Wednesday, March 19, 2014

ADA EXCO KEDAH YANG SUDAH MULA CANGKUL KEKAYAAN.



Belum setahun jagung umur dilantik sebagai exco Kerajaan negeri Kedah kini sudah nampak  bunga-bunga awal kemewahan seorang exco apabila mula bergentayangan melagak kekayaan dengan membida plet KDT 9 sebanyak RM26,600 (Ringgit Duapuluh Enamribu Enam Ratus Sahaja).

BN yang baru mengambil alih memerintah Kedah dan masih tidak nampak apa satu pembaharuan yang dibuat sebaliknya apa yang rakyat dapat lihat segelintir pempimpin kini sedang berlumba-lumba mengejar kekayaan.

Pemimpin BN Nampak suka berpesta dan berhiburan dengan konsert K-Pop dan Maharaja Lawak. Jika MB Mukhriz gagal menyekat barisan exconya yang leka dan lalai memperkudakan rakyat maka tidak mustahil rakyat akan berbalik kepada pemerintahan pembangkang.

Aktiviti-aktiviti keagamaan yang dekat dengan Mukhriz seperti kejayaan "Mahabbatul Rasul, Kedah Berselawat" akan dilihat hanya lakonan di mata rakyat. Depan lain belakang lain.
Jangan sampai pengundi melabelkan keluar mulut harimau masuk mulut buaya.

22 comments:

  1. Bersederhana lah dalam kehidupan ini ,itu yang terbaik

    ReplyDelete
  2. Dalam sistem ekonomi kapitalis baik sesiapa parti politik yang menerajuinya akan mengambil kesempatan untuk mencangkul kekayaan. Event-event agama, bagi negara kita aktiviti agama akan dengan licik digunakan untuk mengabui aktiviti kaum kerabat kapitalis, malangnya ramai penganut agama yang masih bangan tidak nampak tipu helah atau klentong itu kerana memang aktiviti agama boleh mencandukan pemikiran mereka. Amalan ini lumayan dibuat di merata negara yang mempunyai penduduk yang beragama.Kini pemimpin lebih canggih menggunakan pakar agamawan( motivator agama) atau penjual agama untuk melakukan proses pencangkulan kekayaan seperti yang disebut dalam posting MR.

    ReplyDelete
  3. Salam Puan,
    Saya mendapat maklumat exco ini dah mula liat turun kawasan dan banyak jemputan jabatan macam alasan untuk tidak turun.
    Al-Bungkusss lah nampaknya.
    Inilah calun winnable candidate pilihan Najib dan calun kesayangan Mukhriz dilantik jadi exco karat.
    Al-Bungkoooss pru nanti.
    Menurut Tok Bomo teropong buluh semua projek pendidikan dia dok kampooi. Projek JKR dia punya, Projek Jabatan Pendidikan bini dia punya. UMNO dimiliki kaki golfer dia punya.
    Habiss bungkoooss.
    Rakyat jadi barua dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutlah yg bini pun asyik bercerita dengan bangganya kpd kawan2...plat kereta itu ini dibeli dengan harga ribuan ringgit..dengan megah dan riaknya mempamerkan barang kemas dan perhiasan diri..pendek kata bercakap nadanya nya sentiasa dilangit..bangga habis jadi orang kaya....

      Delete
    2. Patutlah yang bini asyik bercerta dgn bangganya tentang plat kereta yg dibeli dgn ribuan ringgit..seronok menayang barang kemas dan perhiasan..gaya riak apabila bersembang dgn kawan2..menampakkan akulah yang paling kaya..berlagak macam kaduk naik junjung..

      Delete
  4. Kalau x rasuah bukan Be end nama nya.....rasuah dan Be End ada lah ibarat taik dan kentut....

    ReplyDelete
  5. Rakyat dapatlah tulang ,kuah,BRIM,gula,kopi,kain pelikat,
    Beg sekolah,
    Dah lama dah depa buat kerja ni.

