments:

  1. salam aidil fitri untuk anda MUMMY ROCK,,,,,,,, yang menjadi SAMPAH iala PEGAWAI PEGAWAI KERAJAAN YG KAKI AMPU DAN BODEK DALAM PERKHIDMATAN,,, mereka nak cari jalan mudah hingga ke puncak karier, mereka sanggup gadai maruah diri sendiri, itu lah ragam dan style PEGAWAI PEGAWAI kanan kerajaan tidak terkecuali PEGAWAI PEGAWAI PASUKAN KESELAMATAN,,,,,,,

    ReplyDelete
  2. Pegawai Kanan Kerajaan dan Ketua Ketua Jabatan naik tocang dan berani kerana mendapati Ecxo, Pemimpin Politik hatta MB, Menteri dan Perdana Menteri sendiri pun 'seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul'. Depa sendiri jalan bersepah.

    Ini bukan sahaja di Kedah atau di Selangor, tetapi seluruh malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

    Kita lihat sahaja Masjid di Putrajaya, bilik airnya dengan sebahjagian paip yang tidak berfungsi, tandas berbau, lantai berlumut dan berhabuk - siapa yang patut memantau dan mengawasi kalau bukan Pegawai Masjid atau yang lebih atas. Mungkin Najib pun tak selalu solat jamaah di situ.

    Tidak seperti di zaman Tun, tiang bengkok sebatang pun di Putrajaya, Samy dah kena panggil dalam mesyuarat kabinet.

    Hari ni semua bersukaria dengan hal masing2 - Perdana Menteri dan Menteri cakap tentang projek bill dan million, yang canggih2, F1, 1Malaysia ....tetapi yang asas, yang remeh hancusssss...

    ReplyDelete
  3. Masalah sampah di Kedah sekarang ni semakin teruk...itu baru sampah..jalan2 raya di bawah DUN yang di kuasai PR pun semakin teruk..berlubang,berlopak dan tidak dibaiki...ada kes kemalangan yang diakibatkan terjatuh didalam lubang tersebut..harap ambil perhatian..MB Kedah jangan hanya dok korek hidung saja...tengok sama jalan2 dan sampah2 yang kini menjadi masalah utama di Kedah ni....

    Berkenaan masalah di Selangor..itu semua tipu helah dan mainan PR la tu..nak tunjuk telus konon..tapi tak telus pun...hanya menunjuk-nunjuk...riak dan takbur...DAP la yang dok main peranan semua ni...kesian tengok pemimpin2 PAS yang bodoh lagi ngok kena main dengan PKR dan DAP...lain kali joint la lagi PR..."masya Allah anta(Khalid) betul, ana bodoh la"..kata Hassan Ali...

    Ada pulak Setiausaha Agung DAP cadangkan supaya dilantik TPM dari kalangan Sabah dan Serawak...itu semua cadangan nak melaga-lagakan rakyat antara Semenanjung dan Sabah/Serawak..kalau dicadangkan terus PM dari DAP, TPM pun DAP dan barisan kabinet 50% DAP, 25% PKR dan lagi 25% PAS kan lebih bagus..lebih intergriti dan telus...sememangnya DAP merupakan satu parti yang cukup kotor dan penuh dengan tipu helah..

    ReplyDelete
  4. Saya setuju sangat dengan komen mummy....memang sampah bertimbun-timbunlebih-lebih lagi sampah sarap yang terletak berhampiran gerai-gerai makan di Alor setar.Nampaknya nanti ramai la orang Alor Setar kena macam-macam penyakit bila persekitaran kotor. Ini menunjukkan ketidakupayaan kerajaan PAS Kedah mentadbir negari. Depa komen saja pandai nak buat kerja tak tahu. Tu pun nak memerintah negeri. Perkara kecik macam tu pun tak boleh nak selesaikan. macam mana nak tadbir negara. HANCURLAH KALAU PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH MALAYSIA.

    ReplyDelete
  5. Saya sangat setuju dengan mummy....memang sampah sarap berselerak di Alor setar.Perkara kecil macam tu pun....kerajaan PAS kedah tak boleh nak selesaikan. itu pun...nak memerintah negeri apatah lagi kalau memerintah negara. HANCURLAH....KITA SEMUA.

    ReplyDelete
  6. Longgokan sampah di Kedah ni bukannya perkara baru.. Sebelum PR perintah lagi pun dah berlonggok kat tepi-tepi jalan... Dah sepuluh tahun saya dok ulang alik balik kampung kat Alor Star. Saya rasa tak boleh lah nak salahkan sangat kat Kerajaan pimpinan skrg, sbb kerajaan dulu pun mcm buat tak tahu je pasal sampah ni.. Apa yang penting, kerajaan skrg perlu tegas dlm melaksanakan tugas dan ambil tindakan kepada pegawai-pegawai yg masih tidoq dan cuba sabotaj. Pegawai kerajaan perlu neutral dan mematuhi kpd mana-mana parti yg memerintah selagi mana tidak disuruh lakukan kemungkaran...

    ReplyDelete
  7. Sampah kat kelantan banyak jugak raye ni.Sepanjang jalan tempat buang sampah mmg overload.Almaklumlah negeri tok guru tokleh nak kata apa.nanti di cop anti-islam.tutup hidung sajalah.

    ReplyDelete
  8. Dalam zaman pemerintahan UMNO-BN pun dahulunya isu sampah ini memang dah timbul.Masalah ini berpunca dr zaman UMNO-BN.Kita Dato Azizan berkata akan berakhir pd oktober ini.Di MPSP(Kedah)pun projek sampah akan diswastakan tak lama lagi.Jadi kita sama-sama lah melihatnya kaedah yg akan digunapakai oleh kerajaan negei dulu.Untuk pengetahuan pembaca,zaman 90an pun sistem sampah ini pernah diswastakan,termasuk pencucian longkang serta mesin rumput,tetapi akhirnya gagal.setiap syarikat hanya mengutip sampah sahaja,longkang n rumput masih dok takat lama juga.Sampah di Selangor pd zaman dulu(UMNO-BN)pun lagi teruk juga,di suatu tempat kawasan Sementa,Kapar sampah di biar saja di tepi tong sampah.Tong sampah pun penduduk kena beli dari pihak majlis.APA KES???Masa dulu aku pernah hubungi Dato Rahman Palil ADUN Sementa,dia kata akan uruskan.Tetapi malangnya,hanya janji kosong sahaja yg diberi.APA KES????

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.