Monday, March 24, 2014

HARGA RUMAH MAMPU MILIK DI KEDAH TAK MASUK AKAL. ADUN PANTAI MERDEKA ALI YAHAYA BERSUARA



YB ALI YAHAYA ADUN PANTAI MERDEKA
Rumah mampu milik yang ditawarkan oleh Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) pada harga harga RM100,000 hingga RM400,000 seunit dikatakan mahal dan tidak mampu dimiliki penduduk negeri Kedah.
 

Ketua Pembangkang, Datuk Ir Amiruddin Hamzah (Pas-Anak Bukit) berkata, harga itu adalah di luar kemampuan kebanyakan penduduk Kedah dan mereka memang tidak mampu beli.
 

Beliau berkata, harga rumah itu wajar dikaji semula bersesuaian dengan keadaan sosio-ekonomi  penduduk Kedah yang masih berada tahap pertengahan.
 

"Mungkin harga itu sesuai di bandar besar tetapi bukan di Kedah," katanya ketika bangun mencelah ketika penggulung Bajet 2014 oleh Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrol Hisham Hashim (BN-Kuala Nerang), hari ini.
 

Menurutnya, kerajaan perlu memikirkan kaedah lain dan menyediakan rumah yang benar-benar mampu dimilik rakyat negeri ini iaitu harganya wajar dan berpatutan.
 

Ali Yahaya (BN-Pantai Merdeka) turut bangun dan mencadangkan agar rumah mampu milik berada dalam lingkungan harga RM120,000 seunit dan difikirkan sesuai dengan corak kehidupan penduduk Kedah.
 

Beliau berkata, kerajaan perlu memikirkan tahap pendapatan majoriti rakyat di sesebuah negeri sebelum merangka bentuk perumahan dan harga yang ditawarkan agar betul-betul  memberi manfaat kepada orang ramai.
 

"Kalau dengan harga RM120,000, wakil rakyat macam kami pun tak mampu nak beli sebab kelayakan  pinjaman perumahan kami hanya RM100,000," katanya dalam nada jenaka.
 

Beliau juga meminta Kerajaan Negeri Kedah menetapkan syarat kawasan perumahan baru  perlu mempunyai tanah perkuburan sendiri dan tidak menumpang dengan kariah atau masjid berdekatan.
 

"Kalau sampai 5,000 rumah dalam satu kawasan, pemaju perlu menyediakan tanah perkuburan Islam yang tersendiri.    "Masalah akan timbul apabila muncul lagi perumahan baru di kawasan berhampiran. Kalau berlaku kematian nak kebumi di mana," katanya.
(SUMBER SH)

KOMEN:
Apa kah ini habuan kepada rakyat Kedah yang memberi amanah kepada BN? "BN menang Kedah senang" 
Atau ada di kalangan Exco kerajaan negeri yang buat untung di belakang projek ini? 

22 comments:

  1. Munafikun......RM120k perkara kecik aje Ali......Merc pon RM12k aje kan! Kan! Kan!

    ReplyDelete
  2. BN menang rakyat kecundang,yang miskin terus miskin,yang kaya makin kaya,beli nombor kereta saja RM 26,000

    ReplyDelete
  3. Tahniah rakyat Kedah !!......anda yang memilih...anda tanggung lah sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam la di selangor, penang rumah kos rendah dan mampu milik berlambak2 dibina dan murah giler..

      Delete
    2. Tahniah rakyat selangor n penang... anda yg memilih...anda la tanggung sendiri...harga rumah lebih gila....anda lebih gila dr org kedah......

      Delete
  4. Orang UMNO Kedah.March 25, 2014 at 9:29 AM

    Kah kah kah.
    Hadiah atas BN Menang Kedah Senang.
    Harga rumah pun tak mahal cuma RM 100 ribu keatas.

    Rumah ini bukan untuk rakyat miskin yang undi BN/UMNO.
    Rumah ini untuk orang kaya UMNO .

    Ada EXCO/MB/ADUN/Parliemn BN /Ketua bahagian UMNO pun dok kira perut sendiri.

    Tahniah kerajaan BN /UMNO Kedah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis tu rumah kat selangor n penang lebih mahal dr kedah ..pun salah umno ke? perangai PR mmg nmpk busuk saja...

