Monday, June 6, 2011

Selamatkan PAS

Sikap Pas yang berdolak-dalik dalam soal kesahihan rakaman video seks Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah perkara biasa sebagai sebuah parti politik yang konon berpegang kepada konsep empat saksi.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, video meskipun memaparkan aksi seks, tidak lebih hanya sebuah besi sedangkan Islam berpegang kepada konsep empat saksi.

Konsep empat saksi seperti di dalam hukum Islam telah dipergunakan sebagai alat untuk menyelamat kemungkaran yang dilakukan oleh rakan dalam parti mereka.

Perjuangan menegakkan negara Islam dan hukum hudud juga hari ini telah terkubur hanya dipergunakan pada masa dan ketika yang sesuai dengan musim politik mereka sahaja.

Itulah PAS.

Hakikatnya PAS tidak perlu diyakini akan kesahihan video ini kerana Allah SWT lebih tahu siapa sebenar pelaku aksi sex dalam video ini.

Hampir setiap hari rakyat yang terdiri dari berbagai kaum sedikit demi sedikit sedang menonton siapa sebenar pelaku video sex ini maka biarlah rakyat yang menjadi hakimnya kelak.

Jika PAS masih bertindak menyembunyikan bangkai di dalam selimut satu hari kelak Parti Islam Se Malaysia ini juga akan dimamah ulat, hancur bersama bangkai yang semakin mereput.

12 comments:

  1. PAS LUPA BAHAWA VIDEO SEKS ITU MUNCUL DENGAN KETENTUAN ALLAH. UMNO KA, PAS KA, DAP KA, PKR KA KALAU MERANCANG KONSPIRASI TAPI KALAU ALLAH TAK IZIN TAKKAN JADI. SESUNGGUHNYA TERKELUARNYA VIDEO SEKS ITU ADALAH DENGAN TAKDIR DAN KEIZINAN ALLAH JUA. MEREKA SELALU LUPA ALLAH KALAU SESUATU BERLAKU KEPADA MEREKA DENGAN MENYALAHKAN ORANG LAIN. TAPI MEREKA SELALU KAITKAN ALLAH KALAU SESUATU ITU TERJADI KEATAS MUSUH-MUSUH MEREKA. TIDAKKAH INI CIRI MANUSIA MUNAFIK????

    ReplyDelete
  2. PAS dah mula berubah dan sebahagian besar adalah kerana pemimpinnya dan ahli mudanya menerima idea reformasi yang menekankan keadilan politik dan ekonomi dan mula kurang menekan halal-haram, hal moral(tutup aurat, khalwat, video seks) yang bukannya kurang penting. Mereka dah melihat isu sosio-ekonomi , urus tadbir, dan demokrasi dan mahu UMNO ditumbangkan. Ini yang merisaukan UMNO/BN lalu mereka mula sebarkan yang PAS kini dah termakan dakyah DAP atau Anuar Ibrahim. PAS dah matang beb dan tersusun dan sedar juga kena kerjasama dengan bangsa lain untuk memajukan negara.

    ReplyDelete
  3. PAS matang apa, duit tabung memali habis dikebas, timbalan presiden pula golongan berkhalwat dgn bini org,dah ikut perangai sheikh aljuburiiiiiiii PKR,
    pokok nya video sex itu adalah antara dato syazry eskay dan si penzina itu sahaja, siapa2 pun tak campur dalam hal mereka berdua, kenapa pula PAS dok kata fitnah....., tanyalah dato eskay samada dia fitnah ataupun ketua umum pelakonnya?

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah PAS akan menuju kehancuran kerana pembohongan yg melampau oleh pemimpinnya. Dulu nak tubuh negara Islam. Sudah puas kafirkan UMNO kerana isu UMNO tolak negara Islam. Tiba2 negara Islam tak disebut pula dalam al-Quran kata Presiden PAS sendiri. UMNO bersama org kafir spt MIC dan MCA tak boleh tapi PAS dengan DAP pula bagaimana sedangkan DAP anti Islam. Memang pemimpin PAS penipu dan memperalatkan ayat suci al Quran utk kepentingan politik PAS. PAS bertanggungjawab kpd ahli UMNO beberapa generasi yg dikafirkan yyg masih hidup dan sudah mati. Tapi TG Nik Ajis dan TG Haji Hadi yang bertanggungjawab mengeluarkan fatwa tersebut 'mengkafirkan UMNO' menjelaskan kedudukan PAS sekarang. Apakah PAS juga kafir atau lebih kafir drp UMNO?