    UMNO dah sampai penghujungnya
    Bukan EXCO.

    Setpol pun lagi deras.

    ReplyDelete
  6. Pakcu Rantau Panjang.March 20, 2014 at 11:50 PM

    Jarang benar manusia yang mempunyai hati yang cinta dan sayang serta sedia menyumbang sesama insan. Ramai orang yang dok fikir untuk penuh poket sendiri apa lagi bila ada kuasa.Kalu dok pakai kata " masa aku aku cangkul masa kau kau cangkul " dok lagu tulah sampai ke tua....macam Si Luncai terjun dengan labunya......habis cerita...walahualam

    ReplyDelete
  7. Sapa lagi Tajul la tu.

    ReplyDelete
  8. bloggers macam ni baru betul.jgn asyik menusding di sebelah sana saja.macam bloger MINDA INTELEK MELAYU hanya menyalahkan pembangkang saja siapa nak baca tulisan dia?hanya macai2 yg dilahirkan sebagai spesis paling bodoh saja yg jadi pengampu dia. macamana nak jatuhkan anwar ibrahim kalau tulisan kita hanya orang bodoh ja yg baca.liberal la sikit.......

    ReplyDelete
  9. BN Menang Kedah Senang.

    Dah terbalik.

    BN Menang EXCO yang senang.

    Puak UMNO syok sendiri.

    Tengok EXCO depa bergaya.

    Wah hasal balik hasil.

    ReplyDelete
  10. bukan bela jelata.bela temolok sendiri.

    ReplyDelete
  11. Exco ini ialah exco yang memaksa mukhriz supaya pindahkan kuin ke kampus kuala ketil. Kampus yang ditolak majoriti kakitangan kuin. Skandal perlantikan rektor kuin didalangi beliau. Beliau lebih kedepan dari mukhriz. Bahaya exco ini.

    ReplyDelete
  12. kalau mangkok hauyn exco ini jadi mb kedah.semua projek dia sapu guna kroni dia.

    ReplyDelete
  13. KDT-Kelauga Datok Tajul- 9 beranak/cucu.
    Salahkah duit dia.
    Dia bukan minta duit sesiapa pun.
    Dia EXCO Gaji banyak.
    Projek pun banyak.

    ReplyDelete
  14. Exco mana leh niaga. So related to projek banyak ?

    ReplyDelete
  15. Bkn soal dia minta duit sesiapa.
    Punca pendapatan seimbang tak dgn di perolehi. Selepas istihar harta seimbang tak dgn kemampuan untuk miliki plate dgn harga tersebut?

    ReplyDelete
  16. Sejarah telah berlaku...akibat di kelilingi oleh orang2 yg macam inilah, bekas MB kedah (BN) yang lalu pecah rekod jadi MB yg paling pendek era pemerintahan nya 2 tahun lebih saja jd MB...bila kedah kalah PRU 12..jangan hendaknya MB mukhriz terima nasib yg sama akibat sifat gelojoh exco2 disekeliling nya..

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum!.
    Kalau mencari kehebatan,nama dan gah adalah nafsu.Kalau nafsu iblis.Minta kembali kepada keimanan. Ada di kalangan peminpin Umno bukan semua , merasakan bila dok dlm Umno tak dak dosa pahala. kepda YAB Dato Mukhriz tolong lah jangan bagi rakyat yg sokong dan sayang YAB mula marah dan lari.... tolonhlah........ TQ.

    ReplyDelete
  18. Sapa dia exco tu... dedahkan je...jgn dibela pemimpin yg salah mcm pas bela pemimpin yg berzina

    ReplyDelete
  19. kalut nampak.relex bro.

    ReplyDelete
  20. Rakyat berkuasa memilih pemimpin Dan kerajaan..mata melihat,telinga mndengar dn hati menilai...so hati2 lah yb2 sekalian.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.