      Delete
  5. "BN MENANG KEDAH SENANG"..... "PEMIMPIN UMNO PUN TUMPANG KENYANG"
    Dengar kata ada perancangan projek naik taraf lampu2 kawasan sekitar depan Masjid Zahir yang menelan belanja hanya sekitar RM4j telah diminta oleh orang tertentu supaya dinaikkan menjadi RM8j. Projek mohon peruntukan dr Kementerian Pelancongan...UNTUK SIAPA RM4j yang ditambah itu....????

    ReplyDelete
  6. Saya kira, harga yg sesuai bagi rumah di Kedah adalah sekitar RM50K ~ RM80K saja, banyak bahan mentah buat rumah boleh cari murah2 kat Thailand.

    Atau adakah, skrg ini, org Umno kuncu-kincit sudah mula berjinak2 dgn business tanah & real estate?

    ReplyDelete
  7. TQ Ali Pantai Merdeka.Wakil Rakyat yang lain lena.EXCO tak tau apa.Pemimpin UMNO bisu.Isi uncang .

    ReplyDelete
  8. Pasal pemaju wajib sediakan tanah perkuburan mmg aku sokong 100%.
    Rm120k sebuah rumah atas tanah adalah mampu milik bg golongan lower middle class.
    Bg golongan bwh ada pprt.

    ReplyDelete
  9. Zaman Kerajaan Pak Lebai Pas ok.Ceramah je hebat.Kerja tak ada.Kerajaan PakLebai Pas pun ULAQ AYAQ rasuah ada juga.
    Tukar pada UMNO pun serupa juga.
    Rakyat Kedah kena main dan kena mohong saja.
    2 kali 5 saja.

    Keluar mulut rimau .Masuk dalam mulut buaya.
    Itulah bezanya Pas dgn UMNO.

    ReplyDelete
  10. Zaman Kerajaan Pak Lebai Pas ok.Ceramah je hebat.Kerja tak ada.Kerajaan PakLebai Pas pun ULAQ AYAQ rasuah ada juga.
    Tukar pada UMNO pun serupa juga.
    Rakyat Kedah kena main dan kena mohong saja.
    2 kali 5 saja.

    Keluar mulut rimau .Masuk dalam mulut buaya.
    Itulah bezanya Pas dgn UMNO.

    ReplyDelete
  11. Ali Pantai Merdeka wat kerja......kah kah kah. Kerja menterdarah bulih le. Pantai Merdeka pon mentekedarah kerjabuat Puteri

    ReplyDelete
  12. Projek tak menguntungkan secara total pada org Melayu.

    ReplyDelete
  13. Ini semua ada kaitan dengan JJ.Dia pun guna kroni dia juga.
    Buat duit dan kaya cepat.
    Semua asyuk.Mampuih la rakyat.

    ReplyDelete
  14. Faham-faham lah nama saja Sg Petani.Sebenarya dalam Parlimen Merbok.
    Kiri kanan masuk.

    ReplyDelete
  15. Mana ada mahal. Ni semua spekulasi. Negara menuju ke arah rakyat berpendapatan tinggi. Semua mampu....

    ReplyDelete
  16. Masa PAS perintah Kedah dlu harga rumah RM40K jer ke? Atau balak di Pedu yg lagi murah dari rumah? Jgn duk jadi MUNAFIK la pencacai PAS.. dlu zaman PAS perintah mcm haram.. sampah pun lintang pukang.. nk buat rumah rakyat? Madrasah yg teguh elok depa boleh halal roboh? Puak2 rasuah pakai kopiah (PAS) ni sama mcm BIAWAK dlm ayaq.. lidah cabang..tp kotor telan jugak! sorry aku tkdk nk respect la puak2 PAS haram jadah ni..

    tau betina dgn duit ja.. dpn org ramai tnjuk alim-MUNAFIK!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puak PAS buat semua halal w/p haram.... fatwa songsang.

      Delete
    2. Setuju 100x...

      Amno memang prihatin kpd rakyat, mrk lah pejuang agama bangsa & negara...kah kah kah

      Khaittt ptuihhhhh!

      Delete
  17. Kini, 2.5 tahun BN rampas Kedah barulah terasa yang mana 1 Intan & puntong..Barisan Nasional Dulu Kini Dan Semuanya Parasit

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.