Tuesday, March 11, 2014

MH370 SANGKUT DI ANTARA LANGIT DAN BUMI

Amalan tahyul dan menyimpang dari Islam
Di dalam proses pencarian MH370 sebagai umat Islam kita tidak boleh lupa merujuk kepada Al Quran dan Hadis.
Jangan kita dikusutkan lagi dengan kemunculan bomoh, dukun, kahin dan ahli sihir yang semua ini akan menyesatkan lagi aqidah umat Islam. 
Rujuk  apa firman Allah SWT dalam Al Quran:
1. Al Hadiid ayat 4 
Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
2. Surah Ibrahim ayat 38 
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi, yang tersembunyi kepada Allah. 
3. Al Hujerat ayat 18 
Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan. 
4. AzZumar ayat 46 
Ucapkanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, Engkaulah jua yang mengadili di antara hamba-hambaMu, mengenai apa yang mereka sentiasa berselisihan padanya. 
5. Surah Faatir ayat 038. 
Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya Dia mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. 
6. Surah Al Furqaan ayat 006. 
Katakanlah (Wahai Muhammad): Al-Quran itu diturunkan oleh Allah yang mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 
7. Surah Al An'aam ayat 003 
Dan Dialah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi; Dia Mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan dan Dia juga mengetahui apa yang kamu usahakan. 
8. Surah AnNuur ayat 064. 
Ketahuilah! Sesungguhnya Allah jua lah yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya Dia mengetahui keadaan yang kamu berada padanya (wahai umat manusia) dan pada hari umat manusia itu kembali kepadaNya, maka Dia akan menerangkan kepada mereka segala yang mereka kerjakan, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu. 
9. Surah Al' Ankabut ayat 052. 
Katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah Allah menjadi saksi (yang mengetahui perkara yang berbangkit) antaraku dengan kamu; Dia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi dan mereka yang percaya kepada perkara yang salah dan tidak percaya kepada Allah, mereka itulah orang-orang yang rugi.

4 comments:

  1. tok bomoh kesayangan umno dulu kini dan selamanya.

    ReplyDelete
  2. Kah kah kah....Juara Maharaja Lawak yang baru.....kah kah kah..!

    ReplyDelete
  3. Jum belajar cakap thai...baca tau...SAWADDIKAP..POM MAI PUT ALAINA KAP MAI KO PING PON PAI SAMPROK KHUN DAI TIRAK ALAI NOKAPP, MALAI PUNN CHANRATT, KNOP KHUN KAPPPP...hehehehe...anda telah membaca jampi utk teropong kapai terbang guna buluh dan bubu ....

    ReplyDelete
  4. Apa hel ni perturunkan 9 ayat yang tak ada kena-mengena dengan saga MAS 370. Ayat-ayat berikut selalu digunakan bagi menunjuk bahawa Quran itu ada membawa maksud kebesaran Allah/Tuhan dan pengetahuan umum akan perhal kosmos atau astronomi, tak nampak ayat itu memberi 'lead' atau penunjuk yang siasatan oleh kerajaan UMNO banyak buat 'u-turn' dan banyak kekalutan dalam usaha mencari kejernihan teori akan malapetaka pesawat tu. Ini satu lagi demonstrasi yang ayat Quran selalu diguna secara luar konteks bagi membinggungkan minda manusia, nanti akan diturunkan ayat supaya jangan risau atau khuatir melalui ayat ' Tuhan itu maha mengetahui dan maha mengasihi, Tuhan tu maha pengampun dan ...... , cuma nak sorokan ketidakcekapan dan kekurangan minda kita dalam mengatasi sesuatu isu.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.