    ReplyDelete
  5. Salam Mummy,

    Yang kita sakit ati sangat depa bagi menang kat sapa pun pasai apa? Biaq pi lah..penzina ka peliwat ka..bukan parti cek pun. Namapun parti politik dan ahli politik..hari ni kata lain..esok kata lain..tapi kalu kita berpolitik dengan cara serangan WMB ala-ala Amerika kat Iraq.. kita mungkin menang..tapi bukan kemenangan yang boleh dibanggakan..akhirnya orang kata kita menang pasai main tektik kotoq..bukan menang secara gentlemen. Soal maruah ni adalah perkara yang paling asas dalam agama Islam dan penganutnya. Kalu tak..takkan diwajibkan menutup aib orang lain supaya aib kita tidak dibuka Allah di hari akhirat. Sabit tu hukum perundangan Islam yang Allah turunkan menetapkan perlunya 4 penyaksian. Tak dak nas atau ijtihad atau qias mana-mana ulama muktabar sejak zaman dulu sampai la menggantikan keperluan 4 saksi dengan benda lain atau mengurang/menambah bilangan saksi selain dari 4. Undang-undang sivil pun sama..mesti dibuktikan sehingga melampaui keraguan yang munasabah start dari pendakwa mulakan kes sehinggalah tertuduh selesai menutup pembelaannya. Kalu setakat tok hakim kata ada kes prima facie..tok hakim tu belum boleh jatuhkan apa-apa hukuman lagi. Ni belum apa-apa..kita dah jatuhkan hukuman sendiri. Dah suma orang rasa pandai..tak payah la kita bagi gaji kat tok hakim. Jangan kita sangka bila fitnah berjaya dibuat sebab telah diizinkan Allah..itulah sebesar-besar tipu daya iblis semata-mata untuk menjerumuskan anak cucu Adam. Pikiaq-pikiaq la no!!

    ReplyDelete
  6. aku harap oarng luar drp PAS jangan masuk campur urusan parti PAS.Perwakilan PAS tahu dan matang setiap keputusan yg dibuat.Orang luar tak perlu mengajar urusan PAS.Dalam PAS dah rami profesional dan intelek.PAS pun mampu tadbir Mslaysia selepas PRY 13 nanti berdasarkan indek sokongan pada PAS.Keptusan dalam pemilhan PAS tak perlu campua tangan mana-mana pihak terutama nya UMNO yg makin sehari makin malap.

    ReplyDelete
  7. Nak Selamatkan PAS? Tunggu mulai dua hari yang lalu UMNO dah lanyak PAS,katanya dah tak hormati ulama, dak tak pegang konsep Islam, dah sekular,jadi pengikut Anuar Ibrahim dan dicuciotak mereka oleh DAP. UMNO akan memainkan asakan jenis ini selama dia berkuasa di Putrajaya. Tak caya hari-hari baca Utusan Melayo atau tonton berita RTM atau Awani setiap hari.Kesihan telatah UMNO nak juga bergabung dengan PAS (nanti dapat 3 jawatan Menteri kokak) hidung tak mancung ,pipi terserong pula, tak ada kelas.

    ReplyDelete
  8. LAAA..TAK HABIH2 LAGI PASAI VIDEO SEKS TU..? HAHAHA..MEMANG OTAK SEK BETOI LAA..!
    PIHAK POLIS DAH PANGGIL DAH PELAKU DLM VIDEO TU..TAK TAU KA..? HEHEHE...TAPI TAK NAK PULAK PIHAK POLIS DEDAHKAN NAMANYA...HIHIHI...
    SATU LAGI..YG DOK SIBOK PARTI ORANG TU BUAT APA..KITA SIBOK NGAN PARTI KITA DULU...BIAQ PI LA KAT DEPA..NAK LINGKUP KA..NAK APA KA...BUKAN PARTI DEPA YG MEMERINTAH..! HAMPA NIE LAA...DOK NAMPAK KAIN ORG JA YG TERKOYAK KAIN KITA DAH RABAK TAK SEDAQ2....HUHUHU..SEDIH LAA..!

    ReplyDelete
  9. bawak2la mengucap ampa semua

    ReplyDelete
  10. Sekarang PAS mengubah haluan hasil daripada ketidakmampuannya untuk melawan nafsu DAP; lebih2 lagi Karpal Singh yang jelas menegaskan bahawa DAP tidak akan tunduk kepada pembentukan negara Islam oleh PAS. Katanya pada suatu ketika "langkah mayat saya dulu", sebelum PAS boleh menegakkan negara Islam.
    Kalau ikut cara Rasulullah, musuh yang pasti menentang Islam harus diperangi! Jadi, di mana pegangan PAS kini?
    Kesimpulannya ialah Negara Islam & Hudud acuan PAS akan tinggal kenangan; dulu kini dan selamanya!

    ReplyDelete
  11. Awat UMNO dok ketag yg PAS dah berubah? jagalah parti sendiri yg tak pun senonoh sangat, lebih teghuk dari PAS, PKR, dan DAP. Jaga tepi kain dulu...yg dok kalut pasai demokrasi dlm PAS pasai apa? UMNO sendiri kecut nak buat pemilihan tampuk pimpinan yg baru. Asyik dok tangguh...tangguh..sampai kucing bertanduk kot? Atau sampai rambut Najib naik lebat dan hitam semula?

    sri hartamas

    ReplyDelete
  12. Ishh Issh..baca fatihah pun tak faham..nak kritik Pas.. malulah sikit

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.