Monday, March 17, 2014

APAKAH KEHILANGAN MH370 BERPUNCA DARI KERUGIAN MAS?



Di tengah-tengah kemelut pencarian MH370 tiba-tiba muncul Kumpulan TIGASUKU. Dunia pecah perut dengan kelakuan Kumpulan TIGASUKU yang melakukan kerja-kerja bodoh menilik konon untuk mencari pesawat MH370 yang dibawa lari.

Pakar-pakar penerbangan, kapalterbang dan angkasa lepas hampir setiap hari berbuih mulut mengupas dari berbagai sudut dan teori dengan mengunakan istilah-istilah teknikal seperti radar, satelit, transponder, Aircraft Communications Addressing and Reporting System (ACARS). Tiba-tiba muncul Kumpulan TIGASUKU dengan membawa bubu, burung garuda hitam, buah kelapa muda, tongkat buluh, raga bawang, teropong kuning mati beragan, orang bunian dan cerita-cerita bodoh tidak masuk di akal sehingga menjadi bahan tertawa satu dunia.

Untuk menyakinkan orang ramai Kumpulan TIGASUKU  ini mendakwa diarah oleh pemimpin tertentu dan disemat pula pin logo 1Malaysia di baju kot yang mereka pakai di samping menayang gambar-gambar mereka bergambar dengan beberapa tokoh politikus tertentu.

Ketua pembangkang Anwar Ibrahim mengambil kesempatan dalam parlimen untuk menghentam Kerajaan Najib dengan kelakuan Kumpulan TIGASUKU ini.  
Di sebalik keghairahan mempolitikan isu ini tiba-tiba akhbar Britain, Daily Mail melaporkan spekulasi mengenai kehilangan pesawat MH370, dikaitkan dengan teori kemungkinan pesawat tersebut dirampas juruterbang Zaharie Ahmad Shah sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan  Anwar Ibrahim bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. Anwar melenting dan dengan keras menafikannya.

MAS sebulan sebelum dirampas telah mengistiharkan kerugian sebelum cukai RM1.152 bilion untuk tahun kewangan 2013 daripada RM424.801 juta untuk tahun kewangan 2012. 
Susulan dari itu CEO nya Ahmad Jauhari Yahaya menyatakan MAS akan mengambil langkah-langkah meningkatkan usaha untuk mengurangkan kos, memberi fokus kepada kos legasi, di samping meningkatkan penggunaan bagi memacu trafik dan pendapatan.

Pemotongan kos termasuk dengan menghentikan beberapa laluan, di samping memperkenalkan tiket lebih murah untuk meningkatkan jumlah penumpangnya. Untuk itu MAS telah menghentikan operasi dua pesawat B777 dan akan menghentikan kesemua pesawat B734 secara berperingkat dan ini akan menyaksikan pengurangan kos bahan api sebanyak 15%.

Disamping tekanan kerugian MAS juga tidak sunyi ditekan oleh politikus-politikus seperti kenyataan kononnya ada 'tangan ghaib' di dalam Malaysia Airlines sehingga menyebabkan syarikat penerbangan nasional itu mencatat kerugian berjumlah RM1.17 bilion. 
Dakwaan itu dibuat oleh  Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi kononnya individu terbabit masih berada di belakang pengurusan syarikat penerbangan itu sehingga kini. Susulan itu beliau mendesak Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Jauhari Yahya meletak jawatan dan bertanggungjawab di atas kerugian MAS. Malah beliau dengan angkuh mendesak gaji Ahmad Jauhari dipotong bagi menampung kerugian yang ditanggung MAS.

Persoalannya apa kah tindakan mengurangan kos dengan menghentikan beberapa laluan dan operasi B777 tidak akan menjejaskan periuk nasi dan moral kakitangan MAS?

MR ingin siarkan di sini satu tulisan menarik oleh Jam Gerak dari Teluk Kumbar Pulau Pinang (orang negeri Kaptain Zahrie Ahmad Shah) yang disiarkan dalam ruangan forum Utusan Malaysia pada 27/2/2014:

Topik kerugian MAS hangat semula
JAM GERAK
Teluk Kumbar, P. Pinang

SAYA terpanggil untuk menulis berkenaan dengan kerugian yang ditanggung oleh MAS hingga RM1.17 bilion, apakah puncanya? Siapa yang bertanggungjawab ke atas kerugian tersebut?

Berapa ramaikah di kalangan rakyat Malaysia mengetahui hak-hak syarikat penerbangan negara (MAS) telah diberikan kepada syarikat tambang murah selepas beberapa tahun ditubuhkan?

Waran perjalanan (CATW) dikeluarkan oleh jabatan-jabatan kerajaan membenarkan penjawat awam menggunakan syarikat tambang murah.

Visa Dalam Rujukan (VDR) untuk pekerja asing sah memasuki Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen juga membenarkan syarikat tambang murah digunakan, hak negara sudah diselewengkan.

Beberapa tahun kemudian kontrak mengangkut jemaah haji diberi kepada syarikat tambang murah kemudian dikembalikan kepada MAS kerana MAS mempunyai pengalaman berpuluh-puluh tahun sebelum itu.

