Saturday, March 29, 2014

KATA MENTERI LUAR SINGAPURA - KRITIKAN TERHADAP MALAYSIA TIDAK ADIL

Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Luar Singapuran, K Shanmugam berkata kritikan terhadap cara Malaysia mengendali insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 adalah tidak adil.
Menyifatkan kehilangan pesawat itu sebagai 'satu situasi yang amat luar biasa", beliau berkata hakikatnya terlalu sedikit maklumat untuk disiasat dan diketahui oleh rakyat Malaysia atau sesiapa sahaja berhubung insiden berkenaan.
Shanmugam berkata demikian pada sesi dialog anjuran Persatuan Wartawan Asing Singapura di Singapura, semalam. Malaysia dikritik, terutama oleh media asing sejak pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Mac lalu. 
Pada majlis sama, Shanmugam berkata, tidak terdapat kekurangan daripada segi kerjasama dan respons dalam kalangan negara Asean berhubung kehilangan MH370. 
"Saya tidak fikir mana-mana negara Asean yang lewat dalam respons mereka daripada segala segi," katanya ketika diminta menilai tahap kerjasama dalam kalangan negara Asean untuk mencari pesawat malang itu. - Bernama, 29 Mac,

1 comment:

  1. Politik Singapura memang begitu, dah dapat Tanjung Pagar dengan harga yang murah, dapat Pulau Puteh, dapat melabur dengan nyaman di Iskandar, dapat deal air dengan Johor yang sangat menguntungkannya dan kini tiada suara nak kritik kepimpinan Singapura maka kena bodek sikitlah pentadbiran korap UMNO/Putrajaya. Siapa yang boleh baca politik akan tahu kenapa Singapura nak bodek sikit UMNO yang kini semakin lemah dalam menangani isu domestik dan antarabangsa.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.