SEPANG 30 Jan. - UMNO akan menyiasat sendiri dan memutuskan sebarang bentuk tindakan ke atas mana-mana pemimpin atau ahli yang didapati bersalah kerana politik wang.
Ketua Penerangannya, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, perkara itu diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat malam tadi.
Menurutnya, sebarang perkara berkaitan dengan UMNO seharusnya diselesaikan di dalam parti meskipun aduan atau laporan yang diterima datang daripada pihak luar.
"Saya fikir, hal-hal berkaitan parti seperti apa yang diputuskan MT malam tadi biarlah disalurkan kepada parti. Aduan boleh datang dari mana-mana tapi hal-hal parti, biar parti putuskan," katanya .
(sumber Utusan Malaysia 30.1.09)
Komen:
Apabila sudah nampak satu persatu kes-kes politik wang @rasuah politik di dalam UMNO akan terbongkar maka nampaknya ada usaha-usaha untuk menutup bangkai yang busuk lagi berulat oleh kepimpinan tertinggi UMNO sendiri.
Jika inilah keputusan MT UMNO maka jelas dan nyata UMNO dipimpin oleh kepimpinan yang beku dan korup. UMNO akan terus-menerus hilang kepercayaan dari pengundi-pengundi di atas pagar pada PRU13 nanti.
Logiknya mana ada satu sistem penguatkuasaan undang-undang di dalam dunia akhir zaman ini, di mana sendiri makan rasuah, sendiri siasat, sendiri hukum akhirnya sendiri kambus lubang.