Kontrak untuk mengangkut tentera untuk misi keamanan antara bangsa diberi kepada syarikat tambang murah. Siapakah yang bertanggungjawab di atas empat perkara di atas? Pagar makan padi yang menyebabkan MAS rugi berbilion ringgit.

Dengan tambang yang murah dikenakan dengan perkhidmatan sebegitu sudah tentu menjadi pilihan janji sampai ke destinasi.

Justeru MAS perlu segerakan penubuhan syarikat penerbangan tambang murah untuk bersaing di padang yang sama rata. Mengapakah MAS terlalu perlahan dalam perkara ini?

Apabila syarikat tambang murah tertentu ditubuhkan oleh individu tertentu, pesaing terdekat MAS di seberang tambak serta merta mereka menubuhkan syarikat tambang murah, tetapi MAS tidak berbuat apa-apa.

Sudah sampai masanya Firefly dijadikan syarikat tambang murah sepenuhnya dan bersaing dengan syarikat penerbangan murah lain untuk mengelak MAS mati lemas.

MAS adalah hak negara dan syarikat tambang murah kepunyaan individu tetapi kepentingan MAS diketepikan. Pengurusan tertinggi MAS perlu digantikan.

Apa sudah jadi dan apa akan jadi kepada MAS?

5 comments:

  1. Kalau ada yang masih nak tuduh Kapten Zaharie, hanya kerana dia sokong Anwar, cuba pertimbangkan senario ini:

    Kenapa semua akhbar Barat tidak melihat perkaitan di antara kehadiran 20 eksekutif utama Freescale Semiconductor dengan perampasan MH370?

    Bagaimana kalau Freescale telahpun menerima tuntutan daripada pihak perampas dan sedang melakukan rundingan secara bersendirian?

    Rasanya semua orang tahu 20 orang eksekutif tersebut (12 rakyat Malaysia, 8 rakyat China) adalah orang-orang yang terlibat secara khusus dalam projek yang 'highly sensitive' dan kita semua tahu, di zaman digital ni, computer chips yang digunakan dalam industry angkasa atau pertahanan adalah amat berharga.

    Kenapa hampir semua media Barat begitu cepat mengalihkan tuduhan kepada Zahari sedangkan hampir semua pakar penerbangan Malaysia mengatakan perampasan ini adalah sesuatu yang dirancang dengan cukup teliti dan tentunya bukan kerja SEORANG manusia.

    Menurut Datuk Moin Omar (bekas ahli MKN), sekiranya orang yang memandu MH370 ke destinasi rahsia itu HANYAlah seorang pencuri kapalterbang upahan atau pencuri yang terpaksa (akibat ahli keluarga diugut), maka peluang utk menemui penumpang akan lebih rumit sebab si pengupah sudah pasti telah mengalihkan kapal terbang atau penumpangnya ke destinasi lain yang can be anywhere.

    Satu hal yang rasanya MALAYSIA tidak tahu ialah, adakah yang diculik sebenarnya ialah pesawat atau penumpangnya.

    Kalau yang diculik ialah penumpang tertentu, maka pesawat MH370 sudah tentu telah disembunyikan dan penumpang telah dipindahkan.

    Saya amat berharap, ada sekumpulan rakyat Malaysia dengan kepakaran yang ada akan menyiasat sendiri perkara ini.

    Kehadiran wakil Amerika dalam International Crisis Management Team yang dibentuk dua hari yang lalu hanya mendedahkan kelemahan negara kepada Singa yang sedang lapar.

    ReplyDelete
  2. Kalu Amerika Syarikat ada CIA dan FBI kita pun ada semirip itu yang dibangunkan oleh rejim Ketuanan Melayu melalui 1 Malaysia Corporation, yakni ada 'Coconut Intelligence Agency" atau "Federal Bomoh Investigation". Kalu ada lagi malapetaka yang bersifat antarabangsa Malaysia akan bangunkan lagi institusi mangkuk yang lebih canggih hasil drp Melayu bangan yang dipimpin oleh Melayu bangan juga.

    ReplyDelete
  3. Pegawai Tentera Udara tidak dapat mengesan sebuah pesawat besar melalui radar yang bernilai RM 10 juta selepas 10 hari tapi pegawai kimia kita boleh mengesan beberapa sperma pada jubur seorang insan selepas emapt hari. Ironi dan hairan bin pelek. Mungkin radar TUDM itu buka radar Islamik ! Malaysia Boleh!

    ReplyDelete
  4. Negara China dah menyelar Kerajaan Malaysia dan MAS bagaikan penipu, memperdaya, mengabui mata atau berhelah dengan isu pengurusan malapetaka MAS 370. Kerajaan dan MAS dipimpin oleh orang Melayu. Tidak pula Perkasa, Perkida dan banyak NGO Melayu pro UMNO yang tidak pula berani bersuara yang teguran negara China itu telah menghina pimpinan Melayu, agama Islam dan Agung Malaysia, tidak seperti jika serangan serupa yang dibuat oleh puak di Malaysia yang kritikal dengan kepimpinan UMNO.

    ReplyDelete
  5. Freescale Semiconductor...20 executives in the plane...highly sensitive micro chips...that's could makes sense...anon.11.30 am...
    anon 11.30 am dan anon 11.49 am...malaysia boleh !!!!

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.