Monday, March 31, 2014

DAVID TEO SEDANG HAFAL LIRIK

Siapa sangka, penerbit filem terkenal, David Teo bakal bergelar penyanyi apabila dijangka melancarkan sebuah single bertajuk, 'Kacang' yang merupakan duet bersama penyanyi dan pelakon, Fida Ibrahim. 
"Lagu ini ciptaan Cat Farish dan ia menceritakan tentang perihal Kacang Lupakan Kulit, namun, saya tidak tujukan kepada sesiapa. Ia sebagai pengajaran kepada semua yang mendengar agar tidak jadi seperti maksud peribahasa ini," ujar David yang dipetik menerusi laporan sebuah portal berita. 
Dalam pada itu, David juga menjelaskan, dia hanya akan menyanyikan bahagian rap sahaja dalam lagu ini dan kini sedang giat menghafal lirik sebelum tampil menyanyikan lagu tersebut di majlis pelancaran tidak lama lagi.(MH)

KOMEN:
Apa kah David Teoh akan muncul sebagai seorang lagi Sir Runme Shaw yang telah menjadi pelopor kepada filem-filem Melayu di sekitar tahun 50an dan 60an dahulu sehingga menaikkan nama-nama bintang filem terkenal seperti P.Ramlee?

1 comment:

  1. Tiada salah jika David nak maju ke hadapan melalui sikap keusahawan dan bakatnya asalakn jangan mengambil kesempatan dan menghisap darah para pekerjanya di bawah. Malah siapa aje mesti mengembangkan daya 'entreprenurship'nya untuk maju ke hadapan dengan syarat jangan mudah pijak atau mengekspoitasi sesiap dalam proses itu.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.